Saturday, 14 April 2012

Suami miang tapi setia??

Assalamualaikum.
Dalam masa injured ni kan saya banyak sangat free time nak update blog lah, main helicopter lah, main game lah, solat dhuhah lah macam2 lagi lah. yang paling banyak buat tengok TV le kih3. Yang terbaik nya tengok TV dengan mak lang saya yang cute tu kih3 tapi biasa lah selera orang perempuan ni tak sama dengan laki2. So nak tak nak, saya terpaksa gak lah tengok rancangan Wanita Hari Ini kat TV3 tu tak nak dikatakan nephew yang derhaka pula. By the way banyak gak dapat info dari talk show macam ni. At least tau lah serba sikit pasal orang perempuan ni. Especially mengenai penyakit puan ni dan feeling orang perempuan biasa lah nak kahwin ni kena lah ambil tahu semua tu. Nanti tak ada lah bakal orang rumah cakap saya ni tak faham hati dia ( bakal suami yang mithali lah kata kan kih3 )

Ok berbalik pada talk show tu ( Wanita Hari Ini ) isu hangat yang di discuss semalam (13.04.2012 ) tajuk nya "suami miang tapi setia". Macam menarik, so sambil layan kan mak lang saya tu saya pun try lah catch ape yang dibincangkan dalam rangcangan ni.

Pada mulanya talk tu nampak ok. Tapi bila dah sampai half way macam ada yang tak kena pula. Apa yang ahli panel nya terdiri dari artis yang nama nya Lisdawati dan 2 lagi panel lelaki ( siapa dia orang tu tak dapat pula namanya ) bincang kan tu langsung tidak menggambarkan ajaran Islam yang sebenar.

Sebagai lelaki yang miang dan memiliki ego yang agak tinggi memang akan rasa bangga bila dengar talk dia orang ni. Maklum lah pelakuan miang dia orang di pertahan kan. Dengan alasan biasa lah lelaki. Kalau tak miang tak mengandung lah bini. HAH????? Apa yang dia orang cakap ni? Menghalalkan miang dengan ajnabiyah dengan alasan memang laki2 macam tu? Kalau miang dengan isteri sendiri lantak pi lah. Yang korang cakap kan ni pasal wanita ajnabiyah! Nonsense! so kat mana pula nak letak kan Firman Allah dalam surah  An-Nur ayat 30 "Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan Nya tentang apa yang mereka kerjakan"

Dan surah yang sama dalam ayat 31 maksud nya "Dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak2 mereka, atau anak2 tiri mereka, atau saudara2 mereka, atau anak bagi saudara2 mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara2 mereka yang perempuan, atau perempuan2 Islam, atau hamba2 mereka, atau orang gaji dari orang2 lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak2 yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang2 yang beriman, supaya kamu berjaya".

Tengok lah ayat tu, pandangan pun disuruh jaga apa lagi mengayat perempuan? Ada pula panel dalam talk tu cakap "tak apa lah kalau dia bertepuk tampar dengan perempuan lain pun janji dia setia dan saya kenal suami saya macam mana" erk nak sakit jantung dengar. Hades.

Sorang panel bercakap lagak macam isteri solehah, sorang panel lagi berbaju melayu pink bersongkok tinggi lagak macam tok mudim nak menari zapin dan sorang lagi panel yang lagak gaya macam pakar motivasi. Mereka bertiga ni Islam tapi melontarkan pendapat macam Mr. Partiban anak lelaki Samy. Aiyakkk

Kalau dia orang cakap laki2 fitrah nya suka kan perempuan ( ok ini memang boleh terima ), orang laki2 pantang nampak perempuan cantik dan sexy ( boleh terima lagi~untuk laki yang tak kuat iman ), orang laki2 akan terdorong melakukan maksiat kalau tengok perempuan sexy ( memang boleh terima sangat ). Tapi kalau dah cakap tak apa kalau dah bersentuhan, tak apa cakap lucah dengan ajnabiyah, tak apa bergurau kasar dengan ajnabiyah, janji setia dengan isteri ini saya tak boleh terima. Kalau semua tak apa meh bawa sini anak perempuan korang tu untuk saya tempuk tampar kan. Come on lah beb, saya laki2 gak tapi saya tak kan mengahalalkan apa yang diharam kan Allah.

So please lah kalau siapa2 yang ada link dengan TV3 tu tolong bagi tahu dia orang cari panel yang ada ilmu dan ada otak untuk buat talk show. Jangan main sebat keluarkan statement. Siapa pun kita, kat dunia ni, agama jangan ditinggalkan. Semoga Allah mengampuni dosa2 kita semua. Amin Ya Rabb.
















Saff solat



Kedudukan saff secara umum bagi laki2 dan wanita

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah bersabda:
“Sebaik2 saff bagi laki2 adalah yang paling hadapan dan seburuk2 nya adalah yang paling belakang. Sebaik2 saff wanita adalah yang paling belakang dan seburuk2 nya adalah yang paling hadapan.” [ Muslim - 440 ]

Dalam hal saff ini Rasulullah telah menjelaskan bahawa saff yang dihadapan adalah utama untuk laki2. Manakala wanita yang lebih utama adalah dibelakang. Maksud nya disini, penuhkan saff pertama dahulu kemudian baru diikuti saff kedua dan seterus nya ( bagi laki2 ) dan untuk wanita pula terus sahaja ke saff paling belakang ( kalau tak ada tempat khas solat untuk wanita ). Jangan bercampur pula dalam saff memang nak kena tempeleng dengan pak imam lah tu kih3.


wanita yang duduk di saff belakang lagi tinggi ganjarannya sebab, terlindung dari pandangan dan terpelihara. yelah, makin belakang, makin susah la nak nampak muka kan? benda ni penting, lebih2 lagi  bila kita terpaksa solat berjemaah tanpa penghadang antara jemaah laki2 and jemaah wanita. Ha tengok2 dalam solat pun Allah memuliakan mereka yang menjaga diri mereka kan? berharganya hidup sebagai wanita.

