Malam
tadi disaat mata mula ingin melabuhkan tirainya, saya mendapat satu
panggilan telefon dari seorang kenalan yang bertanyakan mengenai
hukum kahwin paksa mengikut pandangan Islam. Dalam keadaan sabung2
ayam tu jawapan yang saya berikan agak sedikit beremosi dan tidak
menjawab secara jelas (kesuluruhan). Disini saya ingin mohon ampun
dan maaf kepada pemanggil tersebut atas ketelanjuran ketidakikhlasan
saya menjawab soalan nya. Jadi entry kali ini, saya buat khas untuk
yang bertanya dan juga mereka yang ingin mengetahui hukum bila berada
dalam situasi yang boleh dikatakan sebagai “diluah mati
emak,ditelan mati bapak” ( Dah takda makanan ke sampai nak makan
mak bapak tu? Kui3 )
Perkahwinan
merupakan ikatan antara dua insan yang saling bersetuju untuk hidup
bersama sebagai suami isteri. Persetujuan ini amat penting bagi
memastikan bahawa perkahwinan tersebut dilangsungkan berdasarkan
perasaan kasih sayang dan hormat menghormati.
Menurut
undang2 syariah di Malaysia menetapkan bahawa kedua2 pasangan yang
ingin berkahwin agar setuju dan rela akan perkahwinan itu.
Dibawah
seksyen 13 enakmen undang2 keluarga islam ada menyebut bahawa,
sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan
di bawah enakmen berkenaan melainkan kedua2 belah pihak lelaki dan
pihak perempuan bagi perkahwinan tersebut bersetuju dan rela hati
untuk berkahwin.
Berdasarkan
Seksyen 13 ini, perkahwinan yang dilakukan secara paksa, sekiranya
dilangsungkan, tidak akan diperakui dan tidak boleh didaftarkan.
Perkahwinan itu akan menjadi tidak sah kerana dijalankan tanpa
kerelaan pihak perempuan/lelaki.
Kepentingan
persetujuan pihak perempuan dalam melangsungkan sesuatu perkahwinan
bukan terdapat di bawah undang2 syariah Islam semata2, malah terdapat
juga hadis yang menyebut bahawa pihak perempuan perlu bersetuju untuk
diijabkabulkan dengan seseorang lelaki sebelum perkahwinan itu
dianggap sah.
Di
dalam Sahih Bukhari ada diriwayatkan dua hadis mengenai perkara ini,
bahawa wali tidak boleh mengahwinkan seorang anak dara atau wanita
yang pernah berkahwin tanpa persetujuannya.
Terdapat
juga hadis dalam Sunan Nasai Juzuk II bahawa Rasulullah telah
menawarkan untuk membatalkan perkahwinan seorang gadis yang telah
dikahwinkan oleh bapanya tanpa persetujuannya. Hadis tersebut
berbunyi seperti berikut, Adalah diriwayatkan oleh Aishah r.a. bahawa
seorang gadis telah datang kepadanya dan berkata bahawa bapanya telah
melangsungkan perkahwinannya dengan anak saudara bapanya untuk
meringankan kemiskinan pemuda itu melalui perkahwinannya.
Apabila
Rasulullah mendengar aduan gadis itu, baginda pun memanggil bapa
gadis itu, dan di hadapan bapanya membenarkan gadis itu berkahwin
mengikut pilihan gadis itu sendiri. Lalu gadis itupun menjawab: Wahai
Rasulullah, saya menerima pilihan bapa saya. Saya hanya mahu kaum
perempuan sedar yang mereka mempunyai hak penuh ke atas diri mereka
(dalam hal perkahwinan).
Melihat
kepada hadis ini, dapatlah disimpulkan bahawa tidak boleh
melangsungkan perkahwinan secara paksa.
Istilah
' kahwin paksa ' ini hanya khusus untuk bakal pengantin wanita
sahaja. Sebab dia yang terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga,
walaupun mungkin sudah ada pilihan sendiri. Dalam isu ini, mungkin
gadis dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sendiri yang memang
bertaraf Wali Mujbir.
Bagi
pengantin lelaki pula, tidak layak dipanggil kahwin paksa kerana
kalau dia sendiri melafazkan " Aku terima nikahnya si fulanah
binti fulan ,
dengan mas kahwin sebanyak RM..... Tunai ", bermakna dia sendiri
dah redho dan terima perkahwinan itu. Kalau dia sendiri dah terima,
bermakna setujulah tu. Apa yang ada dalam hatinya, Wallahua'lam.
