Friday 2 March 2012

Doa untuk isteriku



Bismillah Hirroh Manirrohim..

Ya Allah,
Jadikanlah hamba Mu ini
mencintai orang yang beriman
dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku

Wahai Tuhanku,
Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur
akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku
dan jadikanlah sifat2 kebaikan
meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu
dan sesungguhnya aku dari orang2 Islam
yang tunduk patuh kepadamu.

Ya Mu'min,
Aku amat menyintai isteriku
Kau titipkanlah kebahagiaan buat kehidupan kami suami isteri
berilahkan lah hidayah yang berpanjangan untuk isteriku
dalam menerima didikan dariku

Ya Ra'uf,
Sucikanlah hati isteri kesayangan ku itu
Kau benarkanlah cinta suci meresap dalam hatinya
dan berterusan lah Kau menyala api cinta suci itu
untuk Mu, untuk Kekasih Mu, untuk ku dan juga untuk yang berhak
mengecapi cinta tulus nya Ya Allah

Ya mu'tadir,
Berikanlah kekuatan dalam jiwa ragaku
dalam membimbing isteriku
itu kejalan yang di redhoi Mu Ya Allah
sesungguhnya aku jua insan yang amat lemah
namun aku sedar, bahawa isteri ku itu adalah
satu tanggungjawab yang perlu ku galas
dalam meraih syurgaMu

Ya Salam,
Aku amat bersyukur akan hadiah yang Kau
kurniakan pada diri kerdilku ini
hadiah yang ku ikat nya dalam ikatan sah Mu
hadiah yang bernama isteri
Sesungguhnya aku amat dambakan kedatangannya dalam hidupku
ini

Ya Ghaffur,
Ampunilah dosa2 isteriku itu
aku memohon pada Mu Ya Ghaffar
semoga Kau biarkan hati ku redho akan isteriku itu
agar tidak dia terseksa disana nanti hanya kerana ego
yang bertandang dihati ini

Ya Muhaimin,
Kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan
buat isteri tercinta ku itu
semoga dia terus kuat dalam mengharungi
liku2 kehidupan yang penuh pancaroba ini

Ya Muqtadir,
Aku akan terus memohon dari Mu
agar langkah, keputusan atau segala apa yang isteri
ku lakukan biarpun bernafas hanya Kalam Mu
yang menjadi iringan

Ya Razzaq,
Kurniakan kami sebaik2 kehidupan didunia dan akhirat
sedekahkan lah kami anak2 yang soleh dan solehah
berikanlah kami kekuatan zahir batin
dalam membentuk anak2 kami mengikut
acuan Al-Quran Mu dan Sunnah Kekasih Mu itu

Ya Mutakkabir,
Perkenankan lah doa ku ini
semoga semua nya dalam redho dan jagaan Mu
aku memohon sungguh2 memohon
tiada lain yang mampu memakbulkan hamba
seperti ku ini melainkan Mu Yang Maha Kuasa.

Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.. 

 
~Saya masih lagi bujang dan tidak punya pengalaman. Doa ini ditulis berdasarkan impian peribadi saya sendiri semata2~


 

3 comments:

Unknown said...

Salam. Sy mohon utk share benda ni ya. Thank you

Afiz said...

Mohon izin sy gunakan ayat kamu untuk memohon kepada Allah😊

Afendi's said...

Terima kasih izinkan amal.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review