Monday 5 November 2012

Jima' dengan hamba


Assalamualaikum.

sebenar nye ni soklan utk abg sy Irfan Hanaffi tp dia bz sikit so dia suruh saya tlong jwab kan.



Question: Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya, adakah benar yang Islam membenarkan tuan kepada hamba berjimak dengan hamba perempuannya tanpa nikah? Jika ya, mengapakah ia dibolehkan? Terima Kasih




Answer

waa'laikumussalam

Yup Islam halal kan boss hamba istimta' (fun or happy2) ngan hamba perempuan their have base on Firman Allah "Dan (di antara sifat orang-orang mukmin ialah)  mereka yang menjaga kemaluan mereka (dari syahwat yang haram, iaitu zina dan sebagainya), kecuali kepada isteri mereka atau hamba (perempuan) yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela(apabila melepaskan syahwat itu kepada isteri atau hamba yang dimiliki)” (Surah al-Mukminun, ayat 5-6).

From this verse jima' halal 2 cara
1. nikah
2. possess yamin (owner hamba)

if pregnant, ank tu mesti la nasab or bin or binti nama husband or boss hamba n ank tu ada haq dpat harta ikot calculate faraid. boss hamba dengan hamba tu xpyah nikah coz hamba tu haq sah boss dia. so boss hamba boleh istimta' dengan hamba dia.

tp boss mesti la laki2 n hamba perempuan. baru la boleh jima'. if hamba laki2 jima' dengan boss laki2 kita sepak dia ramai2 itu gay

bila boss hamba da jima' dengan hamba dia so boss dia da tak boleh jual or bagi sape2 lagi hamba dia tu.boss dia kena jaga hamba dia tu sama mcam jaga wife dia. tp hamba still kena buat kerja macam biasa but kerja tu mesti la dia mampu buat.kalau boss suruh buat kapal terbang tp dia tak taw nak buat thats mean dia tak mampu la tu.ape bodo punye boss suruh buat kapal terbang lak?

kalau hamba da melahir kan baby automatic baby tu freedom n baby tu ank boss laki2 tu.hamba tu pulak akan freedom bila boss dia da pass away.

tp tu dulu la sekarang mana ada hamba lagi.tp kalau sape2 nk jadik hamba tu sila la jumpa irfan hanaffi sy tak nak hamba kih3

faham ker?tak faham tanya abg fan la.sy da lama tak tulis words byak teruk sekarang. kbai


Saturday 21 July 2012

lepak2 bace comic

Assalamualaikum.hari ni hari pertama kita puasa for this year.salam ramadhan al-mubaraq to all of you.hope tak ada orang2 yang ponteng puasa.kalau kambing ker.lembu ker.itik jiran sebelah ker yang ponteng puasa tak ape.jangan kite jadi seperti haiwan2 tu orait?tak rock la kalau tak puasa.em em em hari ni saya nak ajak you all bace comic sambil tunggu waktu berbuka jap lagi.so enjoyyyy..




Friday 13 July 2012

Cinta tu zina hati???


"Sori,saya terpaksa tinggal kan awak...cinta tu haram! walaupun kita tak pernah melakukan maksiat,tak pernah jumpa tanpa mahram,tak pernah berbual perkara2 yang tidak mengikut syara' cinta tetap haram! kita dah melakukan zina hati"


Betul ke cinta tu zina hati? mana dalil yang kata cinta tu zina hati?ada sape2 blh bg dalil tu?

Ape tu zina hati?
Rasulullah bersabda "sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak2 Adam.Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya" [ Bukhari,Muslim,Abu Daud & Baihaqi ]


Rasulullah bersabda "sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak2 Adam. Mata itu zinanya pandangan,telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan,dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya [ muslim ]


Hadith 1 guna zina nafsu, manakala hadith yang ke 2 pula guna zina hati. dua2 hadith ni memang sohih.dan memang betul ada istilah zina hati.tapi ramai yang tak faham erti zina hati yang sebenar.Asal cinta je semua orang nak hentam kata haram.jatuh cinta je dah anggap zina hati.rindu & ingat kat orang je zina hati.bila tanya kenapa zina hati?Jawapan dia org “ingat kat yang ajnabi /ajnabiyah (bukan mahram) & tak halal buat kita dah tentu haram.em em em dah tu hati kita ni apa function nye?hanya untuk beribadah pada Allah je ke?hanya untuk ingat kat Allah & Rasulullah je ke?da jadi macam hati batu plak.


Ada satu cerita masa zaman Rasulullah dulu ada sorang perempuan dalam tempoh iddah (tempoh suci) wanita yang cerai then ada laki2 ajnabi yang try nak usya perempuan tu & nak minang dia.Allah berfirman "Allah Maha Mengetahui bahawa kamu mengingati perempuan tersebut, tapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata2 perkara yang baik" [ Al-Baqarah ayat 235 ]


Perempuan dalam surah tu ajnabiyyah kat laki2 yang nak minang dia tu kan?Tapi kenapa Allah langsung tak halang or haram kan pun laki2 tu ingat kat perempuan tu?actually tak ade masalah pun kalau nak ingat ajnabi or ajnabiyah tapi jangan lak fikir nak buat bukan2 yang langgar syara'.

Maksud zina hati sebenar nye yelah niat nak berzina & minat nak buat hubungan sex tanpa niqah. Jom tengok semula kat ayat akhir hadith tadi Rasulullah ada sabda "dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya" means semua anggota badan dari tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang toward to zina baru lah we call zina. That's why Ibnu Mas’ud ada cakap “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).


So, zina kecil tu ada lah toward pada sex luar niqah. Kalau kita pandang orang bukan mahram bukan terus jadi zina mata. Zina mata ada lah pandang dengan goda2 & dengan nafsu. Cakap ayat2 mesra pada bukan mahram pun bukan la zina lisan. Zina lisan tu kalau kita cakap hal2 yang boleh naik kan nafsu.Sama juga kalau kita ingati atau rindu kan seseorang dengan rasa cinta itu bukan zina hati. Zina hati adalah harap & ingin sex luar niqah.


Pernah dengar ayat2 ni? “tengok perempuan ajnabiyah haram” “dengar suara perempuan ajnabiyah haram” “ingat perempuan ajnabiyah haram” “Semua tu zina” kih3 macam nak haram kan makhluk nama perempuan kat laki2 & haram kan makhluk nama laki2 kat perempuan.Dah lebih haram dari khinzir lak.


Hukum bercinta
What's the meaning of 'bercinta'? rasa sayang between laki2 & perempuan or dating berdua lepas tu pegang tangan.pegang telinga.pegang pinggang.cium lutut and so on? Hukum bercinta sebenarnya harus sebab itu ada lah fitrah kita sebagai manusia.tapi bila dah ada aktiviti pegang2,keluar berdua without mahram & apa2 perkara yang langgar syara' baru lah cinta tu jadi haram.ni semua nak sebat haram hadessss.tau apa beza minuman dengan minum?meh sini abang bagi tau beza minum dangan minuman.minuman tu subject minum lak perbuatan.sama gak dengan cinta.cinta tu subject tapi bila dah pegang2 tu perbuatan.so yang haram perbuatan dalam cinta bukan cinta. Buah anggur asal nya tak haram di makan betul tak?tapi bila dah jadi arak baru lah haram.ada paham anak2?

So,kalau nak cakap cinta tu haram explain betul2 kenapa jadi haram. Haram sebab ada perbuatan2 yang melanggar syara'.Jangan keluar hukum without explanation.Takut waris kita nanti niqah dengan batu.pokok.tiang seri.pagar rumah mak limah.songkok pak hasan lak semata2 takut dengan zina hati.Jangan biarkan keturunan kita pupus hanya kerana tak ada explanation ngeeee :-D


Apa pun sebagai orang tua uhuk3 tua ke?saya nasihat kan pada pasangan yang sedang bercinta 'wala taqrabu zina' (dan jauhi lah zina). Niqah cepat2 untuk elak perkara2 yang boleh datang kan maksiat. Wallahhua'lam


Sunday 8 July 2012

Kisah Si Disleksia.

