Monday, 21 May 2012

Hukum Azan & Iqomah bayi yang baru lahir


Salamun zakrun ( salam sejahtera anak laki2 ), salamun an-nisaa ( salam sejahtera anak perempuan ). Antara pendidikan awal terhadap anak selepas dia dilahirkan ke dunia, perkara pertama yang sunat dilakukan ialah mengazankan dan mengiqomahkan ke telinga anak ( mengikut sesetengah pendapat ulama' )

Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya. Dalilnya ialah hadith Dari Abu Rafi’, katanya "Aku melihat Rasulullah mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya ( Fatimah ) melahirkannya" [ Abu Daud & At-Tarmizi ]

Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah , baginda bersabda, "Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqomah di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’.

`Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.





Mengapa azan?

Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Baginda.

Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini.

Selain itu, menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah telah menyatakan bahawa antara rahsia azan dan iqomah di awal kelahiran bayi adalah seperti berikut:

1-Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini.

2-Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan.

3-Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak.

4-Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.

5. Satu penyataan Syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.



Bagaimanapun, beberapa ulama' mengatakan hadith "Aku melihat Rasulullah mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya ( Fatimah ) melahirkannya" [ Abu Daud & At-Tarmizi ] adalah hadith dhoif. Suka di sini saya tegaskan bahawa beramal dengan hadith dhoif pada perkara2 yang bukan melibatkan aqidah dan halal haram adalah dibolehkan. Ini terbukti dengan perbuatan dan pengamalan ulama'2 kita terhadap hadith2 dhoif. Imam Hambali pernah mengatakan: Aku lebih suka mengikut hadith dhoif dari mengikut qias ulama'. Berkenaan dengan penolakkan terhadap amalan2 pada fadhilat2 hadith dhoif ini. Wujudnya satu kumpulan yang cuba mengharamkan penggunaan hadith dhoif secara terus. Ini bersalahan sama sekali dengan pegangan ulama'2 kita yang membolehkan beramal dengan hadith dhoif terhadap fadhilat2 amalannya. Namun walaupun ada sesetengah ulama'2 yang tidak menggunakan hadith dhoif dalam amalan mereka. Tetapi mereka tidak membantah dan tidak berkata bida'ah bagi sesiapa yang beramal dengan hadith dhoif dan mereka meraikannya. Secara peribadi saya cenderung untuk mengatakan bahawa beramal dengan hadith dhoif pada perkara2 yang dibenarkan amatlah bersesuaian. Kerana kemungkinan hadith dhoif hanya dhoif pada sanadnya sahaja akan tetapi tidak dhoif pada matannya.Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review