Ini ada sebuah cerita kih3. Dah macam tukang karut pula.

 Saya selalu perhatikan laki2 yang datang kemasjid untuk solat jumaat, kebanyakan mereka akan memilih untuk duduk di bawah kipas atau masuk di tempat solat wanita yang ada air-cond berbanding duduk di saff yang lebih depan yang tak ada kipas dan tak ber'air-cond', sedangkan saff depan masih lagi kosong.
Apa yang saya perhatikan kebanyakan orang pilih untuk solat di tempat yang selesa (sejuk) berbanding saff yang lebih depan sebab kurang selesa (panas). Ade gak pernah saya dengar kadang2 ada je surau tu saff nya putus2, especially saff wanita, sebab dia orang sanggup solat tempat yang ada kipas je sampai saff pun jadi putus2, dah mcm solat sendiri2. Kenapa benda ni boleh berlaku? Sedangkan dah banyak hadith2 yang suruh kita untuk sempurna kan saff atau barisan.
Diriwayatkan oleh Jabir bin Samirah, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidakkah kalian ingin berbaris sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka," Maka kami bertanya, "Bagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb?" Beliau menjawab, "Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf." [ Muslim ]

"Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian daripada mendirikan solat."
[ Bukhari dan Muslim ]

Meluruskan dan merapatkan saff (barisan) dalam solat berjemaah adalah merupakan suatu hal yang sangat dituntut. Rasulullah sendiri sebelum memulakan solat, beliau berjalan membetulkan saf dan memegang dada dan bahu para sahabat kemudian baginda bersabda, "Hendaklaah kalian meluruskan saff2 kalian atau Allah akan membalikkan wajah2 kalian." [ Bukhari dan Muslim ]

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifah, beliau bersabda, "Barangsiapa yang memenuhi celah yang ada pada saff maka Allah akan mengampunkan dosanya." [ Al-Bazzar ]

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: "Tegakkanlah saff2, sejajarkan lah bahu2 kalian, tutupkanlah celah2, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan2 saudara kalian. Jangan biarkan celah2 untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambungkan saff, maka Allah akan menyambung nya dan barangsiapa yang memutuskan saff, maka Allah memutuskannya." [ Abu Daud, An-Nasa'i dan Ahmad ]

Korang semua tahu tak betapa beruntungnya jika kita solat di saff paling depan? Kita akan didoakan oleh para malaikat dan mendapat ganjaran pahala yang besar oleh Allah. Tapi apa yang saya nampak, dah lah jarang tengok orang datang masjid awal, kalau datang awal pun duduk kat bawah kipas je. Saff yang depan di biarkan kosong. Niat datang awal sebab nak selesa dan berkipas? Kalau datang awal mengaji dulu ke, solat sunat ke ok lah lagi.
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat Nya berselawat ke atas barisan (saff) yang pertama atau saff yang awal."[ Al-Albani ]

Lepas tu kadang2 saya tengok warga emas je yang solat baris depan, yang muda2 ni nak solat belakang. Kononnye baik hati dan pemurah nak bagi pahala lebih kat warga emas sebab hidup dah diambang senja katanya. Waklu! Macam lah hidup korang yang muda2 ni lama sangat, bila2 masa je Allah boleh tarik nyawa korang, tak kira muda atau tua. Ape lah salahnya kalau korang pun turut sama di saff depan tu, bukan ke banyak ganjaran nya. Rasulullah juga bersabda "Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saff pertama, kemudian utk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya." [ Bukhari ]

Daripada hadith ni kita boleh tau betapa besarnya ganjaran yang bakal korang yang muda dan yang tua ni dapat kalau solat di saff paling depan. Dulu ustaz saya pernah cakap, kalau lah manusia ni tau kelebihan orang yang solat di saff paling depan, nescaya manusia akan berbunuhan sesama sendiri untuk mendapatkannya. Wallahhua'lam




Friday, 13 April 2012

6 soalan Imam Ghazali

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama dengan murid2 nya then dia tanya 6 soalan,
1. Apa kah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa kah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ?
3. Apa kah yang paling besar di dunia ?
4. Apa kah yang paling berat di dunia ?
5. Apa kah yang paling ringan di dunia ?
6. Apa kah yang paling tajam di dunia ?
Soalan 1 :
Beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia anak murid nya jawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi betul tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'MATI'.

Firman Alah yang bermaksud :
“ Tiap2 yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” [ Ali 'Imran : 185 ]
Soalan 2 :
Beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia anak muridnya jawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'MASA LALU'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


Soalan 3 :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini anak muridnya jawab: " Gunung, bumi, matahari". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'NAFSU'. Maka kita mesti berhati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam.

Firman Alah yang bermaksud :
“ Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang2 yang lalai ”.[ AlA’raf : 179 ]


Soalan 4 :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia, anak muridnya jawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'MENANGGUNG AMANAH'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syara'.


Soalan 5 :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling ringan di dunia anak muridnya jawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'MENINGGALKAN SEMBAYANG' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

Firman Alah yang bermaksud :
“ Maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang2 mukmin “. [ An-Nisa : 103 ]


Soalan 6 :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya jawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'LIDAH MANUSIA' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.



Dulu & Sekarang


1-Dulu : bapak jaga anak. Sekarang : bapak keje kan anak. Alahai bapak2

2-Dulu : susah nak jaga lembu sekandang. Sekarang : lebih baik jaga lembu sekandang dari jaga budak perempuan seorang.