Assalamualaikum.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada Saudara Putra Iqbal Safuzan yang juga merupakan pemilik blog zauji fi jannah , kerana sudi menyiarkan artikel saya ini. Untuk memahami keseluruhan artikel ini, anda digalak kan membaca dan menonton lampiran yang disertakan. Sila klik pada tulisan berwarna OREN untuk membuka lampiran tersebut.

Sebelum saya terus menulis, suka saya memaklumkan disini bahawa bahan bacaan ini bukan ditulis dengan tujuan untuk dijadikan bahan rujukan penyelidikan ilmiah, ia ditulis berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri bersama rakan saya yang mengalami Disleksia dan juga sedikit rujukan dari artikel lain.

Disleksia, satu ungkapan yang agak asing bagi masyarakat Malaysia.Ini mungkin kerana kurangnya sumber informasi atau pun mungkin juga sikap masyarakat kita yang agak konservatif dan lebih senang menyerah pada takdir semata-mata. Berbanding dengan masyarakat diluar negara yang sudah terdedah dengan maklumat mengenai Disklesia ini.

Apa itu Disleksia?
Secara ringkas nya Disleksia adalah gangguan dalam pembelajaran dari segi penulisan, pembacaan, pengiraan dan ejaan. Ramai yang menyangkakan penghidap Disleksia ini sebagai lembam, cacat otak dan bodoh. Maaf andai bahasa saya agak kasar, tetapi ini lah hakikat yang terjadi dalam masyarakat kita. Untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai Disleksia ini, rasanya saya bukanlah orang yang layak kerana saya bukan lah pakar dalam bidang ini. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Disleksia, sila baca artikel ini atau anda juga boleh menonton filem taare zameen par dan Disleksia yang menceritakan kehidupan seorang kanak-kanak yang menghidap Disleksia.

Kisah ini merupakan pengalaman rakan saya yang bernama Am ( bukan nama sebenar ) yang merupakan penghidap Disleksia. Dimana beliau telah mengharungi saat-saat sukar dalam berhadapan cabaran menuntut ilmu dan juga menjalani hidup didunia ini seperti insan lain. Ada pun suka saya nyatakan disini, bahawa saya tidak akan menulis secara terperinci kisah hidup beliau, demi menjaga hak privasi beliau sendiri. Ketika saya menulis artikel ini umur beliau sudah pun menjangkau 29 tahun dan masih bujang.

Am merupakan seorang Pengurus Besar ( General Manager ) dalam syarikat miliknya dan keluarga. Am juga merupakan bekas ustaz yang mengajar pelajar tahfiz disebuah madrasah milik arwah abang beliau. Dan kini Am hanya menumpukan sepenuh perhatian pada perniagaan dan juga kerja-kerja dakwah.Nah tampak hebat bukan? Bagaimana seorang penghidap Disleksia mampu berjaya? Biarpun Am tidaklah popular seperti mereka ini, sekurang-kurangnya Am mampu melangkah jauh berbanding kita yang normal ini.

Menyingkap pengalaman Am ketika mula menjejak kan kaki dialam persekolahan, ia mungkin pengalaman yang agak pahit. ang telah dapat dikesan ketika umur beliau 9 tahun. Pada peringkat awal persekolahan nya, Am boleh dianggap sebagai pelajar yang sangat lemah. Sering didenda, dipukul malah sering juga diejek kerana Am tidak tahu membaca dan menulis dengan baik. Ummi dan abang Am juga sering dipanggil oleh pihak sekolah kerana masalah yang Am hadapi ini.

Mungkin akibat tekanan Am sering jatuh sakit (adakala nya pura-pura sakit untuk mengelak pergi sekolah), kelihatan murung dan sering memberontak. Bila semua ini terjadi, sudah tentu ahli keluarga Am agak gusar. Entah bagaimana pada suatu hari, abang sulung Am bertanya kan dari hati ke hati apakah masalah Am yang sebenarnya? Apa yang mengganggu fikiran Am yang sebenarnya? Akhirnya si abang faham lah apa yang mengganggu fikiran si adik. Rupa-rupanya Am nampak semua tulisan bergerak-gerak, kadang-kala tulisan dari buku gugur seperti semut. Sukar memahami arahan. Atas dasar perihatin seorang abang, Am dibawa berjumpa doktor pakar. Nah, tersentak si abang dan ummi, Am rupanya menghidap Disleksia. Entah apa Disleksia itu tidak lah mereka tahu. Namun, maklumat demi maklumat si abang dapat dan cari. Ternyata si abang bersungguh-sungguh mahu membantu si adik yang seorang ini. Tidak mahu si adik terus dicemuh dan dibiarkan tanpa cari jalan penyelesaian.

Dari saat itu si abang dan ummi sibuk mengajar Am mengikut apa yang dianjurkan. Cara mendidik anak yang menghidap Disleksia ini juga agak berlainan. Menakjubkan selang beberapa bulan Am sudah mampu menulis dan membaca. Alhamdulillah usaha mereka tidak sia-sia. Namun, Am masih tidak mampu membaca Al-Quran. Sebutannya agak kelam kabut. Kebimbangan itu datang kembali. Entah bagaimana, suatu hari si abang terdengar si adik yang sedang mandi membaca ayat Al-Quran dengan lancar berserta tajwid dan juga tafsirnya sekali. Tersentak si abang. Bagaimana Am mampu membaca ayat suci Al-Quran dengan lancar? Sedangkan apabila disuruh mengaji, terlalu sukar pada Am. Mungkin kah Am hanya boleh menghafal? Tetapi tidak boleh membaca? Ujian dibuat lagi, dan kini ternyata Am hanya boleh menghafal dengan hanya mendengar bacaan dari orang lain. Menarik nafas lega. Ternyata Allah sudah tunjuk kan jalan buat Am sekeluarga. Sedari itu, Am hanya diperdengarkan ayat suci Al-Quran berserta tajwid dan tafsirnya sekali.

Hasilnya, Am hafal 30 juzuk ayat Al-Quran dan beberapa ribu hadis ketika umurnya sekitar 14 tahun. Habis sahaja SPM, Am terpaksa ambil semula kertan ujian Bahasa Melayu (kertas Julai). Kerana Am gagal dalam mata pelajaran tersebut. Al maklum sahajalah, penghidap Disleksia ini, tidak suka akan bahasa, penulisan apatah lagi jika terpaksa membuat karangan dan membaca. Tetapi mata pelajaran lain, keputusan nya sangat cemerlang. Usai mengambil ujian Bahasa Melayu buat kali kedua, Am telah dapat melanjutkan pelajaran nya di Universiti Yarmouk Jordan dalam bidang Ussuludin.

Dan kini Am mampu berdiri sama tinggi atau mungkin lebih tinggi dari mereka yang mengejek-ejek beliau satu ketika dulu. Siapa sangka yang bermasalah dan tampak bodoh itu mampu berjaya? Semuanya kerana kurniaan Allah,usaha dan bimbingan ahli keluarga.

Anak adalah anugerah Allah, yang terlalu tinggi nilainya. Bimbinglah mereka, pimpin lah mereka. Jangan biarkan anak anda berhenti berharap pada anda. Anda lah pencorak nya. Yang menjadi tunggak hala tuju hidup dan matinya nanti. Diharap, kisah Am ini dapat sedikit sebanyak membuka hati dan minda pembaca, supaya tidak membiarkan anak-anak anda berjuang sendirian.

Salam sayang dari saya Irfan Hanaffi bin Mokhtar.

Nota:
Kami sedang mengadakan kempen kesedaran Disleksia pada orang ramai. Temui kami disini . Kami perlukan sokongan anda semua. Bukan wang ringgit anda yang kami harapkan, cuma minta tolong sama-sama sebarkan maklumat mengenainya. Semoga usaha ini diberkati Allah. Amin Rabb..






Saturday 9 June 2012

Taqbir Raya

Assalamualaikum ustaz iqbal
Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi.tak sabar rasa nya mengerjakan ibadah puasa kemudian menyambut kemenangan kita (Aidilfitri).persoalan saya disini ustaz apakah hukum melaungkan takbir raya?dan adakah berdosa sekiranya kita tidak bertakbir?dan apakah hukum kaum hawa bertakbir?adakah ia dibenarkan?bagaimana pula dengan aurat suara?..

Harap ustaz dapat berikan pencerahan persoalan saya ini.terima kasih ustaz,jazakallah.....


