Ada
riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan:
“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah memanggil untuk solat.
Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah. Selesai solat,
Rasulullah naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda
tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua
duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu
mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami
menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah
berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini
bukan ingin menakut2 dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin
menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang
Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada
bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia
ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu
sebelumnya.
Katanya
dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal.
Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke
tengah2 samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya
ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama sebulan.
Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya
matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa
dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana
jantina dan duburnya.
Mereka
bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang
itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu
Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan
lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke
tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di
sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap.
Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya
sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya
sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?”
Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita
tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka
menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut
menaiki kapal, tiba2 datang ombak besar membawa kami ke tengah2
samudera luas dan kami berada di lautan selama sebulan. Akhirnya kami
terdampar di pulau ini.
“Pada
mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya
sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia
katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab:
“Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai
lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah
sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa
dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk
yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja
mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma
yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab:
“Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka
menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata:
“Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang
besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai
Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”
Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka
menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai
itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya
lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan
kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka
menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki
itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang2 Arab?”
Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang2 Arab.” Lelaki itu
bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap
mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah telah mengembangkan
dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang
besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung
jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku
terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku
akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini.
Dalam masa empat puluh malam akan dapat aku takluk semua, kecuali
Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah
dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat
menembusinya.”
Kata
Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah menekankan tongkatnya di atas
mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya
itu, iaitu Madinah. Saudara2 sekalian apakah sudah aku sampaikan
cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya
Rasulullah.” Rasulullah berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim
itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa
yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah
dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada
mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari
arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah sambil menunjuk ke
arah timur.
Rasulullah
telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada
yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.
Khutbah
Rasulullah tentang al-dajjal
Dari
Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah telah berkhutbah
di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh
masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada
fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada
fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah
ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang
terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak
mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang
sedangkan aku masih ada di tengah2 kamu, maka aku adalah sebagai
pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka
setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah akan menjaga
orang2 mukmin.
“Dajjal
itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan
mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah,
wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu
ciri2 Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi2 sebelumku kepada
umatnya.
“Pada
mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah,
tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku
sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu
lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah
tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua
mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap
mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di
antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.
Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka,
yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang diseksanya dengan nerakanya,
hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia
membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk
sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di
antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
“Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah
lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?”
Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang
menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat2 nya sama dan
suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku,
ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di
antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia
belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah
apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan
kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup
semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?”
Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab:
“Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang
itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang
paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata
Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh
langit supaya menurunkan hujan tiba2 hujan pun turun. Dia suruh bumi
supaya mengeluarkan umbuhan tiba2 tumbuh. Dan termasuk ujian yang
paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang2
baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang
demikian itu tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal
itu datang ke tempat orang2 yang percaya kepadanya dan penduduk
kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan
turun di tempat mereka dan tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak
ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal
kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi
oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani sampai di
pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke
pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti
gempa bumi. Ketika itu orang2 munafik kepanasan seperti cacing dan
tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi
bergabung dengan orang2 yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah
yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam
hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya
itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya
(tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanaman
mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka.
Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman
kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang
demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan
menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuhan. Maka mereka mudah
mendapatkan air dan tanaman mereka subur.”
Dari
Anas bin Malik, katanya Rasulullah bersabda: “Menjelang turunnya
Dajjal ada tahun2 tipu daya, iaitu tahun orang2 pendusta dipercayai
orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah
dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari
Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah ada bersabda: “Bumi yang
paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia
dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada
waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga
kali. Orang2 munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan)
bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan
Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah
yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya
seperti tukang besi membersihkan karat2 besi.”
Diriwayatkan
oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah
satu hari Rasulullah masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis.
Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya
menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka
saya takut mendengarnya.”
Rasulullah
berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka
aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah
kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari
Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah bersabda: “Dajjal muncul
pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang
agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari
terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan,
ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari2 berikutnya
seperti hari biasa.”
Ada
yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun
itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah menjawab:
“Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut
riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam,
dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud
menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu
hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah
dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada
manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?”
Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi
kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut
riwayat Muslim, Rasulullah bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada
umatku dan dia akan hidup di tengah2 mereka selama empat puluh. Saya
sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan
atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang
rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal
itu.”
Dan
menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk
dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya
orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000
kaum wanita.
Wallahuaklam
bisawab.
2 comments:
Astaghfirullah....wallahua'lam....thanks so much bang untuk ini....mmg topic ini yang i nakkan sgt2 and ingin memahami secara dalam namun tiada berkesempatan...alhamdulillah bang, terima kasih...Al-Fatihah buatmu dan Allah SWT saja yang membalasmu insyallah.... (",)
same2.al-fatihah utk awk gak :-)
Post a Comment