Sunday 29 January 2012

Menghargai diri sendiri



Setiap insan mempunyai harga diri atau maruah yang perlu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana2 pihak yang tidak bertangungjawab .Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkan begitu mendalam dan menyakitkan.

Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari diri sendiri . Anda bertangungjawab membentuk harga diri yang positif sekira nya jelas dengan matlamat anda .Berikut adalah 13 cara yang boleh dijadikan panduan dalam membentuk atau mempertingkatkan harga diri .

1.Bina keyakinan diri .
Keyakinan diri bermula dari dalam diri kita sendiri.Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat ,bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan.Yang pasti ,ia berbentuk positif dan anda berjaya .Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha melaksanakannya,bukan sekadar angan2 mat jenin sahaja .

2.Dampingi orang lain
Ucapkan kata2 yang baik kepada orang lain .Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang .Seterusnya berilah kerjasama semampu yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia .

3.Elakkan diri daripada kesempurnaan
Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita2 untuk mencapai sesuatu matlamat.Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri .Jadi,potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenal pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin ,bukannya untuk mendapat kesempurnaan.Sekiranya kesempurnaan terlalu dititik beratkan ,anda mungkin kecewa apabila gagal mencapai matlamat anda .

4.Jaga perawakan diri
Perawakan diri menjadi satu faktor kritikal dalam pembinan harga diri .Anda tidak perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya emosi anda tidak terus menekan diri .

5.Dapatkan rehat yang cukup
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri.Anda boleh,mengaji,berzikir, bersenam,bermeditasi,mendengar muzik,bersiar2 dan sebagainya supaya fikiran dan perassan mendapat ketenangan .

6.Hormati diri
Senaraikan 50 ciri2 diri anda yang positif .Jika anda tidak dapat menyenaraikan semuanya ,fikirkan seseorang yang begitu meminati dan menghormati anda serta tuliskan beberapa ciri diri positif yang pernah di perkatakan oleh mereka mengenai anda .Anda pasti berasa gembira dan lebih menerima serta menghormati diri anda sendiri .

7. Utamakan diri
Lakukan sesuatu yang boleh menggembirakan diri anda sendiri asalkan ia nya tidak menyalahi hukum dan undang2.

8.Cabar potensi diri
Anda perlu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan tetapi mencabar.Inilah caranya untuk menguji potensi diri kerana cabaran itu ,anda akan lebih yakin dengan tindakan dan akhirnya mempertingkatkan lagi kejayaan diri supaya harga diri juga terbina kukuh .

9.Cari keistimewaan diri
Apabila anda tertekan atau menghadapi masalah ,kadangkala secara spontan anda akan mendapat ilham untuk mengendalikan sesuatu masalah .Inilah keistimewaan yang ada dalam diri anda dan seharusnya diperkukuhkan supaya diri anda lebih mantap

10.Jadilah seorang yang optimis
Bersikap pesimis bukanlah suatu kesalahan kerana ia boleh berlaku pada bila2 masa disebabkan pengalaman lalu.Namun sikap ini boleh mendatangkan keburukan sekiranya terlalu dipegang atau dipercayai kerana tidak ada sesuatu keadaan yang tidak boleh berubah kecuali apa yang telah ditentukanNya .

11.Hindari sikap prasangka
Apabila rakan anda bertindak kasar ,anda akan lebih mengenalinya tetapi ini tidak bererti dia seorang yang kasar Cuma kekasaran ini mempunyai sebab2 tertentu .Cuba dekati dan fahami perasaannya .

12. Bertindak sejajar dengan nilai
Kadangkala konflik nilai boleh berlaku .Terokai nilai diri anda berdasarkan beberapa insiden yang dialami supaya anda lebih prihatin dengan nilai itu dan ia sejajar dengan tindakan anda .

13. Berdoa dan bertawakkal kepada yang Maha Esa
Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang Allah. Doa dan menyerah kepada Allah juga berlapang dada dalam apa jua yang telah kita telah usahakan. Supaya hati tidak terlalu gembira hingga mencapai tahap bongkak apabila berjaya dan hati juga tidak bernanah biarpun terluka andai gagal dipertengahan jalan. Bangkit lagi,usaha lagi dan berdoa lagi.

Anda boleh mencapai matlamat yang diidamkan dengan mengamalkan cara2 yang telah diberikan supaya menjadi manusia berjaya Insyaallah Biiznillah.Assalamualaikum.




4 comments:

Haura' said...

berjaya dunia
tak lupa akhirat
paling cemerlang

Anonymous said...

insyaallah... biiznillah... amin Ya Rabb... :)

Putra Iqbal Safuzan bin Jamil Irfan said...

aiwah

Putra Iqbal Safuzan bin Jamil Irfan said...

Amin Ya Rabb

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review