Waa'laikumussalam
Ingat kan nak tanya pasal puasa rupa2 nya nak tanya pasal raya kih3.ok lah orang dah tanya kita jawab je lah kan.hukum takbir pada hari raya ni sebenar nya sunat.satu sunnah agung Rasulullah dan para sahabat pada zaman Baginda dan diteruskan sampai lah sekarang.

Kalau tak bertakbir tu tak lah berdosa tapi macam tak best lah.kita dapat result UPSR 80 A meloncat macam ayam kena sembelih.tapi kita menang dalam melawan nafsu dalam tak nak pula rasa gembira dan bersyukur.

Antara dalil yang disunatkan bertakbir, dari Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menceritakan “Kami (para wanita) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama2 ke tempat solat), dan sehingga perempuan2 yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama bersama dengan doa2 mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya” ( Bukhari )

Disunatkan bertakbir pada hari raya bagi lelaki dan perempuan, kanak2 (yang mumayyiz) dan orang dewasa, orang dalam negeri atau sedang bermusafir. Termasuklah wanita2 yang haid atau lelaki yang berjunub. (al-Majmu' :42).

Disunatkan meninggikan suara ketika bertakbir untuk menzahirkan syi’ar agama. Diriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan “Adalah Ibnu Umar r.a. bertakbir pada hari raya korban dan juga hari raya fitrah; ia bertakbir dan meninggikan suaranya”. ( Ad-Daruqutni dan al-Baihaqi )

So, hukum wanita bertakbir juga adalah sunat tapi tak perlulah meninggi kan suara.kerana suara wanita tu tetap aurat even dalam solat ini kan pula takbir raya.wallahhua'lam.harap persoalan saudari dah terjawab.






Sunday 3 June 2012

Hukum Mencarut, Memaki dan Mengeji


Assalamualaikum..
Hukum Mencarut, memaki dan mengeji adalah haram & tak akan masuk syurga. Pergghhhhh tak masuk syurga beb. Ada beberapa orang 'pendakwah' yang menegur orang lain menggunakan kata2 carut, makian & kejian, dengan alasan nak berdakwah. Hadesss kalau lah mencarut, memaki & mengeji tu halal, Rasulullah sendiri dah buat masa Baginda berdakwah dulu. Ramai yang cakap sayangkan agama, sayangkan Allah, sayangkan Rasulullah, tapi apa yang dicakap tak sama pun apa yang di syariat kan. Ni lah di panggil 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap'.

Tapi hairan juga kan, kenapalah ramai yang tergamak keluar kan kata2 hina tu dari bibir munggil yang Allah cipta hanya untuk berkata2 baik & melafaz kan Ziqrullah? Sorry kalau bahasa saya ni kasar sikit, kadang2 ada yang sanggup cakap 'benda' mak dia sendiri. 'Benda' kakak & adik perempuan sendiri. 'Benda' nenek & makcik sendiri. Yang lebih advance sanggup sebut 'benda' dalam kain & seluar sendiri. Nauzzubillahi Minzaliq. Mencarut dah macam makan chewing gum je.

Jom lah kita zasssss nas2 & hadith sohih berkenaan perkara yang saya katakan tadi.

1-Barang siapa yang menetapkan niat nya dalam bulan2 tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan kerja fasiq (fusuq), & bergaduh dalam masa mengerjakan haji" [ Al-Baqarah :197 ]
 
2-Menurut Ibnu Umar "rafath" bermaksud bersetubuh & bercakap mengenai nya. "Ata' Bin Abi Rabah pula berpendapat, "Rafath ialah bersetubuh & bercakap lucah.  Hukumnya adalah haram". "Fusuq" pula, Ibnu Abbas mentafsirkan sebagai, "Semua bentuk maksiat".  Manakala Ibnu Umar mengatakan, "Fusuq ialah maki".  Al-Dahhak pula mentafsirkannya dengan, "Menggelarkan seseorang dengan gelaran yang keji"

3-"Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata2 yang keji, kerana Allah tidak suka kata2 yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban)

4-"Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata2 yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni);

5-"Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim);

6-"Wahai Aisyah!  Kalaulah kata2 yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya);

7-"Kata2 yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat2 munaflk" (al-Tirmizi).

8-"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing"(Ibrahim Bin Maisarah)

Kepada pencarut, pemaki & pengeji yang bekerja secara full time or part time, bertaubatlah. Apa barang cakap menda tu semua? Cuba sebut Qalamullah ada berani? Dah jom taubat, jangan tunggu lama2 nanti masuk neraka. Wallahhua'lam.





Saturday 2 June 2012

Soalan Bocor Dari Kubur

 
 
Innalillahi wainna illa hirro ji'un

Dah get ready nak interview dengan Munkar & Nakir? Saya dah dapat soalan bocor ngeee :-D hope boleh jawab. Soalan nya ialah;

1-Siapa Tuhan kamu?
2-Apa agama kamu?
3-Siapa Nabi kamu?
4-Apa qitab kamu?
5-Dimana qiblat kamu?
6-Siapa saudara kamu?

Macam senang je nak answer kan3? Jom try jawab

1-
Siapa Tuhan kamu?
*Allah is my God :-)

2-
Apa agama kamu?
*Islam is my religion  :-)

3-
Siapa Nabi kamu?
*Muhammad S.A.W is my prophet :-)

4-
Apa qitab kamu?
*Al-Quran is my holy book :-)

5-
Dimana qiblat kamu?
*Qa'abah is my Qiblah :-)

6-
Siapa saudara kamu?
*er er er er tah la. Masa hidup dulu saya selalu maki hamun saudara Islam saya. Saya tuduh dia orang kafir. Dia orang buat kenduri saya tak pernah pergi. Saya selalu je hina, kutuk, mengata, mengeji dia orang. Saya selalu syak dia orang tu jahat tanpa sebab. Depan dia orang saya buat baik, tapi belakang saya mengumpat dan memfitnah dia orang. Kesal nyeeee T_T

Tak banyak cerita, Munkar & Nakir pun belasah saya secukup rasa T_T. Hancur badan saya, tulang saya habis semua patah2. Sampai qiamat saya tanggung semua azab tu sakettttttt nyeeeeeeeee....T_T

Hablumminannas ( hubungan sesama manusia ) , ukhwah fillah, silaturrahim kena jaga, kalau tak, habis lah kita nanti. Pandang sebelah, pandang depan, pandang belakang, pandang keliling kita, ornag Islam tu semua saudara kita. Sayang lah dia orang sebelum kita dibelasah Munkar & Nakir. Wallahhua'lam

Thursday 31 May 2012

Sujud syukur & sujud sejadah




salam iq......nk kacau kit.....nk suh iq terangkan tentang sujud syukur...bila waktu yg sesuai untuk kita buat....apa2 saja mengenai sujud syukur ni...pas2 nk tya Apa hukumnya bila terlupa bacaan sujud sajadah bila terjumpa tanda sajadah ketika membaca al-Quran?....terlupa atau swengaja x baca.......terang kit... terima kasih iq...jasamu tetap di kenang...hihiii


Waa'laikumussalam
Hehe boleh je nak kacau. Ok go thru to sujud syukur actually sujud syukur ni ni sebenar nya sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud sebagai tanda terima kasih dengan nikmat yang di kurnia kan Allah atau terlepas dari bahaya atau malapetaka, boleh gak dibuat bila terima sesuatu yang baik dan gembira.

Allah berfirman “Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji" [ Luqman : 12 ]

Rasulullah pernah gak bersabda “Dari Abu Bakrah bahawasanya Rasulullah apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah ” [ Abu Daud dan Tirmizi ]

Cara nak buat sujud syukur ni tak la susah sangat. Tak sampai lima minit pun.
Rukun sujud syukur:
1-Niat 
2-Takbiratul Ihram  
3-Sujud (sekali sahaja)
4-Salam
Syaratnya sama macam solat fardhu, berwudhu', mengadap qiblat, tutup aurat dan sebagainya. Then da boleh buat sujud syukur dalam keadaan duduk (macam duduk antara dua sujud). Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Lepas bangun dari sujud, beri salam.Dah settle.

