Assalamualaikum abang Iq..
Zie nak minta tolong masuk kan cerita Zie ni dalam blog abang. Hmmm Zie harap sangat abang dapat tunaikan permintaan Zie ni. Zie nak share cerita Zie ni dengan semua orang tanpa mereka kenal siapa Zie. Maaf andai permintaan Zie ni keterlaluan. Tapi hanya pada abang sahaja yang Zie tidak malu mahu minta tolong.
Abang...
Terima kasih kerana banyak beri nasihat pada Zie sepanjang kita kenal di alam maya ni. Zie tak tahu bagaimana mahu balas jasa abang pada Zie. Maaf juga kalau Zie buat abang rasa tak selesa dan buat abang banyak fikir untuk beri segala jawapan pada semua persoalan Zie. Disaat Zie hampir membenci lelaki, abang hulurkan nasihat dan panduan pada Zie. Terima kasih banyak-banyak abang. Zie tak sangka masih ada lagi lelaki seperti abang didunia ni. Andai kata abang bukan tunangan orang, Zie tak segan silu untuk dekat dengan abang dan berharap dapat suami seperti abang. Sejujurnya, Zie rasa amat cemburu pada tunangan abang tu, biarpun Zie tidak mengenali siapa dia. Beruntung dia dapat tunang sekaligus bakal suami seperti abang. Maafkan Zie abang andai kata-kata Zie ni buat abang rasa tak selesa. Tapi Zie sedar siapa lah diri Zie ni jika nak dibandingkan dengan abang. Lillahi Ta'ala perasaan ini hadir kerana ilmu dan perwatakan abang yang matang menangani masalah yang Zie hadapi ini. Terima kasih juga kerana Zie rasa semakin tenang dan semakin dekat dengan Allah. Ini semua kerana jasa abang dalam menasihati dan membimbing Zie selama ini. Mengenai Wan pula, Zie sudah mula melupakan dia...
Abang Iq...
Cerita Zie ni tak lah trgagis mana tapi amat memberi kesan pada hidup Zie. Zie tak kuat bang, Zie terlalu kecewa fikirkan semua ni. Zie cume harap dengan meluahkan semua ni dapat mengurangkan beban yang Zie tanggung sekarang. Untuk pengetahuan abang, Zie sepatutnya disatukan dengan Wan pada 17 Dis tahun lepas. Tapi semua nya hanya tinggal kenangan.
Dia bukan lah pilihan hati Zie. Mak yang carikan untuk Zie. Pada awal nya Zie menolak untuk mengenali insan bernama Wan tu. Tapi atas desakan dan pujukan mak, Zie cuba juga mengenali dia. Mak cakap kalau mak tak carikan, mak tak yakin Zie akan berkahwin. Untuk pengetahuan abang, Zie tak pernah melalui fasa percintaan. Memandangkan Zie ni pemalu terutama dengan lelaki. Zie juga belatar belakang pendidikan dari sekolah agama, dan sambung pula belajar di salah sebuah kolej Islam di Melaka. Sudah tentu pergaulan dan batasan sangat Zie titik beratkan. Jadi mak ambil keputusan untuk satukan Zie dengan Wan. Wan adalah anak kawan mak yang bekerja di utara. Tapi bang, Zie minta untuk mengenali Wan dulu sebelum satukan kan kami. Alhamdulillah mak setuju. Lega rasa nya, sekurang kurang nya Zie tak buat mak sakit hati, dan Zie juga boleh beri masa pada diri sendiri untuk mengenali dia.
Pertama kali kami berjumpa, Wan dan keluarga dia datang rumah Zie. Agak segak juga, bisik hati Zie masa tu. Tetapi Zie perlu kenal hati budi dia dulu. Pada hari pertama mengenali dia, Zie masih keberatan untuk beri kan nombor telefon pada dia. Zie takut bang, Zie tak pernah berhubung dengan lelaki. Tapi mak yang beri nombor Zie pada Wan. Malam tu juga Zie dapat SMS dari dia. "Assalamualaikum Zie, abang Wan ni..salam perkenalan. Abang harap Zie sudi berkenalan dengan abang" ini lah SMS pertama dia. Lenggok bahasa agak sopan buat hati Zie mula berani untuk membalas SMS dia. Pada peringkat awal nya, kami hanya bertanya khabar dan saling bertukar cerita mengenai diri masing-masing.
Sepanjang mengenali diri Wan, Zie nampak dia lelaki yang baik biar pun didikan agama nya tidak lah seperti yang Zie harapkan. Namun Zie yakin Wan akan jadi suami yang baik pada Zie nanti. Wan juga mengaku amat menyayangi Zie. Zie pun banyak nasihati dia supaya menimba ilmu agama lagi agar dapat dia jadi lelaki yang soleh. Dia akur, dan katanya dia sudah mula belajar ilmu agama dengan beberapa orang ustaz untuk memantapkan lagi ilmu nya yang sedia ada. Ahamdulillah...Zie gembira dengan berita yang dikhabarkan nya tu. Dari saat itu, Zie tak nafikan Zie sudah mula menyayangi dia. Zie mula yakin, pilihan mak adalah pilihan terbaik buat Zie. Saat itu, Zie amat bersyukur mengenali diri Wan.
