Sunday, 19 February 2012

Sujud Syukur


Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah [ Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi ].

Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul Rahman bin Auf melihat Rasulullah sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah kebimbangan kepada Abdul Rahman bin Auf kalau2 Rasulullah dalam keadaan 'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.

Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang bingung?"

Abdul Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, seperti mana yang dinyatakan di atas. Akhirnya Rasulullah saw.. menyatakan yang maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". [ Ahmad ]

Berdasar ke atas Sunnah Nabi itu, maka ianya tidak hairan lah apabila para sahabat sering melakukan sujud syukur tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan. Amalan sujud syukur itu adalah antara manifestasi untuk menyatakan kesyukuran atau terima kasih kepada Allah.

C
ara sujud syukur 

Sujud syukur itu dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita menggembirakan.

Cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza seperti mana sujud solat. Hanya syarat2 yang diwajibkan dalam mengerjakan solat, harus berada dalam keadaan berwuduk, menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain2, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.

Juga tidak disyarat kan untuk dilakukan ditempat2 tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan tidak ditempat2 yang kotor, seperti tandas dan lain2. Boleh ianya dilakukan ditepi jalanan, dipasar, dikebun, dikilang, ditepi pantai, diatas kereta dan sebagainya.

Dalam pada itu, tidak ada bacaan2 yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan jumhur ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga setengah ulama yang berpendapat bahawa sujud syukur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangkit dan duduk kembali.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review