3-Dulu : kelapa ditebuk tupai. Sekarang : tupai terpaksa tebuk kelapa. LOL

4-Dulu : syurga ditapak kaki ibu. Sekarang : syurga ditapak kaki boyfriend. belum apa2 dah tanggal baju. Alahai

5-Dulu : orang baca Al-quran dan kitabullah. Sekarang : orang baca majalah mangga,manggis,durian runtuh,playboy n playgirl. Alahai runtuh akhlak

6-Dulu : orang nikah dulu baru dapat anak. Sekarang : dah dapat anak pun tak nikah2

7-Dulu : mak tidur anak nak batuk pun takut. takut mak tersedar. Kesian mak. Sekarang : mak dimaki hamun, sepak terajang, bunuh tikam dah jadi perkara biasa. Alahai

8-Dulu : orang cari ustaz or ustazzah sebab nak dapat ilmu. Sekarang : ustaz or ustazzah kena cari orang untuk bagi ilmu. Itu pun dihina dimaki. Islam dah jadi asing semula

9-Dulu : laki2 melindungi perempuan, perempuan melindungi maruah. Sekarang : laki2 menjahanamkan perempuan, perempuan menjahanamkan maruah

10-Dulu : laki2 tak pakai stokin. Perempuan pakai stokin tebal sampai lutut. Sekarang : laki2 pakai stokin sampai betis. Perempuan tak pakai stokin (kalau pakai pun x tutup buku lali / kalau pakai pun nampak bulu kaki yang halus tu (wow sexy)

11-Dulu : laki2 pakai jubah labuh smpai betis. Perempuan pakai jubah sampai kaki pun tak nampak. Sekarang : laki2 pakai seluar bapak smart labuh sampai tutup kasut. Perempuan pakai skirt kalau tak bawah lutut, bawah pusat. 'Kucing' pun berbunyi yummmyyy (sambil jilat bibir n mengeliat)

Dulu dan sekarang hukum Allah tak pernah berubah. Yang berubah cuma manusia yang tak menghargai kehidupan didunia yang sementara cuma. Manusia lupa hidup yang sebenar hanya di akhirat. Jangan sia2 kan hidup yang singkat ni untuk ke syurga Nya. Berubah lah. Pesanan ini untuk diri sendiri juga. Semoga Allah merahmati hidup kita semua Amin Ya Rabb.












Wednesday, 11 April 2012

Lelaki pelindung wanita

Lelaki di syaratkan melindungi wanita,hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan,laki2 yelah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih kuat dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita.
Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman Nya bermaksud "Laki2 ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki2 selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." [ An-Nisa : 34 ]
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga.
Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud: "Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." [ Ahmad ]
Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik2 nya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya: "Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." [ Abu Daud ].
Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.
Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama.
Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." [ At-Tirmizi ].
Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."
Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)
Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran:
"Gauli mereka dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)
Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.
Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.
Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:
"Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya."
Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:
"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."
Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan..
( Artikel dari Ustaz Irfan Hanaffi )

Tuesday, 10 April 2012

LELAKI bergelar SUAMI





Assalamualaikum ustaz.sy dah lama ikuti dakwah ustaz diblog dan juga fb.terima kasih ustaz byak ilmu yg sy dpat dari dakwah ustaz.

ustaz..
sy seorang ibu tunggal.sy ingin brtanya,apa hukum nya bekas suami sy mengambil smula mas kahwin sy selepas 3 hari prkahwinan kami.dia janji pinjam tapi smpai skrang (dah 3 tahun bcerai) dia msih xpulangkan duit tu.spnjang prkongsian hdup kami brdua dan anak2,sy yg tgung hdup dia.hinggakan zakat fitrah dia dan anak2 pun sy yg byarkan (didesak bekas suami).spanjang kami hdup brsama,bismillah pun dia xprnah ajar sy.sembahyang jauh sekali.hdup dia brgelumang dgn dosa.zina,berjudi,menipu dah jadi perkara biasa dalam hdup dia.ustaz sy x redha dgan apa yg dia buat pada sy dan anak2.apakah hukuman yg dia akan terima di akhirat nanti?terima kasih ustaz.wasalam




Waa'laikumussalam.
Banyak persoalan rumah tangga yang saya hadap, baik di alam maya mahupun didunia realiti. Saya ni masih bujang, tak pasti jawapan saya ni mampu memuaskan hati atau tidak. Dan saya juga tidak tahu sama ada mahu menangis, sedih, marah atau apa bila baca kisah akak ni. Saya cuma boleh berharap dan berdoa agar akak terus tabah dan sabar dengan semua dugaan Allah ni.
Suami macam ni boleh dikira tak amanah dalam hidup. Orang jenis macam ni kalau tak sakit mental pun mesti jenis tak solat 5 waktu. Zaman kita sekarang ni, pagi Islam petang kafir. Petang Islam pagi kafir. Kalau akak masih lagi dengan bekas suami tu, susah sangat tunggu dia tidur lena potong anu dia then gantung kat dinding lepas tu tulis APRIL FOOL. Baru dia faham apa erti jadi laki2.
Tapi semuanya dah berakhir kan? Soal hukum tu memang haram ambil semula mas kahwin yang wajib dibayar tu and dah tentu berdosa. Apa lagi kalau tak jalankan tanggung jawab sebagai suami. Soal balasan pula wallahhua'alam saya tak berani nak cakap on behalf Allah. Tapi macam yang dijanjikan Allah tentulah hukuman yang berat dan dicampak kan keneraka jahannam ( jikan tidak bertaubat)
Past is past kita nak fikir dosa orang dan hukuman yang bakal dia terima buat apa? Orang negeri sembilan cakap "menghabihkan boreh jo" Yang penting sekarang akak kena teruskan hidup dengan anak2. At least akak dah tak terikat lagi dengan suami biawak macam tu. Tak ada lagi dosa derhaka akak pada mamat yang namanya suami (mengata suami even dalam hati juga dianggap berdosa).
Nasihat saya kan kak, redholah dengan apa yang dah terjadi. Dan dengan apa yang dia buat dulu. Kalau akak tak redho, hati akak sendiri tak tenteram. Akak sampai hati jadi penyebab orang lain (even musuh) tercampak ke neraka? Kalau saya tak sanggup kak. Tercucuh rokok kat jari pun dah macam apa je rasa nya, ini kan pula neraka? Nauzzubillah minzaliq

Biar kan Allah yang bagi balasan yang setimpal pada dia. Lagi pun dia ayah pada anak2 akak. Doa kan je dia di beri hidayah untuk bertaubat. Redho kan je kak. Jangan ikat hati tu. Bebas kan diri dari sejarah yang menyakit kan. Memang susah tapi kita memang tak ada pilihan. Akak cari lah kebahagiaan. Yang lepas tu biarkan.

