Salam..Saya
nak tanya,apakah hukumnya jika kita bercakap dgn suami aku,kau..sebab
memang dr bercinta.mcm tu....kadang kadang awak saya aje...lagi satu
org kata syurga dibawah tapak kaki.suami,suami yg mcammana.??kalau
suami jenis x reti didik isteri,tak solat,kadang.marahkan anak sebut
babi semua tu mcmmana??adakah wajib kita mentaati suami spt.ini
Waa'laikumussalam
Panggilan yang baik dalam hubungan suami isteri amat di tuntut untuk wujudkan adab hubungan yang mesra dan hormat. Tetapi islam tak menetap kan panggilan yang tertentu antara suami isteri asalkan dapat menjaga credibility dan hubungan dua2 pihak. Panggil nama penuh,nick name, gelaran yang baikk or panggil mama papa pun boleh juga. Selagi dapat jaga nilai hormat dan kasih sayang suami isteri.
Persoalan
nya sekarang ini penggunaan panggilan Aku dan Kau itu kalau ikut kan
adab melayu memang agak kasar. Saya sendiri pun tak suka guna
perkataan kau dan aku ni. Tapi selagi suami dan isteri tu suka, redho
dan tidak hilang rasa hormat antara kedua nya, terpulang lah. Aku dan
kau pun salah satu kata ganti nama diri. Jangan panggil “wey
setan”, “dey siput khinzir” sudah lah. Kerana nama2 berhala,
syaitan, neraka or haiwan tak boleh diguna kan sebagai nama
panggilan. Bukan saja tidak baik, tapi panggilan seperti itu juga
boleh hilangkan nilai2 adab kasih sayang.
Panggilan
ni pun boleh dianggap sebagai satu doa juga. So, panggil lah nama2
yang baik sahaja. Tetapi ada effect juga kalau panggil kau dan aku
ni. Kadang2 anak2 boleh terikut2. Jangan terkedu pula bila anak cakap
dengan awak “mama aku nak makan sekarang, ko masak ek?” kih3
melayang tong gas agak nya.
Selagi suami tak suruh buat perkara2 yang boleh larikan Aqidah, selagi itu lah isteri kena taat pada suami. Ok, memang suami yang kena mendidik isteri. Tapi yang awak cari suami yang tak pandai mendidik tu kenapa? Takdir? Jodoh?

Jodoh
kita kena cari bukan datang tergolek depan mata betul tak? Laki2 yang
baik untuk wanita yang baik, begitu juga sebalik nya. So, check lah
diri sendiri kenapa dapat suami macam tu.
Dah
kahwin pun kan? U have no choice kena taat juga pada suami tu. Di
sini lah peranan awak sebagai khalifah, didik suami supaya ikut jalan
yang diredhoi Allah. Tapi jangan membebel dengan dia (suami). Laki2
ni lain sikit, ego tinggi melangit (bukan saya kih3) kalau kena bebel
dia tak kan boleh terima. Tak pasal2 dia guna kuasa veto pula.
Didik
lah suami tu dengan cara yang terhalus dan penuh kasih sayang.
Example, suami tak solat. Takpe biar kan dulu. Tapi, setiap kali awak
nak solat, bentang kan sejadah untuk dia. Letak kan songkok dan kain
pelekat kat atas sejadah tu. Dia tak juga solat? Takpe buat hari2
Insya'allah lama2 terbuka juga hati dia nak solat. Sambil tu doa2 kan
lah suami tu biar tebuka hati nya nak dekat kan diri dengan Allah.
Ajak suami join sekali kalau nak dengar ceramah agama di masjid atau
di you tube. Baca kan Al-Fatihah dan hembus kan pada ubun2 suami
semasa dia tidur. Dengan niat supaya hati si suami jadi lembut.
Jangan time dia berjaga awak hembus pula, mahu kena penampar sulong
nanti. Lagi pula awak baru lepas makan petai kih3.
Panggil anak babi? Hadessss benih haiwan ke anak tu? Macam ni lah ajar anak2 respect dengan ayah dia even ayah nya pun tak betul. Kalau boleh didik anak2 supaya bercakap dengan lemah lembut dengan ayah. Minta juga anak2 panggil ayah nya dengan nada yang manja dan sangat2 hormat. Bila hari2 buat macam tu tersentuh juga hati si ayah nya tadi.
Kes2 macam ni sebenar nye back to our self juga. Suami tu umpama captain dalam kapal. Isteri pula umpama asst captain. Kalau captain tak boleh handle, u take over. But please jangan buang terus captain tu coz bila dia dah hilang penat, dia akan ambil semula tugas dia sebagai captain. Insya'allah cuba lah. Memang sakit hati tapi memuliakan suami even suami tu lanun sekali pun amat lah dituntut. Wallahhua'lam
Saya doakan semoga keluarga yang hadapi masalah begini dapat menyelesaikan masalah mereka. Semoga juga Allah berikan mereka Nur Hidayah. Amin Ya Rabb..

0 comments:
Post a Comment