Bagaimana
pun, ada beberapa khilaf dan pendapat ulama mengikut mazhab. Dan isu
ini telah dibahaskan oleh fuqaha’
sejak dahulu lagi. Perbahasan mereka dapat diikuti dalam kitab2 fiqh
pelbagai mazhab. Perbahasan yang dilakukan meliputi segenap aspek
yang berkaitan dengan perwalian (wilayah)
dalam urusan perkahwinan seperti siapa yang layak menjadi wali, hak
dan tanggungjawab wali, susunan wali, jenis2 wali dan lain2.
Pertama:
Mazhab Syafie.
Dalil
yang dipegang ialah sabda Rasulullah yang bermaksud: “Wanita
yang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya. Dara pula
dinikahkan oleh ayahnya”. [
Ad-Daru Qutniy ]
Walau
bagaimanapun, keharusan ini dengan bersyarat, iaitu,
1-
Wali yang menikahkan itu ayah kandung kepada gadis tersebut atau
datuknya. Wali yang lain daripada kedua-duanya tidak boleh
menikahkannya tanpa izin daripadanya. 2- Tidak ada permusuhan yang
nyata dan ketara antara kedua2 nya (ayah dengan anak yang dinikahkan
itu)
3-
Lelaki yang dipilih oleh wali sekufu atau sepadan dengan anaknya.
4-
Mahar yang ditetapkan tidak lebih rendah daripada wanita lain yang
sama taraf serta kedudukan dengan gadis tersebut. Sekiranya mahar
dalam bentuk wang, ia mestilah dengan mata wang tempatan.
5-
Lelaki yang dinikahkan dengan anaknya mestilah mampu membayar
maharnya.
6-
Lelaki yang dinikahkan itu bukan terdiri daripada orang yang
menyusahkan gadis tersebut seperti orang buta, kurang upaya atau
terlalu tua.
7-
Ketika pernikahan dilakukan, gadis tersebut tidak termasuk dalam
golongan mereka yang telah diwajibkan haji ke atasnya (sihat,
mempunyai perbelanjaan yang cukup, aman perjalanan dan ditemani
mahram).
Syarat2
di atas, sebahagiannya adalah syarat sah nikah dan sebahagiannya
syarat mengharuskan pernikahan dilakukan. Syarat 1, 2 dan 5 adalah
syarat sah. Sekiranya wali menikahkan anaknya tanpa syarat tersebut
maka pernikahan itu tidak sah.
Kedua: Mazhab Hambali
Menurut
Ibn Qudamah, ada dua riwayat daripada Imam Ahmad, satu riwayat
menyebut bahawa wali harus menikahkan anak gadis yang sudah baligh
tanpa izinnya dan riwayat kedua mengatakan tidak harus. Riwayat yang
mengatakan harus berpegang kepada hadis Nabi sallallahu alaihi
wasallam yang bermaksud: “Janda
lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, manakala anak dara
diminta izin daripadanya. Dan keizinannya ialah diamnya.” [
Muslim dan Abu Daud ].
Menurut
pendapat ini, wali yang boleh menikahkan seseorang gadis tanpa
izinnya adalah ayah kandung kepada gadis itu atau penerima wasiatnya
(wasi). Selain mereka berdua adalah tidak harus, hatta datuk atau
bapa saudaranya. Dan disunatkan bagi wali meminta izin daripada anak
gadis yang ingin dinikahkan sejajar dengan saranan Rasulullah dalam
hadis di atas.
Di
samping itu, disunatkan juga meminta pandangan ibu gadis tersebut
kerana rapatnya hubungan antara ibu dengan anak perempuannya, dan ibu
juga sama dengan ayah dari segi memikirkan jodoh serta kebahagiaan
rumah tangga anaknya. Dengan cara itu, hak ibu tidak diketepikan dan
hatinya akan lebih bahagia.
Ibn
Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya), “Mintalah
pandangan kaum wanita tentang anak-anak perempuan mereka.” [
Riwayat Abu Daud ]. Sekiranya gadis tersebut sudah mempunyai pilihan
sendiri yang sekufu dengannya, maka pilihannya diutamakan. Imam Ahmad
berkata, pernikahan adalah hak peribadinya yang khusus. Maka wali
atau wasi (penerima wasiat) tidak wajar memaksa gadis berkahwin
dengan lelaki yang tidak disukainya. Sekiranya wali enggan menikahkan
anaknya yang berusia sembilan tahun (yang sudah baligh dan berakal)
atau lebih dengan lelaki pilihannya, maka wali dianggap
‘adhil (ingkar)
dan gugur haknya sebagai wali. Jika berlaku berulang kali, maka dia
menjadi fasiq.