Yang pasti nya kak ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Percaya atau tidak, satu hari nanti akak mesti bersyukur dengan apa yang terjadi ni. Allah tak kan uji hamba Nya diluar kemampuan kita sendiri. Wallahhua'lam

note : Wey kaum adam tak malu ke wey? Apa ke jadah nya jadi laki2? Apa ke jadah nya kuat? Apa ke jadah nya jadi khalifah? Apa ke jadah nya jadi suami? Apa ke jadah nya jadi bapak? Kalau ini yang kau orang buat. Tak takut dengan azab Allah? Please lah jangan buat perempuan macam ni. Hadessss letih dah. Buat malu kaum je.

Monday, 9 April 2012

Isteri tak nak romen, cari bohsia


Salam bro.nak tanye lah sikit.apa hukum nye isteri xdgr ckp suami?kdg2 nak ajak romen pun dia xnak.klau cari ppuan lain tau plak marah.kdg2 sya pk nak cari bohsia lagi senang dari ada bini tp xtau tanggung jawab.buntu lah bro boleh bagi pandangan x?




Waa'laikumussalam
Ngeee cerita macam ni memang kadang2 buat saya terfikir layak ke saya berkahwin? Mampu ke saya mendidik wanita yang bernama isteri? Macam ni lah bro, jadi suami ni tanggung jawab memang besar. Awak kena pimpin dan didik dia, bukan nya harapkan isteri tu jalankan tanggung jawab dia sebaik mungkin. Kadang2 saya hairan juga kenapa suami selalu salah kan isteri dalam banyak hal especially dalam hubungan intim.

Kita ni kahwin dengan jantina lawan jenis bro. Dah tentu tindak tanduk, cara berfikir dia orang sangat tak sama dengan kita. Sebelum saya jawab soalan ni, saya nak tanya dulu, ada awak jalankan tanggung jawab awak pada Allah? Rasulullah? Orang tua? Adik beradik? Adik beradik awak yang perempuan tu ada awak didik dia orang tutup aurat dengan sempurna? Masa adik perempuan or kakak awak nak kahwin ada awak test fardhu ain, fardhu kifayah, solat, tajwid bacaan Al-Quran bakal suami dia orang? Ada buat? Kalau tak ada, dekat situ pun awak dah fail menjalankan tanggung jawab sebagai seorang abang atau adik lelaki (wali). Apa lagi tanggung jawab sebagai suami?

Perempuan ni kerak nasi. Tak boleh nak didik perempuan dengan api nanti lagi lah berkerak. Didik perempuan ni dengan air, lama2 jadi lembut lah dia. Pakai air apa? Air mata air? Air musta'mal? Air tu maksud nya kelembutan, kasih sayang dan hormat. Ingat isteri je kena hormat suami? Suami pun kena hormat isteri bro.

Dalam sejarah rumah tangga Rasulullah banyak yang di riwayat kan betapa indah nye rumah tangga Baginda dan para isteri nya. Pernah dengar Rasulullah minta izin dulu pada isteri nye bila nak solat sunat waktu malam? "Boleh kah aku menemui Tuhanku dengan melakukan solat malam?" Aisyah dengan manja nya jwab "Tapi aku tak boleh berpisah dengan engkau wahai suamiku Muhammad" Rasulullah jawab cinta Aisyah tu dengan pegang kaki Aisyah sampai Aisyah tidur semula. Ini lah contoh luar biasa kasih sayang dan penghormatan sorang suami pada isteri nya. Awak ada buat? Tahajjud pun belum tentu buat. Ada solat jemaah dengan isteri? Ada bawa isteri solat kat masjid? Ada bawa isteri pergi dengar ceramah agama? bawa pergi jom heboh selalu ye tak? Ada tolong isteri buat kerja rumah? Ada tolong isteri masak? Kalau ada Alhamdulillah.

Terus terang saya cakap lah, walaupun saya laki2, suami zaman sekarang memang kejam. Serius saya cakap kejam. Wife penat2 pergi kerja sedang kan tu tangung jawab suami. Tak pe lah boleh je kerje kalau suami izinkan. Tapi melampau kot. Dah isteri tu penat kerja, Kena buat kerja rumah pula, anak nak kena jaga. Dari pagi sampai malam tak habis2 kerja yang dia kena buat. Lepas tu malam 'dikerja' kan pula. Mana lah dia boleh tahan bro? Perempuan ni dari satu je tulang rusuk kita. Tak kuat mana tenaga dia orang. Tak kesian ke? Cuba pandang muka isteri tu masa dia tidur, berkerut muka dia bro. Dalam mimpi pun dia buat kerja. Siap fikir lagi esok nak bangun awal pagi, banyak kerja yang perlu dia buat.

Cuba awak bayang kan, awak taat dengan perintah Allah, ikut Sunnah Rasulullah. Awak jalankan tanggung jawab kat org tua dan family, didik dan pimpin isteri dengan penuh kasih sayang, kelembutan dan rasa hormat. Solat berjemaah dengan isteri dan anak2. Ajak pergi dengar ceramah agama. Awak bagi nafkah zahir tip top kat isteri dan anak2 even tak selengkap dan sekaya mana. Tolong jaga anak, tolong buat kerja rumah, tolong dia masak, awak bagi nafkah batin bukan ikut sedap nafsu awak je, bukan ikut puas awak je, Awak try gak jadi suami yang baik even stay kat rumah sewa, even pakai motor atau kereta murah. Agak2 wife taat dan sayang tak dengan awak? Awak sendiri pun boleh jawab kan? That's why bila kita nak salah kan isteri cari dulu salah sendiri. Dimana silap nya kita ni? Kenapa isteri jadi macam tu? Kenapa dan kenapa? Tanya diri sendiri dan siasat kenapa jadi begitu.

