Friday 27 January 2012

Anak...


Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.” [ al-mu’minuun: 14 ]

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”. [ Al-insaan: 2 ]

Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu begitu juga si ayah. Lebih2 lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya.

Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak dianggap remeh.

Tidak semua orang yang berkahwin mudah dan cepat menimang cahaya mata. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini. Oleh itu, pasangan yang telah diizinkan oleh Allah mendapat anak mesti menjaganya dengan baik. Curahkan kasih sayang dan perhatian yang sebaik dan seimbang mungkin menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah.
 

Allah berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” [ Asy-Syura: 49-50 ]

Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagiakan dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang2 yang berkata, Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri2 kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)” [ Al-Furqan: 74 ]

Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” [ Ali Imran: 38 ]. “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” [ Maryam: 5-6 ]

Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Akhlaq Hussain pernah mengungkapkan, “Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa”. Itupun jika anak2 itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh/solehah yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti.

Kita menyedari bahawa Allah telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah iaitu rabbani. Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia2 rabbani”. [ Ali-Imran: 79 ]. Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak2 yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia2 yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak.

Rasulullah bersabda, “....dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”.

Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Rasulullah lagi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya Al- Qur’an”. [ Riwayat al-Hakim & ad-Dailami ]

Baginda juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. [ Riwayat At-Tirmidzi ] Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu mesti diberi kepada anak2. Ini hak mereka. Perhatian dan kasih sayang.mereka perlukan untuk menjadi insan rabbani. Akhlaq Hussain menulis, “Seandainya ibu bapa tidak melayani anak2 mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka?”.

Oleh itu, mendidik anak2 menjadi insan soleh/solehah adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak2 di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah telah memperingatkan perkara ini menerusi firmanNya, “Wahai orang2 yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”[ At-Tahrim: 6 ]

Anak2 adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan bapa. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh/solehah. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja2 kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan.

Oleh itu, cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah dan ajaran Rasulullah?

Tanya lah diri sendiri. Bukan hanya menuding jari dan menunggu report card dari guru. Renung2 kan,tenung2 kan,selamat beramal dan selamat mendidik. Assalamualaikum.

*rabbani=semua ajaran Islam dari Allah

2 comments:

Anonymous said...

:) syukran jiddan ya habibi atas ilmu yg dikongsi.... insyallah sgt bermanfaat...

Putra Iqbal Safuzan bin Jamil Irfan said...

afwan jiddan ya habibi :-)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review