Tuesday, 31 January 2012

Gomol babi lebih baik.....

Adab orang melayu yang sering dimomok kan dengan perlakuan sopan dan menghormati orang tua sangat dititik beratkan oleh ibu bapa. Tetapi hanya kerana adab, dengan biadab nya kita melanggar hukum Allah. Apa tidak nya, setiap kali ada kenduri kendara atau hari raya ahli keluarga dan saudara mara sering berkumpul demi mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka sendiri. Bersalaman tidak kira siapa.Yang muda wajib menghormati dengan yang lebih tua kononnya,hingga menggadai hukum? 
 
Rasulullah bersabda,
"Sekiranya kepala salah seorang dari kamu ditusuk dengan jarum besi,itu adalah lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu" [HR Ath Thabrani,mu'jam
al-khabir]
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (dengan sengaja) dengan wanita yang bukan mahram" [ Ibnu Majah ]

Disini ada beberapa contoh yang saya boleh beri untuk pembaca fikirkan apa yang telah kita lakukan atau kita minta keluarga kita lakukan selama ini.
Situasi 1 : "Amri panggil isteri kamu berkenalan dengan saudara mara.Su ini Pak Ngah adik abah"."Apa khabar Pak Ngah?" (Su dan Pak Ngah bersalaman)-Haram!
Situasi 2 : "Fuad inilah anak Pak Long kamu yang belajar kat Australia tu.Salam lah"-Haram!
Situasi 3 : "Atih,dengan abang sufian pun nak malu2?bukan orang lain pun suami kak ngah,abang ipar awak juga" (atih dan sufian bersalaman)-Haram!

Mungkin juga ada yang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu siapa mahram kita. Definisi mahram pada wanita secara bahasa nya adalah tidak halal bagi wanita tersebut untuk dinikahi selama-lamanya.

Secara istilah pula,mahram bagi wanita ialah laki2 yang boleh memandangnya,berdua-duaan dengan nya,boleh melakukan safar (perjalanan) bersamanya dan juga mereka yang diharamkan bernikah dengan nya buat selamanya disebabkan fitrah menjadikannya mahram.
Ketetapan ini berlaku disebabkan ikatan nasab (keturunan) contohnya ayah dan anak laki2,sebab ikatan perkahwinan seperti suami dan suami kepada anak perempuannya (menantu) serta anak laki2 suaminya (anak tiri),atau pun disebabkan penyusuan (anak susuan). Selain dari ini mereka bukanlah mahram.

Perinciannya seperti Firman Allah,
Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (yaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajiban, dan tidak mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya setelah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” [ Surah an-Nisaa’, 4: 23-24 ]

Bodoh lah pada mereka yang tahu hukum tapi terus juga melakukan kesalahan.Katakan TAK NAK sentuh pada ajnabi/ajnabiyah. Renung2 kan selamat beramal.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review