Dalam Surah An-Nur ayat 26 ada mengatakan lelaki baik untuk wanita baik. Begitu juga sebaliknya. Awak dah cukup baik? Kalau pun awak baik, awak ada jalankan tanggung jawab dengan baik? Jawab lah sendiri. Kalau tanggung jawab tidak mampu ditunaikan, tak baiklah namanya tu. Berniat nak cari bohsia lagi lah tak baik. Maka berjodohlah orang yang tidak baik dengan orang yang tidak baik, even dasar nya nampak baik.

Didik lah dia sebaik yang mungkin. Restart balik hidup korang berdua. Bermusyawarah dan berdoa agar semua nya success. Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Takkan sia2 usaha dan doa hamba Nya yang sungguh2 Wallahhua'lam.

Tuesday, 27 March 2012

Musbil ( orang yang melakukan isbal )


Isbal adalah diambil dari perkataan "asbala izaarahu", yang bermaksud "menjuraikannya/melabuhkannya". Jika dikatakan "asbala fulanun tsiyabahu" maksud nya orang yang memanjangkan dan menjuraikan pakaiannya sampai ke tanah ( melebihi buku lali ) ".

secara istilah, Isbal adalah
(1) melabuhkan kain / seluar sehingga hujung kain / seluar harus diseret ketika berjalan
(2) menjuraikan dan melabuhkan pakaian hingga melebihi batas yang telah ditetapkan dalam nas2 syar'i, baik karana sombong atau pun tidak.

Dalil yang mengaharamkan Isbal

1- Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah, beliau bersabda,
"Segala sesuatu yang turun melebihi mata kaki dari pakaian (tempatnya) di neraka" [ Bukhori, Nasa'i, Ahmad ]
2- Dari Al-Mughirah bin Syu'bah r.a, beliau berkata, Rasulullah pernah bersabda, "Wahai Sufyan bin Sahl janganlah kamu melakukan isbal, sebab Allah tidak menyukai orang2 yang melakukan isbal" [ Syaikh Al-Albani, Ibnu Majah ].
3- Dari Jabir bin Sulaim r.a, bahawa Rasulullah bersabda kepada nya, "... Dan berhati2 lah kamu terhadap isbal nya sarung ( pakaian ), kerana sesungguhnya isbal nya sarung ( pakaian ) itu adalah sebahagian dari kesombongan, dan Allah tidak menyukai kesombongan"
4- Dari Hudzaifah bin Al Yaman, dia berkata, “Rasulullah pernah memegang salah satu atau kedua2 betisnya. Kemudian Baginda bersabda, “Di sinilah letak ujung kain. Kalau engkau tidak suka, boleh rendahkan lagi. Kalau tidak suka juga, boleh rendahkan lagi, tetapi tidak dibenarkan kain tersebut menutupi mata kaki ( buku lali ) .”

Isbal bukan perkara remeh!!
Tidaklah wajar sebagai muslim meremehkan sesuatu perkara di dalam agama ini, sesungguh nya isbal adalah perkara besar. Saya bawa kan salah satu kisah dari khalifah Umar bin Khattab r.a yang sangat masyhur iaitu ketika peristiwa terbunuhnya beliau,

Setelah Umar bin Khattab ditikam oleh seorang budak ketika mengimamkan solat subuh berjemaah di masjid, beliau dibawa ke rumahnya dan para sahabat yang lain ikut beliau sampai ke rumahnya. Setelah sampai dirumah beliau, para sahabat memberi beliau minum nabidz ( jus kurma ) tapi air tu dari lubang tikaman diperutnya. Kemudian dibawakan kepadanya susu dan beliau meminumnya, namun susu tersebut juga keluar dari perutnya yang ditikam.

Tiba2 datang seorang pemuda dan berkata kepada beliau "bergembiralah wahai amirul mu'minin dengan berita gembira dari Allah untukmu, engkau adalah sahabat Rasulullah, pendahulu islam, engkau adalah pemimpin dan engkau berlaku adil, kemudian engkau diberikan Allah syahadah ( mati syahid )" , Umar menjawab "Aku berharap seluruh perkara yang engkau sebutkan tadi cukup untukku, tidak lebih ataupun kurang". Masa pemuda itu mahu balik, pakaiannya terjulur hingga menyentuh lantai (isbal). Umar terus memanggil dia dan berkata, "Wahai saudaraku, angkatlah pakaianmu sesungguhnya itu akan lebih bersih bagi pakaianmu dan lebih menaikkan ketaqwaanmu kepada Tuhanmu",

Umar bin Khattab yang merupakan salah seorang sahabat terdekat Rasulullah dan beliau menganggap hal isbal adalah perkara yang besar, malah ketika beliau nazak, beliau masih sempat untuk nasihat seorang lelaki yang berpakaian isbal. Bagaimana dengan kita? Kita rasa lebih berilmu dan lebih bertaqwa berbanding Umar bin Khattab hingga menganggap remeh masalah isbal ni?

Rasulullah bersabda lagi, "Ada tiga ( golongan manusia ) yang tidak akan diajak bicara oleh Allah di hari kiamat dan mereka tidak akan diperhatikan dan tidak disucikan serta dijanjikan mereka azab yang pedih; orang yang melakukan isbal ( musbil ), namimah ( orang yang suka melaga-lagakan orang lain. Macam batu api la tu ), dan peniaga yang bersumpah palsu demi untuk melariskan perniagaan nya " [ Muslim, Abu Dawud ]

Bagaimana pun sebahagian ulama berpendapat hukum nya makruh kerana menganggap bahawa hadith Abu Hurairah pada peringkat kedua boleh dibawa ke hadith Ibnu Umar pada kes pertama. Maksudnya haram jika melabuhkan seluar di bawah buku lali dengan sombong ia akan diseksa dineraka. Ini adalah pendapat Imam Syafie dan Imam Nawawi.

