Thursday 15 March 2012

Bayi tabung uji




Assalamualaikum... Awak... Sy nk tanye la.. N nk tau sebenanye... Kalau awk tau, minta tlg trgkan ea... Huhu.. Td, sy ngan kwn2 p'puan sy borak2... Pas2 sorg dr kwn sy ni tetiba timbulkn 1pertanyaan yg menyebabkn bnyk p'tanyaan lain yg menyusul... Cerita die cmni... Katakanlah sorg perempuan muslim, belum b'kahwin... Tapi dia mengandung, tampa bapa... Bukannya dgn buat hbgn badan... Tp, die g sepital, pas2 minta penderma sprma, n wt bby tabung uji, yg b'ibukan p'puan tu... Sy nk tau la, pe hukumnya dlm islam? Pas2 sah ke taraf anak tu? Ke sama mcm ank luar nikah? Yela sbb p'puan tu mmg xnikah pn...


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali kelima yang bersidang pada 16-17 November, 1982 membincangkan isu bayi tabung uji. Muzakarah memutuskan bahawa:
1-Bayi tabung uji daripada benih suami isteri yang dicantumkan secara ‘terhormat’ adalah sah di sisi Islam, sebaliknya jika benih diambil daripada bukan suami isteri yang sah, bayi tabung uji itu adalah tidak sah.
2- Bayi dilahir daripada tabung uji dibolehkan menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka daripada keluarga yang berhak.
3- Jika benih suami dan isteri dikeluarkan dengan cara tidak bertentangan dengan Islam, ia dikira cara terhormat.

Bardasarkan keputusan disebut tadi, adalah haram bagi wanita yang belum berkahwin, menjalani proses bayi tabung uji. Jika ia berlaku, status bayi tabung uji itu tidak diketahui dan cara sebegitu meruntuhkan institusi perkahwinan Allah.

Teknik bayi tabung uji (test tube baby) ini telah dipraktikkan sejak sekian lama. Banyak kajian telah dilakukan melalui bayi tabung ini antaranya Kelahiran Louise Brown, bayi hasil persenyawaan in-vitro (IVF) pertama dunia, memenuhi dada akhbar tiga dekad yang lalu. Namun ibu kepada seorang anak ini mahu ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tidak diheboh2 kan. Suami isteri yang mandul dan inginkan anak dianggap oleh syara’ sebagai satu sebab untuk membolehkan penggunaan teknik2 yang dibenarkan oleh syara’ dalam persenyawaan buatan.

Majoriti ulamak telah memutuskan hanya persenyawaan dalam dan persenyawaan luar sahaja yang dihalalkan oleh Islam. Namun ada yang mengharamkan atas sebab2 tersendiri. Salah satu sebab yang jelas adalah kedua2 benih bukan berasal dari pasangan suami isteri yang sah. Pada tahun 1984, berlangsung Daurah Ketujuh Almajma’ Al-fiqhi Al-islami di Kota Mekah. Mereka merumuskan bersama2 pakar perubatan telah menarik balik keputusan menghalalkan persenyawaan luar yang mana isteri menjadikan tempat rahimnya mengandungkan benih suami yang lain.

Hal ini boleh menimbulkan keraguan, apabila kaedah ini dilakukan iaitu dia mungkin telah mengandung zuriat sendiri sebelum mengandungkan benih suaminya yang disenyawakan dengan madunya. Boleh juga berlaku kelahiran anak kembar hingga susah untuk menentukan sama ada kedua2 zuriat milik penderma ovum atau seorang satu anak, maka sukar untuk menentukan ibu yang sebenar.

Keduanya, kemungkinan benih suami telah mati lalu berlaku persenyawaan antara sperma lelaki dan wanita penderma rahim, pastinya mereka menyangka anak itu adalah zuriat wanita yang mendermakan ovumnya. Ketiga, ianya tidak ubah seperti zina, di mana berlaku pencampuran benih antara lelaki dan wanita yang bukan pasangan yang sah, apatah lagi jika seorang wanita yang telah bersuami memasukkan benih lelaki lain ke rahimnya, bezanya tidak berlaku persetubuhan dan tidak di jatuhi hukuman zina.

Sama juga seorang wanita yang menerima benih orang lain untuk dikandungkan. Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud : “ Janganlah kamu menyiram ( melepaskan mani ) di lembah milikmu selain isterimu.” Ia merupakan satu bentuk penipuan, dimana orang lain menganggap anak yang mereka peroleh itu merupakan anak yang sah, walhal ada pihak lain yang terlibat dalam proses pensenyawaannya. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasullah bersabda “ Sesiapa yang mengacukan pedang bukan daripada golongan kami dan sesiapa yang menipu juga bukan daripada golongan kami.” [ Muslim Ibnu Majah dan Ahmad ] Ia merupakan satu bentuk penipuan, dimana orang lain menganggap anak yang mereka peroleh itu merupakan anak yang sah, walhal ada pihak lain yang terlibat dalam proses pensenyawaannya. Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review