Monday, 30 January 2012

Ustaz & Ustazzah tu kolot!



Manusia kadang2 sangat mudah lupa bahawa segala nikmat yang dikurniakan kepada kita adalah daripada Allah semata2. Kadang2 mereka juga akan berkata2 secara keterlaluan, tanpa mereka sedari bahawa Allah tidak tuli tidak juga pekak. Bahkan Allah sentiasa tahu apa yang kita lakukan.

Dalam surah al-Fatir ayat 10, Allah berfirman yang bermaksud,

Sesiapa yang menghendaki kemuliaan, (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah) kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. KepadaNya lah naik perkataan2 yang baik dan amal yang soleh dinaikkanNya. Dan orang2 yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras. Dan rencana jahat mereka akan hancur.

Dalam satu seminar yang mengumpulkan pelajar2 lulusan agama dari seluruh universiti, telah berlangsung satu sesi yang berasaskan etika kerja. Pensyarah luar telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut.

Pada awalnya penceramah telah berceramah dengan konsisten sekali. Semua peserta memberi perhatian penuh dan seronok semasa berkursus.
Tiba2 pada satu ketika, entah bagaimana dia telah memulakan perbincangan yang agak panas dengan khalayak peserta. Dia telah membuat satu provokasi kepada ustaz dan ustazah yang hadir.

Saya ingin membuat perkongsian dengan anda sekalian. Saya tahu hampir keseluruh daripada kamu adalah ustaz dan ustazah. Maaf, saya bukan berasal dari latar belakang pengajian agama. Namun saya yakin Islam itu sendiri tidak pernah menyekat kebebasan berfikir, menganalisis dan memberikan pendapat walaupun pendapat tersebut lain daripada yang lain,” penceramah itu mengatur bicara.

Para peserta terkejut dengan kata2 penceramah tersebut. Beberapa peserta hampir tersungkur dek kerana mengantuk yang melampau tiba2 tersentak bagaikan terkena renjatan elektrik.Mata mereka buntang, ingin menyaksikan perkongsian daripada penceramah itu.

Kata penceramah itu, “Tahukah kamu semua bahawa saya mendapati wanita yang bertudung terutamanya yang bertudung labuh seperti kamu semua adalah amat tidak produktif dalam kerja. Dalam erti kata lain, sangat lembap!”

Kesemua peserta bagaikan terkena renjatan elektrik. Nafas menjadi turun naik tidak keruan. Jantung berdebar-debar tanpa ritma yang sekata.Boleh dikatakan kesemua perempuan yang memakai jubah dan bertudung labuh yang saya jumpa, sangat lembab dan menyusahkan orang sahaja.” Kasar bunyinya kenyataan yang terpacul dari mulutnya itu.

Sudah tentu mendidih darah muda saya.Mahu saja dipancung kepala penceramah tersebut.Sementelahan pula, majoriti muslimat yang ada di dalam dewan itu adalah ustazah yang memakai tudung labuh.

Golongan ini bukan sahaja sangat tidak cekap bekerja malah hampir tidak pandai bersosial. Jalan hanya menunduk ke bumi, perlahan pula. Mungkin dia sangka baik sangat kalau buat begitu.” Sindiran penceramah itu semakin pedas.
Ramai peserta sudah mula tidak selesa, namun tidak berani membantah kerana dikhuatiri tidak akan dikurniakan sijil tamat kursus yang merupakan lesen pengesahan untuk mereka mendapatkan ijazah mereka.

Kamu ingat bagus sangat jadi baik, jadi ustaz, jadi ustazah!? Padahal kamulah manusia paling kolot yang ada di muka bumi ini.” Penceramah itu semakin rancak dan lancang berkata-kata.
Dia menambah lagi, “Bagaimana kamu ingin menyatakan kepada anak2 murid kamu bahawa arak itu haram, judi itu haram, zina itu haram sedangkan kamu semua tidak pernah merasainya? saya ingin beritahu, saya sudah merasai semuanya dan sekarang saya tahu apa itu arak, judi dan zina. Baharulah layak untuk memberikan nasihat kepada anak2 murid mengenainya.”

Suasana semakin membahang. Sudah ada dua atau tiga bakal ustazah yang keluar dewan lantaran tidak tahan didera dengan sindiran demi sindiran yang terhembur daripada lafaz si pensyarah. Para ustaz pula masih mampu bersabar, mungkin keliru pada konsep sabar itu sendiri.

Siapa yang pernah minum arak?” tanya si penceramah.
Khali (diam).
Siapa pula yang sudah berzina?”
Khali
Siapa pula yang pernah berjudi?”
Khali jua.
Penceramah itu mundar-mandir seolah-olah tidak berpuas hati. Dia inginkan respon daripada khalayak. Suasana dewan senyap sunyi.
Tiba-tiba, satu suara bergema.
Tuan!”
Semua mata tertumpu kepada tuan empunya suara, Ustaz Burhan. Peserta termuda di dalam kursus itu cuba mengatur bicara.
Tuan, saya mewakili kawan-kawan saya di sini ingin menjawab persoalan yang tuan lontarkan sebentar tadi.” Lembut tuturnya.
Silakan.”
Berkenaan dengan ustazah yang berpakaian labuh namun sangat tidak bagus gerak kerjanya dan tuan salahkan pemakaiannya. Itu adalah salah kerana menutup aurat adalah kewajipan umat Islam. Sila tuan rujuk kepada surah an-Nur ayat tiga puluh. Secara terang Allah memerintahkan kaum Muslimat supaya menutup aurat.”