Saya nak tambah disini walaupun ada ulama yang mentafsirkan isbal adalah makruh , mereka tidak pernah mengatakan bahawa hukum isbal boleh kalau tidak dengan sombong. Harap jangan ada yang salah faham maksud ulama tersebut. Mereka cuma katakan makruh dan bukan mengatakan boleh berisbal. Ini yang banyak salah disalah fahamkan oleh orang ramai. Perkara makruh hendaklah dijauhi, jika memang kita masih memilih pendapat yang lemah tersebut. Janganlah terus menerus dalam melakukan yang makruh. Semoga Allah memberi taufik kepada kita semua.Wallahhu'alam.

Ingatlah Rasulullah adalah contoh dan mentor yang terbaik. Semoga entry kali ini dapat menyedarkan kita supaya tidak memakai pakaian yang dilaknati Allah dan tidak menganggap remeh dalam sesuatu perkara.

Sekian. Assaalamualaikum.







 

Monday, 19 March 2012

Jenis-jenis air & hukum nya

Air Mutlak
Air yang suci lagi menyucikan iyang kekal dengan sifat asal kejadiannya , boleh dibuat bersuci, boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, membasuh pakaian dan lain2.

Air Musta'mal
air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. musta'mal tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, contoh air tebu , air kelapa.

Air Muqaiyad
air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci, Contoh, bercampur sirap kopi dan sebagainya


Air Musyammas
air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Musyammas ialah air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas.

Air Mutanajjis
air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolahTidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.


La Iqra Ha Fiddin ( Tiada paksaan dalam Islam )


Tidak ada paksa dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui [ Al-baqarah : 256 ]
Satu post kat fb : Ske ati aq ler nak pakai ape punnnnnnnnn.aq nak bogel ker nak pakai tudung ker qaw orang ssah ati knpew???dew ker aq pkai duit korang?x kan?so?xde paksaan dlam islam dowh.parents aku pown x mawrah ko knpew dah?
Kepala otak kau berjambul! Siapa ajar guna perkataan dalam tak ada paksaan dalam Islam tu? Mana dapat??
Saya tahu ramai yang nak fire saya dah kan? Kalau saya stop entry saya sampai sini je, nanti penuh la ulama' muda datang bagi ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah yang ada perkataan "tiada paksaan dalam agama" tu kat saya kan ? Mesti ramai yang cakap saya tak belajar agama. Suka suki je cakap tak ada dalam Al-Quran.....ok fine blah lah lu..
Sekarang saya nak tanya korang semua, sapa2 pun boleh jawab.Yang korang nak sangat guna ayat ni, korang belajar bahasa arab sampai tahap mana? bahasa arab komunikasi? bahasa arab tinggi ?bahasa arab a'mmi ?
Tak tinggi mana pun kan? Sama lah macam saya. Tak tinggi mana pun.Korang ingat setakat boleh terjemah kan ayat "La Iqra Ha Fiddin" tu , korang terus boleh amalkan? Boleh terus guna untuk fire orang lain? Terus boleh guna dalam kehidupan korang? Er sori lah entry kali ni emosi sikit ngeee.
Biar saya jelaskan kat sini. Korang bukan ulama' pentafsir Al-Quran. So, jangan pandai2 je korang nak terjemah ayat Al-Quran lepas tu nak guna terus. Ayat Al-Quran tu bukannye teks insyak atau teks cerita kisah dalam bahasa arab yang biasa. Dalam tu penuh dengan hukum2 bahasa arab, nahu balaghah semua tu, yang ulama' pentafsir je boleh huraikan, bukannya kita. Faham???
Ok, sekarang saya nak tanya lagi, kalau dah korang teror sangat nak terjemah ayat ikut suka kan? Cuba korang hurai ayat ni lak. "Yadullah maal jamaah" yang bermaksud “Tangan Allah bersama mereka yang berjemaah” So, apa korang nak cakap? Allah ada tangan? macam tu? Yelah, kan korang teror nak terjemah2 ni. 'Yadun' tu kan tangan, so Allah ada tangan lah kan? Mana korang tau Allah ada tangan? kita tak tau langsung tentang dzat Allah. Jangan suka suki hati je nak terjemah. 'Tangan' dalam ayat tu bermaksud 'Rahmat' Allah.
Korang nak belajar sesuatu ayat Al-Quran tu, semua aspek korang kena tahu. Dan salah satunya ialah Sabab Nuzhul. Sabab Nuzhul tu bermaksud sebab2 penurunan ayat tersebut.. Allah bukan turunkan ayat saja suka2 je untuk Rasulullah. Semuanya ada maksud dan kegunaan tersendiri.
Berkenaan ayat 'tiada paksaan dalam agama' yang korang suka sangat guna untuk tunjuk alim tu, biar aku bagitau. Ayat tu diturunkan untuk mengingatkan kita bahawa TIADA PAKSAAN UNTUK MENGAJAK ORANG KAFIR MASUK ISLAM. Maksudnya, kita nak ajak orang bukan islam untuk masuk Islam, kita tak boleh paksa mereka. Mestilah dengan kesedaran sendiri. Kita hanya boleh mengajak dan menasihati mereka.
ITULAH MAKSUD SEBENAR TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA !! Faham??
Baru belajar bahasa arab setahun jagung, dah pandai2 nak terjemah ikut sedap kepala dia je. Geram betul lah dengar orang guna ayat ni untuk bebaskan diri dari arahan dan nasihat. macam si pengepost entry kat atas tu la. Waklu!
Cuba korang bayangkan apa akan terjadi kalau lebih ramai yang suka guna ayat "tiada paksaan dalam agama" ni secara salah?
i) Mak nak suruh anak solat,anak cakap tak nak,sebab katanya,tiada paksaan dalam agama.
ii) Cikgu suruh anak murid buat kerja rumah,dia cakap tak nak,sebab dalam agama tiada paksaan..
iii) Ayah suruh anak perempuannya tutup aurat,dia cakap tak nak,sebab tiada paksaan dalam agama..
Korang nampak tak? Nampak tak bencana yang akan terjadi kalau golongan-golongan penafsir ikut sedap kepala ni terus berleluasa?
So lepas ni jangan guna dah ayat ni. Kalau betul dalam agama tiada paksaan, maka Rasulullah tak suruh lah ibu bapa memukul anak mereka yang tak nak solat kalau umur dah lebih 10 tahun. Cuba fikir sikit!
Sebelum nak beramal dengan apa2 pun, to be ensure kita ada ilmu. Kalau tak sure, rujuk dengan ustaz, ustazzah or orang yang lebih arif. Bukan main sebat je. Sebab Rasulullah sendiri dah cakap, "Orang yang beramal tanpa ilmu ini adalah orang bodoh".
Sekian. Assalamualaikum.