Sujud sejadah ni for your infomation dalam kitab2 fiqh kita panggil sujud tilawah. Hukum sujud tilawah ni sunat untuk orang2 yang baca ayat al-Quran yang ada perkataan `sajadah` tak kira dalam solat or luar solat. Tapi kalau solat berjamaah kalau imam tak buat sujud tilawah so makmum tak payah bersujud kerana makmum wajib melakukan pergerakan mengikut imam. Hukum yang sama juga untuk orang yang dengar diluar solat. Dalam al-Quran ada 14 tempat yang sunatkan kita melakukan sujud tilawah @ sujud sejadah.

1-Surah As-Sajdah : Ayat 15
2-Surah Al-A’raf : Ayat 206
3-Surah Ar-R’ad : Ayat 15
4-Surah Al-Nahl : Ayat 49
5-Surah Al-Israa’ : Ayat 107
6-Surah Maryam : Ayat 58
7-Surah Al-Hajj : Ayat 18
8-Surah Al-Furqan : Ayat 60
9-Surah An-Naml : Ayat 25
10-Surah Fussilat : Ayat 38
11-Surah Al-’Alaq : Ayat 19
12-Surah An-Najm : Ayat 62
13-Surah Al-Insyiqaq : Ayat 21
14-Surah Sad : Ayat 24

Disebab kan hukum nya sunat so tak berdosa kalau tak buat sujud tilawah @ sejadah. Rasulullah pernah bersabda Allah tidak memfardhukan kita sujud melainkan atas kehendak kita.

Cara buat sujud tilawah @ sajadah di luar solat ikut mazhab syafi’e angkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan baca sepotong ayat ketika sujud  “Aku bersujud dengan wajah ku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan Nya. Maha memberkati Allah sebaik2 Pencipta”

Then duduk dan beri salam.

Kalau dalam solat pula cara melakukan sujud tilawah @ sajadah lepas je baca ayat sajadah terus sujud dan baca ayat yang sama. Lepas tu berdiri semula terus kan bacaan seterusnya. Wallahua'lam













Sunday 27 May 2012

Wajah-wajah


Assalamualaikum,

Entry kali ni releks sikit.Semua manusia inginkan kegembiraan. Kalau boleh tak mahu langsung bertemu dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup kita. Tapi dah jadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini adalah berpasangan. Bila ada sedih mesti ada gembira. Bila ada marah pasti ada reda. Bila bertemu tenang akan jumpa juga stress. Sebagai manusia, terima lah semua itu dengan hati dan perasaan yang terbuka.

Sesungguh nya perasaan itu adalah kurniaan Allah pada manusia. Tapi kita perlu lah mengawal perasaan tu supaya tidak melanggar syariat. Firman Allah "(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" [ Ali 'Imran: 134 ]

Beruntung la siapa yang mampu ada semua perasaan ini. Bayangkan jika kita semua tak ada perasaan, Dah lama manusia ni pupus kan? Jom tengok wajah-wajah kucing ni yang mewakili perasaan kita sebagai manusia.











Thursday 24 May 2012

Makan ubat tahan period


Salam Zauji,

Saya akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah tidak lama lagi.yang merisaukan saya ialah putaran haid saya yang tidak menentu.saya tak tahu sama ada tarikh saya disana nanti akan haid atau tidak.saya bercadang untuk makan ubat tahan haid.soalan saya,adakah dibenarkan makan ubat tersebut demi melancarkan perjalanan ibadah saya disana nanti?apa pandangan zauji dalam hal ni?kalau tak dibenarkan,apa yang perlu saya lakukan?


Waa'laikumussalam
Er ada ke ubat macam tu?Kalau tak bagi effect yang buruk kan body kita & dengan niat nak melancarkan perjalanan ibadah umrah or haji hukum nya harus.base on this hadith Ibnu Qudamah rahimahullah berkata dalam Al Mughni (1/221): “Telah diriwayatkan dari Imam Ahmad rahimahullah, bahawasanya beliau berkata: (Tidak apa-apa seorang wanita meminum ubat untuk menghentikan haidnya, apabila ubat yang dipakai itu sudah dikenal).” Wallahhua'lam

Monday 21 May 2012

Hukum Azan & Iqomah bayi yang baru lahir


Salamun zakrun ( salam sejahtera anak laki2 ), salamun an-nisaa ( salam sejahtera anak perempuan ). Antara pendidikan awal terhadap anak selepas dia dilahirkan ke dunia, perkara pertama yang sunat dilakukan ialah mengazankan dan mengiqomahkan ke telinga anak ( mengikut sesetengah pendapat ulama' )

Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya. Dalilnya ialah hadith Dari Abu Rafi’, katanya "Aku melihat Rasulullah mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya ( Fatimah ) melahirkannya" [ Abu Daud & At-Tarmizi ]

Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah , baginda bersabda, "Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqomah di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’.

`Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.





Mengapa azan?

Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Baginda.

Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini.

Selain itu, menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah telah menyatakan bahawa antara rahsia azan dan iqomah di awal kelahiran bayi adalah seperti berikut:

1-Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini.

2-Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan.

3-Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak.

4-Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.

5. Satu penyataan Syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.



Bagaimanapun, beberapa ulama' mengatakan hadith "Aku melihat Rasulullah mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya ( Fatimah ) melahirkannya" [ Abu Daud & At-Tarmizi ] adalah hadith dhoif. Suka di sini saya tegaskan bahawa beramal dengan hadith dhoif pada perkara2 yang bukan melibatkan aqidah dan halal haram adalah dibolehkan. Ini terbukti dengan perbuatan dan pengamalan ulama'2 kita terhadap hadith2 dhoif. Imam Hambali pernah mengatakan: Aku lebih suka mengikut hadith dhoif dari mengikut qias ulama'. Berkenaan dengan penolakkan terhadap amalan2 pada fadhilat2 hadith dhoif ini. Wujudnya satu kumpulan yang cuba mengharamkan penggunaan hadith dhoif secara terus. Ini bersalahan sama sekali dengan pegangan ulama'2 kita yang membolehkan beramal dengan hadith dhoif terhadap fadhilat2 amalannya. Namun walaupun ada sesetengah ulama'2 yang tidak menggunakan hadith dhoif dalam amalan mereka. Tetapi mereka tidak membantah dan tidak berkata bida'ah bagi sesiapa yang beramal dengan hadith dhoif dan mereka meraikannya. Secara peribadi saya cenderung untuk mengatakan bahawa beramal dengan hadith dhoif pada perkara2 yang dibenarkan amatlah bersesuaian. Kerana kemungkinan hadith dhoif hanya dhoif pada sanadnya sahaja akan tetapi tidak dhoif pada matannya.Wallahua'lam

Friday 18 May 2012

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku.

Inginku katakan padamu, aku hidup dan besar dari keluarga bahagia. Orang tua yang begitu sempurna. Dengan cinta yang begitu membuak, aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga. Maka, padamu ku katakan, saat Allah memilihmu dalam hidupku, maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku. Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah.

Padamu yang Allah pilihkan untukku,

Ketahuilah, aku hanya manusia biasa yang begitu banyak kekurangan dalam diriku. Aku bukanlah manusia sempurna, seperti yang mungkin kau pernah jumpa dan harapkan. Maka, ketika Dia memilihmu untukku, maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.

Dan aku tahu, kau pun bukanlah manusia yang sempurna. Dan ku berharap ketidak sempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu. Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku. Kau dan aku akan menjadi ‘kita’.

Padamu yang Allah pilihkan untukku,

Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah, membentukku menjadi manusia yang mencintai Rabbnya. Maka ketika Dia memilihmu untukku, maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmu Nya. Maka sambut lah tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita. Itulah visi pernikahan kita. Ibadah pada Nya semata.

Padamu yang Allah tetapkan sebagai satu tulang rusukku,

Ingatlah, aku adalah mahluk Nya dari tanah yang lembut. Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah. Maka, ketahuilah, saat itu Dia menghendaki kau menasihati dan menyabarkan ku dengan hikmah. Sungguh hatiku tetaplah manusia yang lemah pada kelembutan. Namun jangan kau biarkan aku lalai dalam kelembutan mu dan jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah.

Namun tatap lah mataku, tersenyumlah. Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu. Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah. Jangan biarkan ego ku terus melangit. Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu. Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku.