Genap tiga bulan perkenalan kami, Wan melamar Zie kata nya mahu percepatkan pernikahan kami berdua. Jadi Zie minta Wan datang berjumpa mak dan abah. Putih kata mak, putih juga lah kata Zie. Zie serahkan segala nya pada mak abah Zie. Alhamdulillah mak abah terima pinangan keluarga Wan. Kami bertunang dalam majlis yang sangat sederhana. Keluarga kami mahu disatukan tiga bulan dari tarikh kami bertunang. Dari saat itu lah Zie persiapkan diri untuk jadi seorang isteri yang taat pada suami nya. Zie nak jadi isteri yang solehah untuk Wan.
Indah rasanya meniti saat-saat manis menyediakan persiapan perkahwinan kami berdua. Bayangan indah berumah tangga sering berlegar dimata. Zie tekad untuk perhambakan diri untuk Wan kelak.Bertambah manis rasa nya apabila Zie dan Wan menghadiri kursus kahwin bersama. Sungguh terharu melihat ketekunan Wan sepanjang dalam berkursus.
Dari menempah kad jemputan, baju nikah, beli barang hantaran hingga lah menguruskan soal budget majlis kami nanti, semua nya kami lakukan bersama-sama juga sudah tentu ada campur tangan ahli keluarga kami. Biarpun terasa amat penat, namun senyuman tidak lekang dari bibir kami berdua. Sungguh rasa teramat bahagia.
Semakin hari semakin terasa debar nya dan semakin dekat dengan tarikh kami disatukan. Banyak juga persiapan yang belum siap sepenuh nya. Namun Zie tetap gagahkan diri untuk terus berusaha membantu menguruskan majlis kami nanti berjalan lancar.
Namun, entah dimana silap nya dua minggu sebelum tarikh keramat tu, Wan mula menunjukkan perubahan. Wan sudah mula mengelak diri dari campur tangan dalam persiapan majlis kami nanti. Wan juga mula marah-marah jika ditanya mengenai persiapan dari pihak lelaki. Dia juga jadi pendiam, telefon tidak diangkat, SMS pula lambat-lambat dibalas. Saat tu Zie terfikir mungkin Wan keletihan atau dia ada masalah ditempat kerja. Zie tak mahu beban kan Wan. Jadi Zie fikir biarlah Wan selesaikan masalah nya dulu. Zie bantu mak dan abah mana yang mampu, Zie tak mahu bila sampai masa nya nanti, akan jadi kelam kabut pula. Pada fikiran Zie, biarlah Zie penat sekarang. Ini lah sekali seumur hidup Zie lalui majlis seperti ni.
Alhamdulillah,,, semua persiapan sudah siap. Zie rasa berdebar-debar tunggu saat jadi isteri yang sah pada Mohd Ridzwan. Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Majlis akad nikah diadakan di masjid yang berdekatan dengan rumah Zie. Pagi sabtu 17 Dis 2011 Zie dan keluarga sudah siap sedia di masjid. Wali hakim juga sudah menunggu. Majlis akad nikah sepatutnya diadakan pada pukul 10 pagi. Tetapi Wan dan keluarga nya masih tak muncul-muncul. Zie cuba hubungi Wan namun gagal. Dia mematikan handphone nya. Abah pula hubungi bakal besan nya itu, hampir jam 12 tengah hari barulah ibu Wan angkat telefon. Hanya maaf yang dihulurkan pada Zie dan abah. Ibu Wan cakap Wan tak mahu nikah dengan Zie. Bagai halilintar menyambar muka. Zie tak tahu apa salah Zie pada Wan hingga Wan sanggup perlakukan Zie sebegini rupa.
Majlis tetap berjalan walaupun pernikahan kami dibatalkan. Ya Allah.......Zie tak tahu apa yang Zie perlu buat masa tu. Abah pula marah-marah, tak tahu marah nya ditujukan pada siapa. Air mata ni tak henti-henti mengalir. Diminda tertanya-tanya apakah salah Zie sebenarnya? Kenapa Wan bertindak begini? Kalau Wan memang tak mahukan Zie kenapa dia buat semua ni? Kenapa tak batalkan awal-awal lagi? Tapi soalan tu tak pernah berjawab.
Abah ada pergi ke rumah Wan, namun tiada siapa di rumah. Telefon pun semua dimatikan. Zie pasrah tanpa redha.....Tuhan saja yang tahu betapa sakit nya hati ini. Bilik pengantin yang dihias indah hanya jadi perhiasan tanpa pengantin. Dunia jadi gelap. Malu bukan kepalang, orang heboh sana sini mengenai apa yang terjadi ada majlis Zie. Mana Zie nak lari? Mana Zie nak pergi? Mak pun jatuh sakit. Mungkin mak terlalu sedih dengan apa yang terjadi.
Zie antara kuat dan tidak terpaksa juga pura-pura tersenyum depan mak dan abah. Zie tak nak mak abah sedih tengok keadaan Zie. Namun dalam hati Tuhan je yang tahu. Berkecai, berkecamuk, nak menjerit, menangis, semua rasa ada. Yang keluar cuma titisan air mata, menahan sebak didada.
Untuk lupakan semua tu Zie mula aktif dalam facebook. Dan disaat itulah abang muncul sebagai rakan dan banyak membantu Zie berfikir semula. Betul kata abang "bebaskan diri dari sejarah yang menyakitkan" Insya'allah Zie akn cuba ikut segala nasihat abang. Terima kasih sekali lagi Wa'salam.................
Waa'laikumussalam.
Tak tau nak kate apa lagi zie.Abang cuma mampu nasihat yang lain terserah lah pada zie.Semua nasihat abang dah bagi sebelum ni kan?So good luck k?

0 comments:
Post a Comment