Thursday, 15 March 2012

Suami ku kahwin lain~mimpi rupanya

 
salam EN zauji...SAYA NK TYA ADA ORG TYA SAYA TENTG ISTERI MIMPI SUAMI KAWEN LAIN...APA MAKNANYA..... [:)] TAU X?ke sekadar mainan tido... [:)]

Waa'laikumussalam.
Saya tidak begitu pandai dan tidak begitu mendalami ilmu mentafsir mimpi. Tetapi apa yang saya faham dalam ilmu tafsir mimpi, walaupun ada 2 orang dapat mimpi yang sama atau yang hampir sama, kadang2 maksud nya berbeza. Dalam kes ni saya cuma boleh tafsirkan ia nya terrhasil dari keadaan emosi atau pemikiran disiang hari.

Example kita marah dengan seseorang then mimpi pukul orang tu. Biasa nya mimpi macam ni tak dapat ditafsirkan. Ini cuma pendapat saya yang dhoif. Apa pun mempercayai mimpi tidak digalak kan. Rasulullah pernah bersabda, “
Mimpi yang benar dari Allah dan mimpi yang buruk dari syaitan , maka apabila kamu melihat yang buruk maka hendaklah mengucapkan ‘A’uzubillah… dan berludah secara isyarat ke sebelah kiri kerana ia tak akan memudaratkan kamu” [ Al-Bukhari dan Muslim ] Wallahhua'lam

Hukum ber 'Kau' 'Aku' dengan suami



Salam..Saya nak tanya,apakah hukumnya jika kita bercakap dgn suami aku,kau..sebab memang dr bercinta.mcm tu....kadang kadang awak saya aje...lagi satu org kata syurga dibawah tapak kaki.suami,suami yg mcammana.??kalau suami jenis x reti didik isteri,tak solat,kadang.marahkan anak sebut babi semua tu mcmmana??adakah wajib kita mentaati suami spt.ini

Waa'laikumussalam
Panggilan yang baik dalam hubungan suami isteri amat di tuntut untuk wujudkan adab hubungan yang mesra dan hormat. Tetapi islam tak menetap kan panggilan yang tertentu antara suami isteri asalkan dapat menjaga credibility dan hubungan dua2 pihak. Panggil nama penuh,nick name, gelaran yang baikk or panggil mama papa pun boleh juga. Selagi dapat jaga nilai hormat dan kasih sayang suami isteri.

Persoalan nya sekarang ini penggunaan panggilan Aku dan Kau itu kalau ikut kan adab melayu memang agak kasar. Saya sendiri pun tak suka guna perkataan kau dan aku ni. Tapi selagi suami dan isteri tu suka, redho dan tidak hilang rasa hormat antara kedua nya, terpulang lah. Aku dan kau pun salah satu kata ganti nama diri. Jangan panggil “wey setan”, “dey siput khinzir” sudah lah. Kerana nama2 berhala, syaitan, neraka or haiwan tak boleh diguna kan sebagai nama panggilan. Bukan saja tidak baik, tapi panggilan seperti itu juga boleh hilangkan nilai2 adab kasih sayang.

Panggilan ni pun boleh dianggap sebagai satu doa juga. So, panggil lah nama2 yang baik sahaja. Tetapi ada effect juga kalau panggil kau dan aku ni. Kadang2 anak2 boleh terikut2. Jangan terkedu pula bila anak cakap dengan awak “mama aku nak makan sekarang, ko masak ek?” kih3 melayang tong gas agak nya.

Selagi suami tak suruh buat perkara2 yang boleh larikan Aqidah, selagi itu lah isteri kena taat pada suami. Ok, memang suami yang kena mendidik isteri. Tapi yang awak cari suami yang tak pandai mendidik tu kenapa? Takdir? Jodoh?
Jodoh kita kena cari bukan datang tergolek depan mata betul tak? Laki2 yang baik untuk wanita yang baik, begitu juga sebalik nya. So, check lah diri sendiri kenapa dapat suami macam tu.

Dah kahwin pun kan? U have no choice kena taat juga pada suami tu. Di sini lah peranan awak sebagai khalifah, didik suami supaya ikut jalan yang diredhoi Allah. Tapi jangan membebel dengan dia (suami). Laki2 ni lain sikit, ego tinggi melangit (bukan saya kih3) kalau kena bebel dia tak kan boleh terima. Tak pasal2 dia guna kuasa veto pula. 
 
Didik lah suami tu dengan cara yang terhalus dan penuh kasih sayang. Example, suami tak solat. Takpe biar kan dulu. Tapi, setiap kali awak nak solat, bentang kan sejadah untuk dia. Letak kan songkok dan kain pelekat kat atas sejadah tu. Dia tak juga solat? Takpe buat hari2 Insya'allah lama2 terbuka juga hati dia nak solat. Sambil tu doa2 kan lah suami tu biar tebuka hati nya nak dekat kan diri dengan Allah. Ajak suami join sekali kalau nak dengar ceramah agama di masjid atau di you tube. Baca kan Al-Fatihah dan hembus kan pada ubun2 suami semasa dia tidur. Dengan niat supaya hati si suami jadi lembut. Jangan time dia berjaga awak hembus pula, mahu kena penampar sulong nanti. Lagi pula awak baru lepas makan petai kih3.

