Friday 3 February 2012

Ragam orang bercinta & putus cinta


Memandangkan hari ni penat sangat dengan fisioterapi, tak berdaya rasanya nak fikir tajuk yang berat2 untuk diutarakan. Bercinta dan putus cinta, boleh dikatakan ramai yang pernah alaminya. Betul ke cinta itu buta? ya mungkin juga. Lihat sahaja ragam orang yang bercinta dan putus cinta. Kita cuba kupas topik ni bersama.

Bila cinta dihati : Sayang, bila nak pinang i?

Bila benci dihati : Bangang! jangan harap i nak terima pinangan u.puih!

Bila cinta dihati : Baby i selalu nak dekat dengan u.

Bila benci dihati : Hei u jangan cuba2 nak dekat dengan i ye.babi!

Bila cinta dihati : Wow cute nye.hmmmm tergoda i ( walaupun mamat tu pakai selipar jepun je )

Bila benci dihati : Cet! muka dah lah tak cute pakai selipar jopon plak tu.kampungan not my taste.

Bila cinta dihati : Abang lah lelaki terbaik yang pernah wujud dalam hidup saya.

Bila benci dihati : Perangai macam setan. Ko lah makhluk paling lahanat yang pernah aku jumpa.

Bila cinta dihati : Tanpa u hidup i tak keruan. I tak boleh hidup tanpa u. Pandanglah muka I sayang.

Bila benci dihati : Apa pandang2? Nak kena tampar? Hidup mati u i tak nak ambil tahu lagi.

Bila cinta dihati : I love u awak.

Bila benci dihati : I hate u biawak!

Bila cinta dihati : Sayang awak ketat2.

Bila benci dihati : Tolong lah jangan nak sayang2. Jiwang karat!

Bila cinta dihati : Terima kasih sayang, apa pun yang u bagi i suka.

Bila benci dihati : Setakat bagi pensel tic-tac ada hati nak minta balik. Nah ambil ni siap extra pemadam lagi.

Bila cinta dihati : SMS~awk...knp xreply msg ni?awk ok ke?

Bila cinta dihati : SMS~dah!enough!fullstop! jgn reply msg sy lg.meluat lah.huh!

Bila cinta dihati : Abang lah laki2 paling handsome.

Bila cinta dihati : Handsome???huh!muka macam bangla.



Cintailah kerana Allah. Jaga hati supaya tidak melebihi pada yang hak. Supaya kasih sayang terus bertambah kerana diiringi redho Allah. Dan tidak pula luka dihati bernanah akibat cinta tidak kesampaian. Supaya juga tidak keluar kata-kata nista dan hina seperti diatas.

Ya Allah Ya Tuhanku, jika benar dia jodohku dunia akhirat, Kau penuhilah hati kami dengan penuh kasih sayang. Kau tabahkan lah hati kami untuk mengharungi ujian dan dugaanMu dengan tabah dan penuh Tawakkal. Kau berkatilah hubungan kami, Kau peliharalah hubungan kami kejalan yang diberkatiMu Ya Allah.Amin..
















































































2 comments:

Haura' said...

masyeh abg :)
i love you

Putra Iqbal Safuzan bin Jamil Irfan said...

same2 i love u 2

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review