Padamu yang Allah tetapkan sebagai bidadari duniaku, ketahuilah, ketika akad itu sudah disahkan oleh saksi mu, maka dimataku kau adalah yang terindah. Kata-kata mu adalah gurindam untukku. Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua permintaan mu dalam kemampuanku. Maka kalau kau berkenan ku meminta, jadilah bidadari yang indah, yang kukuh, yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya.

Padamu yang Allah pilih menjadi tongkat hidupku, dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita. Maka bantu lah aku didik mereka menjadi generasi yang merindui syurga. Yang di puncaknya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah. Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad. Yang darahnya mengalir darah syuhada. Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkat, kau mampu bantu ku membentuk mereka. Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka. Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu.

Padamu yang Allah pilih sebagai makmum ku,

Ku memohon padamu. Dambakan lah redhaku padamu. Sungguh redhaku adalah redha Ilahi Rabbi. Mudahkanlah jalanku ke Syurga Nya. Kerana bagiku kau adalah salah satu anak kunci ku ke syurga Nya. Dan aku pasti, Allah memilih mu untukku bukan untuk sia-sia. Sudilah bersamaku menuju jalan redha Nya.


Credit : Ustaz Irfan Hanaffi.

Thursday 17 May 2012

Isteriku mencintai suami orang


Di antara perkara yang jelas
halalnya iaitu seorang suami
menyintai isterinya atau
isterinya menyintai suaminya
dan lelaki yang menyintai
wanita pinangannya juga
wanita yang dipinang menyintai
lelaki yang meminangnya.

Dan di antara perkara yang
jelas haramnya iaitu seorang
lelaki menyintai perempuan
yang bersuami, dan seorang
perempuan bersuami mencintai
lelaki lain lalu mereka itu
asyik memikirkan antara satu sama
lain, atau salah seorang darinya.

Hal itu boleh membawa
kerosakan rumah tangganya
dan kadang-kadang ia boleh
menyebabkan terjadinya
pengkhianatan suami isteri.

Salam,
sudah 10 berkahwin punyai 3 org. Punyai isteri yg boleh dikatakan cantik. selama berkahwin terlalu jarang merasa kenikmatan berumah tangga selalu bergaduh lepas baik sekejap then bergaduh lagi..Saya mempunyai sikap yg selalu angin satu badan tetapi tidak pernah sekalipun memukul isteri / anak jika berlaku perselisihan paham..(selalunya benda kecil je)..

minggu lepas isteri telah meluahkan perasaannya yg terpendam selam 10 tahun..sejak awal perkahwinan. 10 tahun dia memendam perasaan dan tahun ke10 meletup. daripada luahan hatinya menurut beliau saya bersikap kasar dgn nya ( cara bercakap dan menegur kesalahannya. dan tak pandai menjaga hati dia dan familynya "SAYA AKUI" dan tak menafikan sebelum nie pun saya sentiasa muhasabah diri..menurut nya lagi semasa kecil dia tak mendapat kasih sayang daripada kedua ibubapa (sebab tinggal dgn neneknya) dan bila kawin menurutnya dia inginkan saya menyanginye dan memanjakan dirinya seperti seorg puteri. "SAYA AKUI" saya gagal berbuat demikian..

pendek kata apa yg dia cakap pada waktyu itu semua nya benar belaka dan saya mengakuinya. dan yg paling saya terkejut dan buat hati dan perasaan saya begitu DOWN..(hancur lebur dan begitu kecewa hingga saat ini) dia mengakui sudah saling bercinta dengan officemate dia yg juga suami orang. Menurut nya perasaan cinta dan sayang antara mereka datang tanpa disedari datang dengan sendirinya.. dan kata nya dia tiada sekumit rasa cinta dan sayang terhadap saya lagi , dan tak ingin mencuba utk membaiki perkahwinan kami dan meminta saya menceraikannya. ..nauzubillah..saya begitu terkejut dengan pengakuan nya..saya hampir tak boleh bernafas.. selama 10 tahun kawin saya sebagai lelaki tidak pernah memikirkan untuk cari perempuan lain walaupun banyak godaan yg saya hadapi..tapi saya berjaya dari melayan perasaan saya dari terjebak dan masih ingat dosa pahala.

Isteri meminta saya melepaskan nya kerana dia telah berdosa dengan perbuatan nya...saya menasihatinya supaya memikirkan nasib anak2 jika kami bercerai dan memikirkan juga nasib keluarga /isteri/anak teman lelakinya. sebab 2 masjid bakal dirobohkan dan juga sikap curang nya terhadap saya dan juga isteri kepada teman lelakinya...saya cuba menyedarkan dia tentang dosa perbuatannya jika meneruskan niatnya itu..saya dengan rendah hati memaafkan nya jika dia tidak meneruskan niatnya.keesokan harinya saya dan dia bersemuka dengan teman lelakinya..mamat di secara jujur mengakui dia memang mencintai isteri dan memnita maaf kepada saya (bayang perasaan saya ketika itu..saya bercakap dengan penuh matang dan tidak meninggikan suara dan tidak memukul atau menumbuk beliau) kalau laki org lain saya tak taulaa mungkin dah pecah muka kena tibai).. saya juga memberitahu beliau kalau dia dan isteri saya meneruskan juga hubugan terlarang ini saya terpaksa memberitahu isterinya atau kelurganya. dan mereka berjanji dihadapan saya akan cuba melupakan cinta tersebut..saya juga berjanji kepada isteri yg saya akan cuba membaiki hubungan kami.

Sebenarnya ini adalah ujian kali kedua saya dan isteri hadapi, kali pertama dulu juga dengan suami org tapi isteri saya berjaya mengawalnya dan saya juga yg terlibat memberi nasihat kepada suami org tersebut sebab dia hanya bertepuk sebelah tangan dan ketika itu hubugan saya dan isteri dalam kaadaan yg amat baik dan jarum gagal menusupi hati dan perasaan isteri ketika itu. saya dan isteri diserang dgn byk missed call dari isteri ornag tersebut..tapi alhamdulillah ALLAH tunjukan jalan penyelesaian.

masalah saya : sampai saat ini perasaan kecewa dan luka hati saya semakin sukar diubati. hanya Allah sahaja tempat saya mengadu . saya tidak pernah menceritak masalah saya ini kepada kawan rapat..Perlukah saya melepaskan nya walaupun dia sudah memutuskan hubungan dengan teman lelakinya..saya down, tiba2 saya rasa lost, saya sudah memaafkan dia..saya terharu dengan sifat jujur dia..yg selama ni hati saya buta untuk melihat permata dihadapan saya. Tapi begitu sukar saya mahu mengembalikan kasih sayang ini kepada nya walaupun kemaafan antara kami telah termetri dan masing2 telah berjanji akan cuba berubah, dan saya belum bersedia akan melakukan pekara yg amat dibenci ALLAH sekalipun halal? nauzubillah

saya tak pasti samada isteri saya hanya mencari cinta mengikut kepuasan dirinya tanpa memikirkan perasaan org lain spt anak2 suami dan family, bila saya tidak dapat mengikut rentaknya dia akan mencari cinta baru.  (mungkin)

YA ALLAH TOLONGLA BAGI KEKUATAN PADA DIRI YANG HINA INI

Monday 30 April 2012

Khinzir yang haram




Semua orang tahu bahawa memakan khinzir adalah haram di dalam Islam. Tetapi tahukah kita semua apakah hikmah di sebalik pengharaman ini?

Dalam surah Al-Baqarah ayat 173 Allah berfirman, "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging khinzir, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Ramai yang tau dalam badan khinzir ada sejenis cacing pita yang tak boleh di bunuh dengan proses pendidihan. (macam daging2 lain) that's why orang yang makan babi akan terdedah kepada kewujudan kuman2 ini di dalam badannya.

Menurut kajian saintifik pula, daging khinzir mengandungi kandungan kolesterol yang paling tinggi berbanding daging2 haiwan lain. Selain itu, darah khinzir juga mengandungi kandungan purin yang paling tinggi. Purin ni sangat bahaya sebab kerana ia boleh menyebabkan macam2 jenis penyakit kepada manusia. Untuk pengetahuan semua, khinzir mudah sakit dan dari info yang saya tahu terdapat 70 jenis penyakit yang senang dihidapi khinzir. Dan di antara 70 jenis penyakit itu, terdapat beberapa yang senang dijangkiti manusia. Antara nya gout dan H1N1.