Panggil anak babi? Hadessss benih haiwan ke anak tu? Macam ni lah ajar anak2 respect dengan ayah dia even ayah nya pun tak betul. Kalau boleh didik anak2 supaya bercakap dengan lemah lembut dengan ayah. Minta juga anak2 panggil ayah nya dengan nada yang manja dan sangat2 hormat. Bila hari2 buat macam tu tersentuh juga hati si ayah nya tadi.

Kes2 macam ni sebenar nye back to our self juga. Suami tu umpama captain dalam kapal. Isteri pula umpama asst captain. Kalau captain tak boleh handle, u take over. But please jangan buang terus captain tu coz bila dia dah hilang penat, dia akan ambil semula tugas dia sebagai captain. Insya'allah cuba lah. Memang sakit hati tapi memuliakan suami even suami tu lanun sekali pun amat lah dituntut. Wallahhua'lam

Saya doakan semoga keluarga yang hadapi masalah begini dapat menyelesaikan masalah mereka. Semoga juga Allah berikan mereka Nur Hidayah. Amin Ya Rabb..





Bayi tabung uji




Assalamualaikum... Awak... Sy nk tanye la.. N nk tau sebenanye... Kalau awk tau, minta tlg trgkan ea... Huhu.. Td, sy ngan kwn2 p'puan sy borak2... Pas2 sorg dr kwn sy ni tetiba timbulkn 1pertanyaan yg menyebabkn bnyk p'tanyaan lain yg menyusul... Cerita die cmni... Katakanlah sorg perempuan muslim, belum b'kahwin... Tapi dia mengandung, tampa bapa... Bukannya dgn buat hbgn badan... Tp, die g sepital, pas2 minta penderma sprma, n wt bby tabung uji, yg b'ibukan p'puan tu... Sy nk tau la, pe hukumnya dlm islam? Pas2 sah ke taraf anak tu? Ke sama mcm ank luar nikah? Yela sbb p'puan tu mmg xnikah pn...


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali kelima yang bersidang pada 16-17 November, 1982 membincangkan isu bayi tabung uji. Muzakarah memutuskan bahawa:
1-Bayi tabung uji daripada benih suami isteri yang dicantumkan secara ‘terhormat’ adalah sah di sisi Islam, sebaliknya jika benih diambil daripada bukan suami isteri yang sah, bayi tabung uji itu adalah tidak sah.
2- Bayi dilahir daripada tabung uji dibolehkan menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka daripada keluarga yang berhak.
3- Jika benih suami dan isteri dikeluarkan dengan cara tidak bertentangan dengan Islam, ia dikira cara terhormat.

Bardasarkan keputusan disebut tadi, adalah haram bagi wanita yang belum berkahwin, menjalani proses bayi tabung uji. Jika ia berlaku, status bayi tabung uji itu tidak diketahui dan cara sebegitu meruntuhkan institusi perkahwinan Allah.

Teknik bayi tabung uji (test tube baby) ini telah dipraktikkan sejak sekian lama. Banyak kajian telah dilakukan melalui bayi tabung ini antaranya Kelahiran Louise Brown, bayi hasil persenyawaan in-vitro (IVF) pertama dunia, memenuhi dada akhbar tiga dekad yang lalu. Namun ibu kepada seorang anak ini mahu ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tidak diheboh2 kan. Suami isteri yang mandul dan inginkan anak dianggap oleh syara’ sebagai satu sebab untuk membolehkan penggunaan teknik2 yang dibenarkan oleh syara’ dalam persenyawaan buatan.

Majoriti ulamak telah memutuskan hanya persenyawaan dalam dan persenyawaan luar sahaja yang dihalalkan oleh Islam. Namun ada yang mengharamkan atas sebab2 tersendiri. Salah satu sebab yang jelas adalah kedua2 benih bukan berasal dari pasangan suami isteri yang sah. Pada tahun 1984, berlangsung Daurah Ketujuh Almajma’ Al-fiqhi Al-islami di Kota Mekah. Mereka merumuskan bersama2 pakar perubatan telah menarik balik keputusan menghalalkan persenyawaan luar yang mana isteri menjadikan tempat rahimnya mengandungkan benih suami yang lain.

Hal ini boleh menimbulkan keraguan, apabila kaedah ini dilakukan iaitu dia mungkin telah mengandung zuriat sendiri sebelum mengandungkan benih suaminya yang disenyawakan dengan madunya. Boleh juga berlaku kelahiran anak kembar hingga susah untuk menentukan sama ada kedua2 zuriat milik penderma ovum atau seorang satu anak, maka sukar untuk menentukan ibu yang sebenar.

Keduanya, kemungkinan benih suami telah mati lalu berlaku persenyawaan antara sperma lelaki dan wanita penderma rahim, pastinya mereka menyangka anak itu adalah zuriat wanita yang mendermakan ovumnya. Ketiga, ianya tidak ubah seperti zina, di mana berlaku pencampuran benih antara lelaki dan wanita yang bukan pasangan yang sah, apatah lagi jika seorang wanita yang telah bersuami memasukkan benih lelaki lain ke rahimnya, bezanya tidak berlaku persetubuhan dan tidak di jatuhi hukuman zina.

Sama juga seorang wanita yang menerima benih orang lain untuk dikandungkan. Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud : “ Janganlah kamu menyiram ( melepaskan mani ) di lembah milikmu selain isterimu.” Ia merupakan satu bentuk penipuan, dimana orang lain menganggap anak yang mereka peroleh itu merupakan anak yang sah, walhal ada pihak lain yang terlibat dalam proses pensenyawaannya. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasullah bersabda “ Sesiapa yang mengacukan pedang bukan daripada golongan kami dan sesiapa yang menipu juga bukan daripada golongan kami.” [ Muslim Ibnu Majah dan Ahmad ] Ia merupakan satu bentuk penipuan, dimana orang lain menganggap anak yang mereka peroleh itu merupakan anak yang sah, walhal ada pihak lain yang terlibat dalam proses pensenyawaannya. Wallahua'lam.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review