Ustaz Burhan menambah lagi, “Dia lembab mahupun tidak produktif bukan kerana pakaiannya, kerana masih ramai lagi yang berpakaian menutup aurat namun sangat bagus gerak kerjanya. Sebaliknya mereka yang tidak menutup aurat dan mendedah bahagian tubuh badan di sana sini bukan semuanya yang bagus dan produktif. Jika diperiksa, kalangan mereka juga ramai yang lebih lembap dan bodoh. Kerana mereka tidak faham hukum Allah.”
Perbincangan semakin rancak. Si penceramah memakukan pandangan kepada Ustaz Burhan.
Saya ingin bertanya kepada tuan boleh?” Pinta Ustaz Burhan.
Si penceramah mengangguk.

Antara dua orang pelajar tuan, yang seorang berpakaian lengkap menutup aurat malah memakai purdah untuk mengelakkan wajahnya dilihat orang awam, manakala yang seorang lagi berpakaian dengan sangat seksi di samping dirinya sendiri sangat manis orangnya. Rupa2ya, mereka itu adalah adik-beradik kembar. Apabila kedua2 nya datang berjumpa tuan secara berasingan dalam keadaan yang jauh daripada pandangan orang ramai, agak2 nya yang mana antara keduanya yang mampu mengetuk pintu nafsu tuan?”

Muka si penceramah merah padam. “Tentu kamu juga tahu jawapannya!”
Jadi salahkah ustazah tersebut menutup auratnya dengan sempurna? Sudah terbukti tuan sendiri juga tidak tertarik kepadanya. Ini bermakna dia selamat daripada sebarang ancaman jenayah seksual.”
Belum pun sempat penceramah tersebut memberikan respon, salah seorang peserta bernama Ustaz Halim bangkit dan bersuara.
Izinkan saya membuat perkongsian tuan.”

Tiada respon darinya. Namun Ustaz Halim meneruskan sahaja bicaranya.
Dulu, saya ada seorang kawan yang berfikiran seperti tuan. Katanya dia mahu merasai semua perkara dahulu, walaupun perkara tersebut haram. Dalam banyak-2 dosa besar yang ingin dia lakukan, dia memilih untuk minum arak. Kerana itulah paling ringan mengikut perkiraannya. Kemudian dia akan bertaubatlah, katanya.”

Semua yang hadir menumpukan perhatian kepada Ustaz Halim.
Dia meneruskan bicara. ” Maha suci Allah yang maha berkuasa lagi maha mengetahui, saat pertama kali dia minum arak dia terus mabuk, dek kerana kemabukkannya dia terus sahaja merogol wanita pelayan tersebut. Kerana takut jenayahnya diketahui orang, tanpa berfikir panjang sementelah diri di bawah pengaruh arak wanita itu dibunuhnya. Setelah itu, dia melarikan diri dengan keretanya. Dalam keadaan yang tidak stabil, dengan takdir Allah keretanya terbabas dan meletup. sahabat saya meninggal dalam keadaan….. wallahu’alam, hanya Allah yang selayaknya memberikan penilaian.”
Apa kaitannya dengan saya?” tingkah si penceramah, kasar.

Tuan, sahabat saya punyai niat seperti tuan. Buat dosa dahulu kemudian bertaubat, begitu juga tuan. Tuan bertuah, masih punya nyawa hingga ke saat ini, namun sahabat saya pergi dalam keadaan sedang melakukan dosa2 besar. Apakah tuan boleh bayangkan jika tuan adalah sahabat yang saya maksudkan tadi? Di mana tuan berada sekarang? Namun itu semua mustahil kerana tuan masih hidup. Allah masih memberikan peluang kepada tuan. Tuan sepatutnya menggunakan peluang tersebut dengan sebaik2 nya.”
Semua hadirin mendapat manfaat dan menginsafi diri masing2.
Penceramah tersebut turut tenggelam dalam keinsafan.

Pengajaran,
Setiap manusia itu tidak lari daripada melakukan dosa. Namun, setiap dosa itu ada penawarnya yakni bertaubat kepada Allah dengan sebenar2 taubat. Dan sesungguhnya Allah sangat mengasihi hamba2 Nya yang sentiasa bertaubat kepadaNya.
Kita hendaklah bertaubat sebelum pintu taubat tertutup buat selama2 nya yakni pada masa kedatangan Hari Kiamat.

Rasulullah bersabda:
Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari sebelah barat, maka Allah menerima taubatnya.”(Hadis Riwayat Muslim)


1 comments:

My Love said...

Salam..

Sungguh menginsafkan (T - T)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review