Selain itu, kajian sains menunjukkan, pundi najis khinzir senang bocor. Bila dah bocor, najis khinzir ni tadi akan merebak masuk dalam organ lain dan juga daging khinzir itu sendiri. Dan kerana ini lah daging khinzir tercemar dan membahayakan pemakan daging khinzir.

Baru2 ni saya tertengok satu VDO di You Tube mengenai daging khinzir ni. Saya agak terkejut melihat satu simple test yang dibuat. Mereka masukkan daging khinzir dalam satu, then dicurahkan air coke atas daging khinzir tu. Selepas dibiarkan dua jam, nampak beribu ulat keluar dari daging khinzir tu. Yarrkkk geli.









Bangga nya jadi Muslim. Betapa agungnya syariat Allah yang mengharamkan makan daging khinzir dan betapa Al-Quran memang kitab petunjuk dari Allah dan segala terkandung di dalamnya yang berbentuk suruhan wajib ikut dan terlarang mesti dijauhkan. Allah jaga kita semua dengan beri panduan dan pantang larang dari segenap segi termasuklah soal pemakanan. Sayang Allah.


8 Pesanan Saidina Ali bin Abi Talib



8 pesanan Saidina Ali bin Abi Talib,

Saidina Ali r.a berkata :

1 – Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk
2 – Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia2.
3 – Tiada kebaikan bagi pembaca al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya.
4 – Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'.
5 – Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyayangi.
6 – Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7 – Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8 – Barang siapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’,sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.

Semua pesanan tu nampak macam ringkas tapi sesungguhnya bagi saya teramat la susah untuk kita achieve.Tapi kalau dapat kita capai Insyaallah ketenangan hidup tu dapat kita capai.First sekali tentang solat.Kekusyukan solat satu yang susah nak dapat. Antara sebabnya mungkin tak faham maksud bacaan  dalam solat. Siapa yang tahu bahasa Arab ada advantage kat situ. Tapi belum jamin akan dapat kusyuk dalam solat. Ada gak yang belajar kat sekolah agama, belajar bahasa arab in the end tak ingat pun bahasa yang pernah dia belajar tu. Betul la pepatah Arab cakap,”Al-Ilmu Bi La Amal Kal Shajarah Bi La Simar" Maksud nya “Ilmu Tanpa Amal Bagaikan Pokok Tiada Buah”.Sia2 je belajar kalau tak beramal dengan ilmu kita belajar.

Bab puasa pula, ada yang berpuasa hanya macam berlapar semata2.Tak banyak amalan sunat lain yang dibuat.Tak baca Al-Quran.Tarawih pon macam terpaksa. Semoga puasa akan datang puasa kita akan jadi lebih sempurna.Baca Al-Quran dan ambil pengajaran.

Ilmu tanpa sifat warak memang mampu membuat orang tu terasa hebat.Memandang rendah dekat orang lain.Rasa gah dan lebih advance dari orang lain.Pendapat orang lain ditolak dan tak nak terima.Ilmu yang ada tak nak dikongsi bersama.Cari ilmu ni memang bagus.Sebab ahli ilmu ni lebih hebat di sisi Allah berbanding ahli ibadah.Tapi kena bersederhana atau berwasatiah.Ilmu kena ada ibadah pun kena ada.Biar seimbang.Berapa banyak dalam Al-Quran tertulis tentang kebaikan ilmu.Tapi beware ilmu tu mampu mencampakkan kita ke neraka kalau ada walaupun sikit rasa megah dalam diri tu dengan ilmu yang kita ada.

Teman saling sayang menyayangi antara satu sama laian adalah perkara yang paling indah.Menyayangi kerana Allah. Ikhlas dalam pergaulan dan tak ambil kesempatan ke atas orang lain. Hargai orang yang ada dikeliling kita.
Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. Manusia sering merasa tidak puas dengan apa yang dimiliki. Sering juga melepaskan atau membiarkan apa sahaja nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Masih lagi tercari2 nikmat yang lain. Dan akhir nya semua terlepas. Memang rugi sesiapa yang melepaskan nikmat yang Allah beri.So,sama2 la kita tingkat keimanan kita.

Berdoa tu biar la ikhlas.Tapi saya sendiri kadang2 mengeluh bila doa saya tak dimakbulkan.Padahal doa kita tak semestinya kita dapat di dunia.Mungkin di akhirat dan mungkin gak diganti dengan kebaikan yang lain sebab Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik dalam hidup kita.Last sekali orang yang banyak cakap atau banyak bicara. Elak la dari cakap benda yang tak sepatutnya.Memang orang banyak cakap ni saya tengok banyak la benda tak elok yang keluar.Kadang2 nampak gak la kebodohan orang tu.Cakap tu biarla berisi sikit.Ye tak?

p/s-Sama2 la kita hayati 8 pesanan dari Saidina Ali bin Abi Talib ni..

Thursday 26 April 2012

Demi Allah aku tidak akan menyentuh mu..

Sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah. Komik ini diadaptasi dari kisah benar mengisahkan seorang pelajar yang pernah belajar di Delhi. Cerita asal dipetik dari http://wanwma.com






 

Pada malam kejadian, seorang pelajar laki2 sedang mengulangkaji pelajaran dalam sebuah masjid dengan berteman kan cahaya dari nyalaan sebatang lilin.

Dilokasi yang sama, seorang gadis dalam perjalanan pulang kerumah dari melawat saudara-maranya terperangkap di pertengahan jalan kerana tercetusnya rusuhan dikawasan tersebut.



Gadis itu tidak dapat mencari tempat perlindungan kecuali didalam masjid yang sama.


Apabila pemuda itu ternampak gadis tersebut, beliau terus mengarahkan gadis itu meninggalkan kawasan masjid itu dengan kadar segera.



Pemuda itu berkata "waktu sekarang tidak sesuai untuk awak terus berada disini, jika rakyat tempatan melihat awak disini, saya akan rasa malu dan mereka pastinya menghalau saya dari masjid ini. Yang paling penting saya tidak mahu pengajian saya disini akan terjejas. Gadis itu membalas arahan kata-kata pemuda tresebut dengan berkata "rusuhan telah meletus di kawasan ini dan jika saya meninggalkan masjid saya takut saya akan di apa-apa kan nanti"


Apabila mendengar kata-kata gadis tersebut, pemuda itu terdiam sejenak kemudian dia meminta gadis itu untuk duduk di satu sudut. Dan si pemuda itu meneruskan ulangkaji nya.


Masa berlalu dikeheningan malam...

Sambil mengulangkaji pelajaran, pemuda tersebut telah meletakkan hujung jari di atas nyalaan lilin berkali-kali.
Gadis itu memerhatikan sahaja tindakan pemuda tersebut.




Perlahan-lahan malam menghampiri subuh. Dan ketika itu si pemuda telah keluar memerhatikan keadaan keliling. seketika kemudian pemuda itu berjumpa dengan gadis itu lalu berkata "Rusuhan telah reda dan jalan selamat. Izinkan saya menghantar awak pulang ke rumah"  Gadis itu pula berkata, "Saya tidak akan pulang ke rumah sehingga awak jelas kan kepada saya, apa tujuan awak berkali-kali meletakkan hujung jari awak diatas api lilin?" Pemuda itu berkata, "Awak tidak perlu perlu tahu."



Tetapi setelah didesak berkali-kali oleh gadis itu, pemuda tersebut berkata  "Syaitan berulang kali berbisik dalam hati saya dan menghasut saya melakukan perbuatan terkutuk pada awak. Sebab itu lah saya meletakkan hujung jari saya pada api lilin itu, kerana ia menyelamatkan saya dari mendengar bisikan syaitan tersebut, malah awak juga selamat dari kerakusan nafsu saya.


Saya tidak mampu menahan kesakitan akibat dari jari saya yang terbakar ini, dan disaat itulah saya berfikir, jika api lilin ini saya tidak mampu tahan bagaimana saya boleh bertahan dengan api neraka jahannam? Allah telah melimpah kurnia Nya melindungi saya dari syaitan yang menyesatkan. Mendengarkan kata-kata itu, gadis itu terus sahaja pulang kerumah.

