Bismillah
Hirroh Manirrohim..
Ya
Allah,
Jadikanlah
hamba Mu ini
mencintai
orang yang beriman
dan
jadikanlah orang yang beriman mencintaiku
Wahai
Tuhanku,
Ilhamkanlah
daku supaya tetap bersyukur
akan
nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku
dan
jadikanlah sifat2 kebaikan
meresap
masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku
Sesungguhnya
aku bertaubat kepadamu
dan
sesungguhnya aku dari orang2 Islam
yang
tunduk patuh kepadamu.
Ya
Mu'min,
Aku
amat menyintai isteriku
Kau
titipkanlah kebahagiaan buat kehidupan kami suami isteri
berilahkan
lah hidayah yang berpanjangan untuk isteriku
dalam
menerima didikan dariku
Ya
Ra'uf,
Sucikanlah
hati isteri kesayangan ku itu
Kau
benarkanlah cinta suci meresap dalam hatinya
dan
berterusan lah Kau menyala api cinta suci itu
untuk
Mu, untuk Kekasih Mu, untuk ku dan juga untuk yang berhak
mengecapi
cinta tulus nya Ya Allah
Ya
mu'tadir,
Berikanlah
kekuatan dalam jiwa ragaku
dalam
membimbing isteriku
itu
kejalan yang di redhoi Mu Ya Allah
sesungguhnya
aku jua insan yang amat lemah
namun
aku sedar, bahawa isteri ku itu adalah
satu
tanggungjawab yang perlu ku galas
dalam
meraih syurgaMu
Ya
Salam,
Aku
amat bersyukur akan hadiah yang Kau
kurniakan
pada diri kerdilku ini
hadiah
yang ku ikat nya dalam ikatan sah Mu
hadiah
yang bernama isteri
Sesungguhnya
aku amat dambakan kedatangannya dalam hidupku
ini
Ya
Ghaffur,
Ampunilah
dosa2 isteriku itu
aku
memohon pada Mu Ya Ghaffar
semoga
Kau biarkan hati ku redho akan isteriku itu
agar
tidak dia terseksa disana nanti hanya kerana ego
yang
bertandang dihati ini
Ya
Muhaimin,
Kurniakanlah
kesihatan yang berpanjangan
buat
isteri tercinta ku itu
semoga
dia terus kuat dalam mengharungi
liku2
kehidupan yang penuh pancaroba ini
Ya
Muqtadir,
Aku
akan terus memohon dari Mu
agar
langkah, keputusan atau segala apa yang isteri
ku
lakukan biarpun bernafas hanya Kalam Mu
yang
menjadi iringan
Ya
Razzaq,
Kurniakan
kami sebaik2 kehidupan didunia dan akhirat
sedekahkan
lah kami anak2 yang soleh dan solehah
berikanlah
kami kekuatan zahir batin
dalam
membentuk anak2 kami mengikut
acuan
Al-Quran Mu dan Sunnah Kekasih Mu itu
Ya
Mutakkabir,
Perkenankan
lah doa ku ini
semoga
semua nya dalam redho dan jagaan Mu
aku
memohon sungguh2 memohon
tiada
lain yang mampu memakbulkan hamba
seperti
ku ini melainkan Mu Yang Maha Kuasa.
Amin,
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin..
~Saya
masih lagi bujang dan tidak punya pengalaman. Doa ini ditulis
berdasarkan impian peribadi saya sendiri semata2~
3 comments:
Salam. Sy mohon utk share benda ni ya. Thank you
Mohon izin sy gunakan ayat kamu untuk memohon kepada Allah😊
Terima kasih izinkan amal.
Post a Comment