Tuesday 17 April 2012

Jatuh cinta pada lelaki yang hatinya berpaut pada Allah


As salam.
Nak tya sket ni. Mcmana ye klu kite dah jatuh cinta kat seorg lelaki yg hatinya berpaut pd Allah. Hal akhirat tak pernah diabaikan, tp hal dunia pun dia pandai seimbangkan.

Tapi kite dgn dia tak pernah berkenalan, tak pernah bertegur sapa. Hanya kite tgk dia dari jauh je. Jadi mcmana kite nak buat dia tahu kita suka kat dia? Atau kite hanya perlu minta pd Allah je ke? Mcmana nak minta? Have to mention his name ke klu kita berdoa? Blh bagi doa yg sesuai? Syukran :)


Waa'laikumussalam
Apa yang kita suka tak semestinya yang terbaik untuk kita. Saya suggest awak buat solat istikharah kalau memang Allah tunjukkan dia sebagai jodoh awak, why not awak merisik atau meminang dia. Rasulullah pernah bersabda, “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhoi agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” [ Tirmidzi ]


Offer diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan, macam peribahasa melayu tu “perigi cari timba” tapi ni sebenarnya sunnah berdalilkan kepada hadith dari Anas yang berkata telah datang seorang wanita kepada Rasulullah dan menawarkan dirinya kepada Baginda dengan berkata “Wahai Rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai Rasulullah dan menawar dirinya demi kebaikan”.[ Bukhari, Nasaie dan Ibnu Majjah ]


Hadith ni bukanhanya dikhaskan kepada Baginda je, tapi sebagai contoh or role model kepada semua muslimah. Dibenarkan menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin sebab apa yang terjadi kepada Rasulullah, selagi tak dikhususkan so, itu adalah perbuatan sunnah yang umum. Jangan ikut pepatah melayu yang tak boleh pakai tu.


“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” [ Al-Ahzab : 21 ]


Tapi ada yang cakap ayat tu khusus untuk Rasulullah je. “Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada Rasulullah jika Rasulullah suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” [ Al-Ahzab : 50 ]. Maksud sebenar nya berkaitan dengan mas kahwin. Rasulullah tak payah bayar mas kahwin pada perempuan yang offer diri pada Rasulullah. Tapi bagi umat Islam yang lain, mas kahwin tetap wajib dibayar [ Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3 ].


So, kesimpulan nya adalah sunat dan di galakkan kepada muslimah menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama kalau betul lelaki tu nampak macam dapat membimbing diri mereka dan mendidik mereka ke jalan yang benar.


Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa Baginda bersabda: “Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman”[ Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmidzi, Nasaie & Ibnu Majjah ] satu lagi hadith mengenai malu “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan”[ Bukhari, Muslim ]


Biasa nya perempuan rasa malu, sifat malu tu perhiasan tapi tak patut malu tu jadi penghalang capai kebaikan. Kalau malu dan segan offer diri face to face boleh je gunakan ayat tersirat, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah. Khadijah r.a sendiri gunakan orang tengah untuk sampaikan hajatnya kepada Rasulullah.

Saya suggest awak baca doa ni untuk permudahkan jodoh awak “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkau lah pewaris yang paling baik.” [ Al-Anbiya’ : 89 ]

Ya Allah
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak Ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaan ku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuh Mu yang pernah singgah di jurang neraka Mu, dan akupun tahu, tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan, Maka, aku meminta pada Mu seorang yang tak sempurna Ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya kerana Mu…

Seseorang yang akan aku sayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang akan aku cintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang akan aku kasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang akan aku kagumi kerana sikap nya
Seseorang yang akan aku puja kerana kerendahan hati dan kesederhanaan nya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya...Yang tak akan aku menduakan cinta nya hingga akhir hayat ku tiba.

Seseorang yang akan aku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang akan aku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang akan aku jadikan bahu ku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang akan aku dengar segala kuluh kesah nya
Seseorang yang akan aku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya...Yang akan aku selalu bersama nya hingga malaikat maut menjemput ku tiba

Ya Allah
Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redho terhadap apa2 pun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa2 yang Engkau takdirkan, Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu, Andai Engkau berkehendak lain, Sesungguhnya sebenar2 nya kehidupan adalah kehidupan akhirat, Maka jadikanlah kehendak Mu, bukan kehendak ku

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhoi nya…. Amin Ya Rabb. Wallahua'lam...Afwan

3 comments:

paralilla avea said...

tapi kalau perempuan tu taklah se alim lelaki ni mcm mane..tp dia tetap kagum dgn lelaki yang taat pada Allah dan Rasul ni ?

Putra Iqbal Safuzan bin Jamil Irfan said...

:-) kagum pada laki2 yang taat kan Allah & Rasulullah?yg perempuan tu taat x dgan Allah & Baginda?alim bkan ukuran manusia.kalau nak jadi baik dekat la dengan org baik.nk ilmu agama dekat la dgan org yg ada ilmu agama.

orangbiasa said...

Assalamualaikum..bagaimana pula pendapat sedare tntang perempuan yg meluah perasaan kpd lelaki..bukan meminang,,sbb walaupun ianya sunnah tapi keinginan tetap dibatasi darjah malu,seorg prmpuan. Lelaki jenis ini (alim) hatinya bertaut hanya pada Allah jadi waalaupun prmpuan sdah meluah segala isi hatinya..lelaki hanya berdiam diri..jadi bagaimana? sedangkan hati si prmpuan sudah tidak tertanggung lagi...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review