Assalamualaikum..
Da lama juga tak jumpa dengan Hamdan kawan saya yang berasal
dari Terengganu ni.tah kenapa tiba2 dia muncul kat rumah saya hari
ni. Katanya datang ziarah. Alhamdulillah ada gak yang
sudi datang melawat jejaka kachak dipinggiran seperti saya ni kih3.
Saya
perasan muka Hamdan nampak comot dan kurang bermaya. Mahu ditanya
takutnya kata saya ni busy body pula. Jadi saya terus saja berbual
kosong dengan nya dan seorang abang saya Ustaz Irfan. Dalam
bersembang itu tiba2 dia bertanya satu soalan. Ustaz, saya dah
'nenen' isteri saya 2 hari yang lepas, so macam mana ni Ustaz, saya
ni kena ceraikan isteri saya ke? Hampir tersembur hot chocolate yang
saya minum bila ditanya soalan tu. 'Ape ke bende nye 'nenen' tu? Tiba2 Ustaz Irfan yang dari tadi cuma mendengar ketawa berdekah2.
Saya
masih lagi blur dan hairan hanya pandang muka si comot
yang sugul dan si mata kuyu yang ketawa2. Mungkin tersedar
'kebengangngan' saya, Ustaz Irfan yang still ketawa menerangkan
'nenen' tu sesetengah tempat maksudnya menyusu.
And now giliran saya pula ketawa berdekah2 tapi dalam hati je lah. Dah tua2 pun nak menyusu lagi
Hamdan? Kih3 kenapa sampai nak ceraikan isteri pula? Melihatkan
kecomotan si Hamdan semakin ketara saya pun terangkan lah pada dia
hukum hakam suami 'menyusu badan' isteri.
Sheikh
Yusuf Al-Qaradawi pernah ditanya soalan ini dan beliau berkata,
“Pernah suatu ketika pada zaman sahabat R.A. Salah seorang sahabat
R.A melakukan hubungan dengan isterinya, dan semasa melakukan
perhubungan beliau telah menghisap payu dara isterinya sehingga susu
telah masuk ke dalam perutnya. Oleh kerana itu, beliau telah pergi
berjumpa dengan Abu Musa Al-Asha`ari R.A untuk bertanyakan hukum tentang
ini. Lalu Abu Musa menjawab, “Isteri engkau sudah tidak halal
buatmu.”
Selepas
itu, lelaki tu pergi berjumpa pula dengan Abdullah Ibn Mas’ud R.A
untuk bertanyakan perkara yang sama dan Ibn Mas’ud mengatakan ia
bukanlah menjadi kesalahan. Ibn Mas’ud memberikan hujah dari hadith
yang mana dengan jelas menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas
untuk 2 tahun pertama kanak2. Lalu Ibn Mas’ud membacakan ayat, “Dan
ibu2 hendaklah menyusukan anak2 mereka selama dua tahun genap iaitu
bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”[ Al-Baqarah;
233 ]
Ini
adalah perintah Allah Ta’ala kepada para ibu yang menyusukan anak
sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. selepas tempoh itu ia
tidak tidak dikira sebagai menyusukan. Mendengar hujah ini, maka Abu
Musa R.A berkata: “Janganlah engkau bertanya aku lagi sekiranya
ulama besar ini berbicara.
Penjelasan
selanjutnya ayat Al-baqarah, Allah
Berfirman, “Bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”
Oleh yang demikian, penyusuan menyebabkan pengharaman itu ( haram
untuk dinikahi ) berlaku sebelum 2 tahun. Sekiranya bayi menyusu
selepas 2 tahun, maka pengharaman itu tidak ada.
Imam
At-Tirmidzi berkata di bawah Bab Penyusuan Menyebabkan Pengharaman
Dalam tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan
dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Binti Munzir
dari Umm Salamah berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda:
“Penyusuan akan menyebabkan haram sekiranya ia berlaku menyusu dan
sebelum fitam (sebelum 2 tahun).” At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith
ini hasan sahih dan majority para ahli ilmu dari kalangan para
sahabat Rasulullah mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan
pengharaman sebelum tamat tempoh 2 tahun dan penyusuan selepas itu
tidak akan menyebabkan pengharaman.” [ At-Tirmidzi sahaja
meriwayatkan hadith ini dengan jalur rijal yang memenuhi syarat
sahihan ]
Kesimpulannya:
Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan
berlaku pengharaman.
Rumusan:
Umur yg mempengaruhi susuan ialah (bayi) yang belum mencapai umur dua tahun. Ini ijma’ sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam An Nawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214; Imam Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid: 2/36). Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuat oleh Imam Ibn Hazm.
Umur yg mempengaruhi susuan ialah (bayi) yang belum mencapai umur dua tahun. Ini ijma’ sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam An Nawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214; Imam Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid: 2/36). Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuat oleh Imam Ibn Hazm.
Mazhab
Hanafi, bayi bawah 2 tahun 6 bulan.
Mazhab
Maliki pula dua tahun beberapa hari.
Wallahhua'lam..
So,
Hamdan jangan lah sampai nak cerai2. Boleh je 'nenen' isteri tu. Tapi
simpan lah sikit untuk anak tu. Tak pun gilir2 lah dengan anak kih3
0 comments:
Post a Comment