Ketiga: Mazhab Maliki
Seorang
ayah yang siuman dan matang harus menikahkan anak gadisnya yang
baligh dan berakal walaupun dengan mahar yang kurang daripada yang
sepatutnya atau yang sepadan dengannya. Contohnya, jika mahar yang
sepadan dengannya (mahar
mithil)
adalah satu pikul emas, tetapi wali menikahkannya dengan mahar satu
suku dinar, ia tetap sah.
Wali
harus menikahkan anaknya dengan lelaki yang lebih rendah tarafnya
atau yang buruk rupanya atau lelaki yang tidak disukainya, sama ada
anaknya memberi izin atau tidak selama mana anaknya itu masih dara
walaupun usianya sudah lanjut dan telah menjangkau 60 tahun. Namun
begitu sekiranya anak dara itu seorang yang dilihat matang oleh wali
dan dia memberinya kebebasan untuk memilih, maka dalam keadaan ini
wali tidak harus memaksanya. Wali tidak harus menikahkannya tanpa
keizinan yang jelas daripada anaknya.
Perlu
disebutkan bahawa keharusan memaksa hanya ketika pada kebiasaannya
tidak timbul mudarat yang ketara dengan sebab perkahwinan itu.
Sekiranya perkahwinan itu boleh membawa mudarat seperti dikahwinkan
dengan lelaki yang cacat, gila, mati pucuk dan seumpamanya, maka
tiada hak bagi wali memaksa anaknya.
Hak
untuk memaksa ini hanya khusus bagi ayah dan wasi sahaja, dan tidak
harus bagi selain kedua-duanya.
Keempat: Mazhab Hanafi
Wali,
sama ada ayah atau selainnya tidak berhak langsung menikahkan seorang
gadis yang telah baligh dan berakal kerana gadis itu telah menjadi
seorang mukallaf yang bertanggungjawab penuh ke atas dirinya dalam
melaksanakan tuntutan hukum syarak. Dia berhak mengendalikan sendiri
urusan peribadinya.
Tiada seorang pun yang boleh menguasainya dan
memaksanya. Dia juga boleh menikahkan dirinya sendiri tanpa perlu
mendapat keizinan walinya atau menyerahkan kepada wali melaksanakan
akad nikah bagi pihak dirinya. Dia harus mengakad nikah dirinya
sendiri, tidak kira sama ada lelaki itu sekufu dengannya atau tidak,
dan dengan mahar yang sepadan atau tidak.
Dia berhak sepenuhnya
mengendalikan urusan dirinya. Tiada seorang pun yang berhak
menghalangnya. Antara nas yang menjadi dalil mazhab Hanafi ialah
peristiwa yang diceritakan oleh Ibn Abbas bahawa seorang gadis
menemui Rasulullah menyatakan bahawa ayahnya telah menikahkannya
sedangkan dia tidak suka. Maka baginda memberinya hak untuk memilih
sama ada ingin memfasakh pernikahan itu atau tidak.
Nasihat
peribadi saya, kalaulah ada di luar sana pasangan yang pernah melalui
situasi kahwin paksa ini, tetapi ternyata pernikahan itu diuruskan
menurut prosedurnya yang sah dan dikendalikan oleh Jurunikah yang
bertauliah, bererti pernikahan itu sah dan mereka memang bergelar
suami isteri. Tapi, soal hati tiada siapalah yang tahu. Walau
pengantin lelaki cuba juga menerima si isteri dengan rela hati,
tetapi rasa cinta, kasih dan mahabbah itu, tetap juga tidak wujud,
maka pada pandangan saya, wajarlah si suami itu melepaskan isterinya
itu dengan cara yang terbaik.
Jangan
diseksa perasaan dan jiwa si isteri dengan tindakan2 yang tidak
diizinkan syara'. Anjuran saya ini berdasarkan firman Allah, “Talak
(yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah
ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang
sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.
Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang
telah kamu berikan kepada mereka (isteri2 yang diceraikan itu),
kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan
aturan2 hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua2 nya
tidak dapat menegakkan aturan2 hukum Allah, maka tidaklah mereka
berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri
untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran
itu). Itulah aturan2 hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya;
dan sesiapa yang melanggar aturan2 hukum Allah, maka mereka itulah
orang2 yang zalim. [ Al-Baqarah: 229 ]
Wallahhua'lam..
0 comments:
Post a Comment