Friday 13 July 2012

Cinta tu zina hati???


"Sori,saya terpaksa tinggal kan awak...cinta tu haram! walaupun kita tak pernah melakukan maksiat,tak pernah jumpa tanpa mahram,tak pernah berbual perkara2 yang tidak mengikut syara' cinta tetap haram! kita dah melakukan zina hati"


Betul ke cinta tu zina hati? mana dalil yang kata cinta tu zina hati?ada sape2 blh bg dalil tu?

Ape tu zina hati?
Rasulullah bersabda "sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak2 Adam.Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya" [ Bukhari,Muslim,Abu Daud & Baihaqi ]


Rasulullah bersabda "sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak2 Adam. Mata itu zinanya pandangan,telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan,dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya [ muslim ]


Hadith 1 guna zina nafsu, manakala hadith yang ke 2 pula guna zina hati. dua2 hadith ni memang sohih.dan memang betul ada istilah zina hati.tapi ramai yang tak faham erti zina hati yang sebenar.Asal cinta je semua orang nak hentam kata haram.jatuh cinta je dah anggap zina hati.rindu & ingat kat orang je zina hati.bila tanya kenapa zina hati?Jawapan dia org “ingat kat yang ajnabi /ajnabiyah (bukan mahram) & tak halal buat kita dah tentu haram.em em em dah tu hati kita ni apa function nye?hanya untuk beribadah pada Allah je ke?hanya untuk ingat kat Allah & Rasulullah je ke?da jadi macam hati batu plak.


Ada satu cerita masa zaman Rasulullah dulu ada sorang perempuan dalam tempoh iddah (tempoh suci) wanita yang cerai then ada laki2 ajnabi yang try nak usya perempuan tu & nak minang dia.Allah berfirman "Allah Maha Mengetahui bahawa kamu mengingati perempuan tersebut, tapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata2 perkara yang baik" [ Al-Baqarah ayat 235 ]


Perempuan dalam surah tu ajnabiyyah kat laki2 yang nak minang dia tu kan?Tapi kenapa Allah langsung tak halang or haram kan pun laki2 tu ingat kat perempuan tu?actually tak ade masalah pun kalau nak ingat ajnabi or ajnabiyah tapi jangan lak fikir nak buat bukan2 yang langgar syara'.

Maksud zina hati sebenar nye yelah niat nak berzina & minat nak buat hubungan sex tanpa niqah. Jom tengok semula kat ayat akhir hadith tadi Rasulullah ada sabda "dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya" means semua anggota badan dari tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang toward to zina baru lah we call zina. That's why Ibnu Mas’ud ada cakap “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).


So, zina kecil tu ada lah toward pada sex luar niqah. Kalau kita pandang orang bukan mahram bukan terus jadi zina mata. Zina mata ada lah pandang dengan goda2 & dengan nafsu. Cakap ayat2 mesra pada bukan mahram pun bukan la zina lisan. Zina lisan tu kalau kita cakap hal2 yang boleh naik kan nafsu.Sama juga kalau kita ingati atau rindu kan seseorang dengan rasa cinta itu bukan zina hati. Zina hati adalah harap & ingin sex luar niqah.


Pernah dengar ayat2 ni? “tengok perempuan ajnabiyah haram” “dengar suara perempuan ajnabiyah haram” “ingat perempuan ajnabiyah haram” “Semua tu zina” kih3 macam nak haram kan makhluk nama perempuan kat laki2 & haram kan makhluk nama laki2 kat perempuan.Dah lebih haram dari khinzir lak.


Hukum bercinta
What's the meaning of 'bercinta'? rasa sayang between laki2 & perempuan or dating berdua lepas tu pegang tangan.pegang telinga.pegang pinggang.cium lutut and so on? Hukum bercinta sebenarnya harus sebab itu ada lah fitrah kita sebagai manusia.tapi bila dah ada aktiviti pegang2,keluar berdua without mahram & apa2 perkara yang langgar syara' baru lah cinta tu jadi haram.ni semua nak sebat haram hadessss.tau apa beza minuman dengan minum?meh sini abang bagi tau beza minum dangan minuman.minuman tu subject minum lak perbuatan.sama gak dengan cinta.cinta tu subject tapi bila dah pegang2 tu perbuatan.so yang haram perbuatan dalam cinta bukan cinta. Buah anggur asal nya tak haram di makan betul tak?tapi bila dah jadi arak baru lah haram.ada paham anak2?

So,kalau nak cakap cinta tu haram explain betul2 kenapa jadi haram. Haram sebab ada perbuatan2 yang melanggar syara'.Jangan keluar hukum without explanation.Takut waris kita nanti niqah dengan batu.pokok.tiang seri.pagar rumah mak limah.songkok pak hasan lak semata2 takut dengan zina hati.Jangan biarkan keturunan kita pupus hanya kerana tak ada explanation ngeeee :-D


Apa pun sebagai orang tua uhuk3 tua ke?saya nasihat kan pada pasangan yang sedang bercinta 'wala taqrabu zina' (dan jauhi lah zina). Niqah cepat2 untuk elak perkara2 yang boleh datang kan maksiat. Wallahhua'lam


8 comments:

ADIE said...

alhamdulillah. ada member rekomen. jazakallah another good read :))

Putra Iqbal Safuzan bin Jamil Irfan said...

jazakallahu khoiran ya ukhti thanks sudi bace blog ni

Adlin Farwiza Aziz said...

nak tanya boleh?? yg telinga tu kalu ke arah zina.. (zina telinga).. mcm mn ye?

Anonymous said...

Assalamulaikum, maaf Iqbal. Abang tolong jawabkan solan saudara yang bertanya tadi.

Zina telinga adalah telinga yang mendengar ajakan zina dan terdorong. Telinga yang mendengar kata-kata lucah (dengan kehendak sendiri) dan terdorong melakukan zina.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
aqafvii.blogspot.com said...

Sronok baca , terima kasih atas info ini :)

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya. Maaf, bukan saya nak tunjuk pandai. Dlm Al Quran ad ayat yg kata "jangan kamu hampiri zina" jadi klau kita bercinta, itu bermakna kita sudah memulakan utk menghampiri zina kah? Sebab itu bercinta itu haram. Atau bagai mana? Tolong jelaskan?

Unknown said...

nice explanation

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review