 Gadis itu adalah anak orang berada. Ibu bapa nya merancang untuk menjodohkan gadis itu dengan seorang pemuda yang merupakan anak dari seorang saudagar yang kaya raya. 

 
Gadis itu menolak cadangan orang tua nya dan berkata: "Saya berhasrat untuk berkahwin dengan seorang pemuda yang tinggal di masjid itu. Ibu bapa dan saudara-mara gadis itu mula menyangka perkara buruk telah berlaku antara pemuda itu dan anak mereka. 


Melihatkan keadaan menjadi agak tegang, gadis itu telah menceritakan apa yang telah berlaku antara dia dan pemuda itu dan berkata, "Saya hanya akan berkahwin dengan dia kerana dia ada rasa takut kepada Allah. Saya cintakan dia kerana dia cintakan Allah.

Akhirnya mereka pun berkahwin dan hidup bahagia.


Gadis itu memilih untuk berkahwin dengan pemuda yang melabuhkan cinta nya pada Allah, yang takut kan Allah, bagaimana pula dengan pilihan anda?......


P/S :: Ini adalah kisah benar yang ditulis oleh Maulana Siddiue Ahmed Sahed Mudda Zilluhu. Boleh di dapati di dalam bukunya yang bertajuk ”Adaa’bul Muta’allimeen”.




Tuesday 17 April 2012

Jatuh cinta pada lelaki yang hatinya berpaut pada Allah


As salam.
Nak tya sket ni. Mcmana ye klu kite dah jatuh cinta kat seorg lelaki yg hatinya berpaut pd Allah. Hal akhirat tak pernah diabaikan, tp hal dunia pun dia pandai seimbangkan.

Tapi kite dgn dia tak pernah berkenalan, tak pernah bertegur sapa. Hanya kite tgk dia dari jauh je. Jadi mcmana kite nak buat dia tahu kita suka kat dia? Atau kite hanya perlu minta pd Allah je ke? Mcmana nak minta? Have to mention his name ke klu kita berdoa? Blh bagi doa yg sesuai? Syukran :)


Waa'laikumussalam
Apa yang kita suka tak semestinya yang terbaik untuk kita. Saya suggest awak buat solat istikharah kalau memang Allah tunjukkan dia sebagai jodoh awak, why not awak merisik atau meminang dia. Rasulullah pernah bersabda, “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhoi agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” [ Tirmidzi ]


Offer diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan, macam peribahasa melayu tu “perigi cari timba” tapi ni sebenarnya sunnah berdalilkan kepada hadith dari Anas yang berkata telah datang seorang wanita kepada Rasulullah dan menawarkan dirinya kepada Baginda dengan berkata “Wahai Rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai Rasulullah dan menawar dirinya demi kebaikan”.[ Bukhari, Nasaie dan Ibnu Majjah ]


Hadith ni bukanhanya dikhaskan kepada Baginda je, tapi sebagai contoh or role model kepada semua muslimah. Dibenarkan menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin sebab apa yang terjadi kepada Rasulullah, selagi tak dikhususkan so, itu adalah perbuatan sunnah yang umum. Jangan ikut pepatah melayu yang tak boleh pakai tu.


“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” [ Al-Ahzab : 21 ]


Tapi ada yang cakap ayat tu khusus untuk Rasulullah je. “Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada Rasulullah jika Rasulullah suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” [ Al-Ahzab : 50 ]. Maksud sebenar nya berkaitan dengan mas kahwin. Rasulullah tak payah bayar mas kahwin pada perempuan yang offer diri pada Rasulullah. Tapi bagi umat Islam yang lain, mas kahwin tetap wajib dibayar [ Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3 ].


So, kesimpulan nya adalah sunat dan di galakkan kepada muslimah menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama kalau betul lelaki tu nampak macam dapat membimbing diri mereka dan mendidik mereka ke jalan yang benar.


Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa Baginda bersabda: “Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman”[ Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmidzi, Nasaie & Ibnu Majjah ] satu lagi hadith mengenai malu “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan”[ Bukhari, Muslim ]


Biasa nya perempuan rasa malu, sifat malu tu perhiasan tapi tak patut malu tu jadi penghalang capai kebaikan. Kalau malu dan segan offer diri face to face boleh je gunakan ayat tersirat, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah. Khadijah r.a sendiri gunakan orang tengah untuk sampaikan hajatnya kepada Rasulullah.

Saya suggest awak baca doa ni untuk permudahkan jodoh awak “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkau lah pewaris yang paling baik.” [ Al-Anbiya’ : 89 ]

Ya Allah
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak Ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaan ku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuh Mu yang pernah singgah di jurang neraka Mu, dan akupun tahu, tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan, Maka, aku meminta pada Mu seorang yang tak sempurna Ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya kerana Mu…

Seseorang yang akan aku sayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang akan aku cintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang akan aku kasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang akan aku kagumi kerana sikap nya
Seseorang yang akan aku puja kerana kerendahan hati dan kesederhanaan nya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya...Yang tak akan aku menduakan cinta nya hingga akhir hayat ku tiba.

Seseorang yang akan aku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang akan aku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang akan aku jadikan bahu ku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang akan aku dengar segala kuluh kesah nya
Seseorang yang akan aku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya...Yang akan aku selalu bersama nya hingga malaikat maut menjemput ku tiba

Ya Allah
Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redho terhadap apa2 pun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa2 yang Engkau takdirkan, Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu, Andai Engkau berkehendak lain, Sesungguhnya sebenar2 nya kehidupan adalah kehidupan akhirat, Maka jadikanlah kehendak Mu, bukan kehendak ku

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhoi nya…. Amin Ya Rabb. Wallahua'lam...Afwan

Sunday 15 April 2012

Sudah cukup sudah

Assalamualaikum abang Iq..

Zie nak minta tolong masuk kan cerita Zie ni dalam blog abang. Hmmm Zie harap sangat abang dapat tunaikan permintaan Zie ni. Zie nak share cerita Zie ni dengan semua orang tanpa mereka kenal siapa Zie. Maaf andai permintaan Zie ni keterlaluan. Tapi hanya pada abang sahaja yang Zie tidak malu mahu minta tolong.

Abang...
Terima kasih kerana banyak beri nasihat pada Zie sepanjang kita kenal di alam maya ni. Zie tak tahu bagaimana mahu balas jasa abang pada Zie. Maaf juga kalau Zie buat abang rasa tak selesa dan buat abang banyak fikir untuk beri segala jawapan pada semua persoalan Zie. Disaat Zie hampir membenci lelaki, abang hulurkan nasihat dan panduan pada Zie. Terima kasih banyak-banyak abang. Zie tak sangka masih ada lagi lelaki seperti abang didunia ni. Andai kata abang bukan tunangan orang, Zie tak segan silu untuk dekat dengan abang dan berharap dapat suami seperti abang. Sejujurnya, Zie rasa amat cemburu pada tunangan abang tu, biarpun Zie tidak mengenali siapa dia. Beruntung dia dapat tunang sekaligus bakal suami seperti abang. Maafkan Zie abang andai kata-kata Zie ni buat abang rasa tak selesa. Tapi Zie sedar siapa lah diri Zie ni jika nak dibandingkan dengan abang. Lillahi Ta'ala perasaan ini hadir kerana ilmu dan perwatakan abang yang matang menangani masalah yang Zie hadapi ini. Terima kasih juga kerana Zie rasa semakin tenang dan semakin dekat dengan Allah. Ini semua kerana jasa abang dalam menasihati dan membimbing Zie selama ini. Mengenai Wan pula, Zie sudah mula melupakan dia...

Abang Iq...
Cerita Zie ni tak lah trgagis mana tapi amat memberi kesan pada hidup Zie. Zie tak kuat bang, Zie terlalu kecewa fikirkan semua ni. Zie cume harap dengan meluahkan semua ni dapat mengurangkan beban yang Zie tanggung sekarang. Untuk pengetahuan abang, Zie sepatutnya disatukan dengan Wan pada 17 Dis tahun lepas. Tapi semua nya hanya tinggal kenangan.

