Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang
suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka
berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si
isteri bertanya kepada sisuami.
Ini dialog mereka
Isteri :
Mengapa abang menyukai saya?
Mengapa abang cintakan saya?
Suami :
Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri :
Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami :
Betul....! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri :
Tak boleh beri bukti! Tidak.......!
Saya
hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain
yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun
begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata....
"Baiklah!
Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama
Sayang!
"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si
suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? .....Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya? ....Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jikadisebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkautersenyum? .....Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika
disebabkansetiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau
melangkah? ........Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukansebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? .....Tidak!
Aku
masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada
sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh
dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
2 comments:
abang...
adik suka sekali post ni
nak copy ye
copy r
Post a Comment