Friday, 10 February 2012

Isteri Solehah



Mentaati Perintah Suami.
Isteri wajib mentaati suami dengan menurut segala perintahnya, kecuali jika suami memerintah melakukan maksiat. Seperti dalam Firman Allah yang bermaksud “Isteri wajib mentaati suaminya selama bukan dalam kemaksiatan” [ An-Nisa’: 39 ] Jika apa yang diperintahkan suami tidak sesuai dengan keinginan isteri, carilah ruang waktu yang sesuai dan tepat untuk berbincang secara rasional dengan suami untuk meluahkan rasa keinginan dan mendapat kata sepakat diantara kedua2 belah pihak. Perbincangan haruslah dilakukan dengan adil, tidak dengan cara membantah, tidak membangkang, apalagi bertengkar sehingga suami terpaksa/tidak redho menerima pendapatnya. Ini kerana suamilah yang berhak menjadi pemimpin di dalam rumahtangga, sesuai dengan apa yang dianugerahkan Allah. Jadi keputusan perlu ada di tangan suami. Jika isteri berlapang dada bersama suami dan meletakkan suami adalah keutamaan dan tahu bahawa suamilah yang menjadi pemimpin di dalam rumah dan perintahnya perlu ditaati, tidak ada buruknya jika dia meminta kepada suaminya untuk bersikap adil dalam setiap keputusannya, tetapi permintaannya haruslah disertai dengan alasan yang boleh diterima pakai. Ini kerana apa pun yang ada pada diri seorang isteri adalah hak milik suaminya dan dia perlu sependapat dengan suaminya. Dengan cara ini segala urusan akan dapat berjalan lancar, tanpa ada masalah yang menyekat kebahagiaan.

Membuat suami senang memandangnya.
Isteri solehah adalah isteri yang membuat suaminya senang apabila memandang dirinya. Tidak ada yang dilihat si suami melainkan membuat hati nya lapang dan senang. Lemparkan lah senyuman yang menawan dan pandangan yang memancarkan rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan. Sedap mata memandang, mengenakan pakaian yang rapi dan harum semerbak baunya. Setiap kali si suami memandangnya dalam keadaan seperti itu, tentu hatinya akan berbunga2, sehingga dia merasakan seakan2 ditangannya ada hadiah sangat bernilai yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya, sehingga dia merasakan akan sentiasa menjaga hadiah itu dan tidak mahu ia terlepas dari tangan. Suami juga tidak akan memandang kepada hal2 yang diharamkan Allah. Tidak mencari ketenangan dan kebahagiaan di luar rumah. Sebab isterinya telah menyediakan suasana kehidupan yang harmoni untuk dinikmati bersama, setelah si suami bersusah payah sepanjang hari mencari nafkah. Dengan cara ini Insya'allah dapat membahagiakan, mendapat limpahan rasa cinta, perhatian dan juga redho suami.

Perasaan penuh kasih sayang dan perhatian terhadap suami.
Isteri solehah adalah isteri yang mengasihi suaminya, mencari redho suaminya, melakukan segala sesuatu yang disukai suami dan menghindari apa2 yang dibencinya, sehingga suami merasakan amat bahagia, selesa dan menyenangkan. Jika suami tidak dapat belaian isteri yang lemah lembut, penuh kasih sayang, selalu berkeadaan bersih, mengukir senyuman, tidak mendengar perkataan yang baik, tidak mendapatkan cinta yang tulus, akhlak Islam yang mulia dan tangan yang menghulurkan segala genap rasa cinta, lalu dimanakah dia harus mendapatkan semua itu?

Membantu suami dalam urusan duniawi dan ukhrawi
Isteri solehah adalah isteri yang sentiasa mendorong suaminya kepada hal2 yang baik dalam urusan agama dan dunia, menganjurkannya supaya berpegang kepada syariat Islam, sama ada yang fardhu mahupun yang sunat, mendorongnya untuk melakukan segala sesuatu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, seperti ikatan silaturrahim dan berbakti kepada kedua orang tua dan menjauhkannya dari perkara2 yang dibenci Allah. Isteri harus ingat bahawa dia akan menjadi ibu bagi anak2 nya, yang akan dewasa dan bernikah. Dan sudah tentu kita juga mahu anak kita berbakti kepada kita. Jadi jika hendak mengasuh anak2 untuk mengikut acuan yang kita inginkan, seharusnya didiklah melalui tauladan. Isteri juga perlu mengingatkan suaminya tentang sebuah hadis sohih yang bermaksud: "Berbaktilah kepada ibu bapa kamu, nescaya anak2 kamu akan berbakti kepada kamu" Isteri juga perlu menjaga hubungan baik dengan keluarga suaminya, agar memperoleh keredhoan Allah dan keredhoan suami, ketika suami melihat sang isteri menjalinkan hubungan baik dengan ahli keluarganya. Isteri solehah juga perlu menganjurkan suaminya untuk menjauhi mata pencarian yang haram. Para isteri orang2 salaf yang solehah biasa mengatakan kepada suaminya yang hendak pergi untuk bekerja, "bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau memberi makan kami dengan sesuatu yang haram. Sesungguhnya kami masih boleh sabar menghadapi rasa lapar dan kami tidak boleh bersabar menerima panasnya api neraka." Bangunlah bersama suami untuk bersama2 melakukan solat sunat, agar rahmat Allah turun kepada kalian, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah yang bermaksud: "Allah merahmati seorang lelaki yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat, dan membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan bangun, dia akan memercikkan air ke wajahnya. Dan Allah merahmati seorang wanita yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat dan membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan bangun, maka dia akan memercikkan air ke wajahnya." [ Ahmad dan Abu Darda ]. Sokongan seorang isteri terhadap suami dalam urusan agama ialah dengan cara mengatur dan menjaga harta suaminya, tidak menuntut kecuali apa yang diperlukannya, tidak membelanjakan kecuali menurut apa yang diperintahkan suami. Seorang isteri juga bertanggungjawab terhadap pengeluaran harta suami bukan pada jalan kebaikan. Sebab dia bertugas mengatur semua urusan rumahtangga. Harta yang melimpah bukan bererti tidak perlu ada pengurusan. Sebab tanpa ada pengurusan, kehidupan rumahtangga menjadi kacau bilau. Isteri yang boros merupakan musuh bagi dirinya sendiri dan menjadi bencana bagi suaminya. Dengan tangannya dia akan menghabiskan harta suami. Berapa ramai isteri yang menghancurkan rumahtangganya kerana tidak pandai mengurus kewangan? dan berapa ramai pula isteri yang mampu menegakkan kehidupan rumahtangganya kerana dia pandai mengatur kewangan? Jika suami melihat isterinya pandai mengatur kewangan dan menjaga hartanya, nescaya rasa cinta dan kepercayaan nya akan jadi semakin bertambah. Sehingga sampai satu tahap suami akan menyerahkan semua hartanya ke tangan isteri dan memberinya kebebasan untuk mengatur kan perbelanjaan. Melalui rasa percaya ini lah akan tercipta kehidupan rumahtangga yang bahagia, jauh dari berbagai masalah kewangan, seperti yang sering kali kita dengarkan, yang disebabkan oleh cara pengurusannya yang kurang bijak dari pihak isteri.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review