Dia bukan lah pilihan hati Zie. Mak yang carikan untuk Zie. Pada awal nya Zie menolak untuk mengenali insan bernama Wan tu. Tapi atas desakan dan pujukan mak, Zie cuba juga mengenali dia. Mak cakap kalau mak tak carikan, mak tak yakin Zie akan berkahwin. Untuk pengetahuan abang, Zie tak pernah melalui fasa percintaan. Memandangkan Zie ni pemalu terutama dengan lelaki. Zie juga belatar belakang pendidikan dari sekolah agama, dan sambung pula belajar di salah sebuah kolej Islam di Melaka. Sudah tentu pergaulan dan batasan sangat Zie titik beratkan. Jadi mak ambil keputusan untuk satukan Zie dengan Wan. Wan adalah anak kawan mak yang bekerja di utara. Tapi bang, Zie minta untuk mengenali Wan dulu sebelum satukan kan kami. Alhamdulillah mak setuju. Lega rasa nya, sekurang kurang nya Zie tak buat mak sakit hati, dan Zie juga boleh beri masa pada diri sendiri untuk mengenali dia.

Pertama kali kami berjumpa, Wan dan keluarga dia datang rumah Zie. Agak segak juga, bisik hati Zie masa tu. Tetapi Zie perlu kenal hati budi dia dulu. Pada hari pertama mengenali dia, Zie masih keberatan untuk beri kan nombor telefon pada dia. Zie takut bang, Zie tak pernah berhubung dengan lelaki. Tapi mak yang beri nombor Zie pada Wan. Malam tu juga Zie dapat SMS dari dia. "Assalamualaikum Zie, abang Wan ni..salam perkenalan. Abang harap Zie sudi berkenalan dengan abang" ini lah SMS pertama dia. Lenggok bahasa agak sopan buat hati Zie mula berani untuk membalas SMS dia. Pada peringkat awal nya, kami hanya bertanya khabar dan saling bertukar cerita mengenai diri masing-masing.

Sepanjang mengenali diri Wan, Zie nampak dia lelaki yang baik biar pun didikan agama nya tidak lah seperti yang Zie harapkan. Namun Zie yakin Wan akan jadi suami yang baik pada Zie nanti. Wan juga mengaku amat menyayangi Zie. Zie pun banyak nasihati dia supaya menimba ilmu agama lagi agar dapat dia jadi lelaki yang soleh. Dia akur, dan katanya dia sudah mula belajar ilmu agama dengan beberapa orang ustaz untuk memantapkan lagi ilmu nya yang sedia ada. Ahamdulillah...Zie gembira dengan berita yang dikhabarkan nya tu. Dari saat itu, Zie tak nafikan Zie sudah mula menyayangi dia. Zie mula yakin, pilihan mak adalah pilihan terbaik buat Zie. Saat itu, Zie amat bersyukur mengenali diri Wan.

Genap tiga bulan perkenalan kami, Wan melamar Zie kata nya mahu percepatkan pernikahan kami berdua. Jadi Zie minta Wan datang berjumpa mak dan abah. Putih kata mak, putih juga lah kata Zie. Zie serahkan segala nya pada mak abah Zie. Alhamdulillah mak abah terima pinangan keluarga Wan. Kami bertunang dalam majlis yang sangat sederhana. Keluarga kami mahu disatukan tiga bulan dari tarikh kami bertunang. Dari saat itu lah Zie persiapkan diri untuk jadi seorang isteri yang taat pada suami nya. Zie nak jadi isteri yang solehah untuk Wan.

Indah rasanya meniti saat-saat manis menyediakan persiapan perkahwinan kami berdua. Bayangan indah berumah tangga sering berlegar dimata. Zie tekad untuk perhambakan diri untuk Wan kelak.Bertambah manis rasa nya apabila Zie dan Wan menghadiri kursus kahwin bersama. Sungguh terharu melihat ketekunan Wan sepanjang dalam berkursus.

Dari menempah kad jemputan, baju nikah, beli barang hantaran hingga lah menguruskan soal budget majlis kami nanti, semua nya kami lakukan bersama-sama juga sudah tentu ada campur tangan ahli keluarga kami. Biarpun terasa amat penat, namun senyuman tidak lekang dari bibir kami berdua. Sungguh rasa teramat bahagia.

Semakin hari semakin terasa debar nya dan semakin dekat dengan tarikh kami disatukan. Banyak juga persiapan yang belum siap sepenuh nya. Namun Zie tetap gagahkan diri untuk terus berusaha membantu menguruskan majlis kami nanti berjalan lancar.

Namun, entah dimana silap nya dua minggu sebelum tarikh keramat tu, Wan mula menunjukkan perubahan. Wan sudah mula mengelak diri dari campur tangan dalam persiapan majlis kami nanti. Wan juga mula marah-marah jika ditanya mengenai persiapan dari pihak lelaki. Dia juga jadi pendiam, telefon tidak diangkat, SMS pula lambat-lambat dibalas. Saat tu Zie terfikir mungkin Wan keletihan atau dia ada masalah ditempat kerja. Zie tak mahu beban kan Wan. Jadi Zie fikir biarlah Wan selesaikan masalah nya dulu. Zie bantu mak dan abah mana yang mampu, Zie tak mahu bila sampai masa nya nanti, akan jadi kelam kabut pula. Pada fikiran Zie, biarlah Zie penat sekarang. Ini lah sekali seumur hidup Zie lalui majlis seperti ni.

Alhamdulillah,,, semua persiapan sudah siap. Zie rasa berdebar-debar tunggu saat jadi isteri yang sah pada Mohd Ridzwan. Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Majlis akad nikah diadakan di masjid yang berdekatan dengan rumah Zie. Pagi sabtu 17 Dis 2011 Zie dan keluarga sudah siap sedia di masjid. Wali hakim juga sudah menunggu. Majlis akad nikah sepatutnya diadakan pada pukul 10 pagi. Tetapi Wan dan keluarga nya masih tak muncul-muncul. Zie cuba hubungi Wan namun gagal. Dia mematikan handphone nya. Abah pula hubungi bakal besan nya itu, hampir jam 12 tengah hari barulah ibu Wan angkat telefon. Hanya maaf yang dihulurkan pada Zie dan abah. Ibu Wan cakap Wan tak mahu nikah dengan Zie. Bagai halilintar menyambar muka. Zie tak tahu apa salah Zie pada Wan hingga Wan sanggup perlakukan Zie sebegini rupa.

Majlis tetap berjalan walaupun pernikahan kami dibatalkan. Ya Allah.......Zie tak tahu apa yang Zie perlu buat masa tu. Abah pula marah-marah, tak tahu marah nya ditujukan pada siapa. Air mata ni tak henti-henti mengalir. Diminda tertanya-tanya apakah salah Zie sebenarnya? Kenapa Wan bertindak begini? Kalau Wan memang tak mahukan Zie kenapa dia buat semua ni? Kenapa tak batalkan awal-awal lagi? Tapi soalan tu tak pernah berjawab.

Abah ada pergi ke rumah Wan, namun tiada siapa di rumah. Telefon pun semua dimatikan. Zie pasrah tanpa redha.....Tuhan saja yang tahu betapa sakit nya hati ini. Bilik pengantin yang dihias indah hanya jadi perhiasan tanpa pengantin. Dunia jadi gelap. Malu bukan kepalang, orang heboh sana sini mengenai apa yang terjadi ada majlis Zie. Mana Zie nak lari? Mana Zie nak pergi? Mak pun jatuh sakit. Mungkin mak terlalu sedih dengan apa yang terjadi.

Zie antara kuat dan tidak terpaksa juga pura-pura tersenyum depan mak dan abah. Zie tak nak mak abah sedih tengok keadaan Zie. Namun dalam hati Tuhan je yang tahu. Berkecai, berkecamuk, nak menjerit, menangis, semua rasa ada. Yang keluar cuma titisan air mata, menahan sebak didada.

Untuk lupakan semua tu Zie mula aktif dalam facebook. Dan disaat itulah abang muncul sebagai rakan dan banyak membantu Zie berfikir semula. Betul kata abang "bebaskan diri dari sejarah yang menyakitkan" Insya'allah Zie akn cuba ikut segala nasihat abang. Terima kasih sekali lagi Wa'salam.................



Waa'laikumussalam.

Tak tau nak kate apa lagi zie.Abang cuma mampu nasihat yang lain terserah lah pada zie.Semua nasihat abang dah bagi sebelum ni kan?So good luck k?















Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review