Sunday, 26 February 2012

Jima' malam pertama


Mungkin banyak pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin bersama sudah tidak lagi membaca doa sebelum berjima' kerana mungkin sudah terlupa doa tersebut. Sekurang2 nya bacalah Basmallah sebelum berhubungan intim.
Malam pertama adalah untuk suami pecah dara isteri sememang lah waktu yang mendebarkan buat suami dan isteri. Pecah dara isteri adalah pengalaman seks yang akan dikenang sepanjang hayat maka lakukannya dengan penuh kasih sayang. Pada pasangan yang baru berkahwin di ingatkan selalu membaca doa sebelum berjima' untuk mendapat zuriat yang baik. Jangan main hentam semacam bila naik “syeikh”.

Malam pertama adalah malam belaian. Malam dimana suami isteri mengenali tubuh badan masing2. Malam untuk membuang rasa malu isteri terutamanya. Membuang rasa malu ketika berjima' adalah dengan menimbulkan rasa berahi kepada isteri. Biarlah malam yang penuh berahi itu tidak disertai dengan syaitan yang dilaknat.

Rasulullah pernah bersabda, sekiranya seseorang itu ingin berjima' dengan isterinya hendaklah dia membaca doa Yang bermaksud: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya.

Doa Sebelum Berjima'
Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau karuniakan kepada Kami.


Adab2 Berjima' pada malam pertama.
Islam mempunyai adab yang terkandung di dalamnya nilai2 akhlak yang luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan. Terdapat banyak petunjuk dalam Al-Quran dan hadith yang membicarakan adab jima' malam pertama dan jima' suami isteri.

Berikut adalah adab2 jima' malam pertama dan jima' yang dianjurkan oleh Islam
1- Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama.
2- Berwuduk selepas berjima'.
3- Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah
4- Bergaul dengan isteri cara yang sopan.
5- Bercumbuan terlebih dahulu.
6- Tidak hanya mementingkan kepuasan diri sendiri.
7- Mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan kelamin.
8- Keselesaan dalam hubungan kelamin.
9- Kesederhanaan.
10- Mensyukuri nikmat.
11- Tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain. 
 
Selamat mendirikan rumah tangga pada mereka yang sedang menuju ke arah nya. Semoga yang dirancang dan yang di ingini mendapat berkat dari Ilahi. Amin Ya Rabb.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review