Pengertian
tabarruj : Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara
berlebihan bagi seorang wanita sehingga menarik perhatian ramai,
tanpa mendedahkan aurat.
Perintah
larangan bertabarruj ini seperti dalam Firman Allah yang berbunyi
"Katakanlah
kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan
kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya
kecuali kepada suami mereka" [ Al-Nur; 31]
Tabarruj
ini dibatasi tanpa mendedahkan aurat, kerana tabarruj dengan
memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira sama ada
seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.
Isunya
bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti
memakai make up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi
kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika
dilakukan secara keterlaluan, dan perhiasan ini dengan tujuan menarik
perhatian, maka ini dipanggil tabarruj dan ini adalah dilarang. Dan
jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik
perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini
juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung yang berlabuci lip lap yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung. Jika seseorang wanita itu memakai jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.
Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung yang berlabuci lip lap yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung. Jika seseorang wanita itu memakai jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.
Seseorang
wanita itu juga dilarang untuk berjalan berlenggang lenggok dan
dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya
walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik
perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini
adalah dilarang.
Zaman
kita ini sudah tentu yang biasa digunakan sebagai perhiasan muka
ialah gincu, bedak, dan juga celak begitu juga dengan perwarna kuku,
ia termasuk di bawah perhiasan yang boleh dipamerkan tetapi hendaklah
dari bahan yang tidak menghalang air, kerana jika air terhalang dari
sampai ke kuku akan mengakibatkan wuduk tidak sah. Warna yang
digunakan pula haruslah yang tidak terlalu terang dan menarik
perhatian.
Berikut
ini adalah sebahagian dalil kewujudan perhiasan di atas:
Dari
Zainab binti Abu Salamah, dia berkata: Ketika datang berita kematian
Abu Sufian dari Syam, Ummu Habibah meminta diberikan wangian berwarna
kuning pada hari yang ketiga. Lalu dia mengusapkannya pada kedua pipi
nya dan kedua lengannya. Dia berkata: Sesungguhnya aku benar2 tidak
memerlukan ini, kalaulah bukan kerana aku pernah mendengar Rasulullah
bersabda: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah
dan hari kemudian untuk berkabung atas mayat lebih dari tiga hari,
kecuali atas suami, maka dia berkabung atasnya empat bulan sepuluh
hari. [ Bukhari & Muslim ]
Wangian
di dalam hadis bermaksud pewarna yang menyerlah warnanya dan
tersembunyi baunya (tidak menyerlah dan semerbak). Adakalanya ia
disapukan di muka untuk memperelok warna muka atau pada telapak
tangan.
Wajib
berhias setelah tamat tempoh 3 hari berkabung kerana kematian,
kecuali kematian suami yang tempoh perkabungan adalah selama 4 bulan
10 hari. Berhias di sini adalah untuk keluar dari tempoh perkabungan.
Dari
Ibnu Abbas r.a, bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w.
untuk berbaiah kepadanya, tetapi perempuan itu tidak ber ikhtidab
(sejenis pewarna yang biasa digunakan pada telapak
tangan ),
sehingga baginda tidak mahu membaiahnya melainkan setelah berikhtidab
[ Abu Daud ]
Dari
Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Wangian
lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan
perhiasan wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya
[ Al-Tarmizi ]
Dari
Ummu Athiyah, dia berkata: Adalah kami dilarang untuk berkabung
terhadap seorang mayat lebih dari tiga hari, kecuali terhadap suami,
maka empat bulan sepuluh hari. Kami tidak boleh bercelak,
berwangi-wangian dan memakai pakaian bercelup. [ Bukhari & Muslim
]
Apabila
kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau
yang biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segala suku
sakatnya, maka perlu kita ketahui juga batas2 yang perlu dipelihara.
Iaitu,
1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.
2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugat perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah merah menyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku atau sebagainya.
3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum semerbak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.
1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.
2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugat perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah merah menyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku atau sebagainya.
3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum semerbak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.
Pendek
kata bersoleklah secara sopan, bersahaja dan kemas serta menampilkan
ciri2 wanita yang baik. Tidak kelihatan seperti wanita yang mahu
memikat lelaki atau ciri2 wanita fasiq. Seperti kita lihat ramai
wanita hari ini yang bersolek mengenakan gincu, bedak dan segala
macam melebihi dari sekadar yang dibenarkan oleh syarak. Mereka ini
berhias begini hanya diluar rumah sahaja, sedangkan ketika bersama
suami rupa dah macam mak limah balik kampung kui3.
Lebih
baik lagi jika diniatkan solekan itu sekadar untuk mengelakkan diri
dari kusut masai, berserabut dan tidak terurus. Berginculah sekadar
mahu mengelakkan diri dari kelihatan lesu, tak bermaya dan tidak
cergas. Berbedak sekadarnya sahaja dengan tujuan mahu menjaga
kesihatan kulit muka.
Kalau
bersolek itu tidak boleh, silakan saja. Pergilah ke pejabat atau
mengajar ke sekolah, dan jangan bersolek sama sekali. Pergilah dalam
keadaan kusut masai dengan muka seperti orang yang belum mandi.
Kelihatan lesu. Pakaian pula tidak bergosok. Berkedut sana sini. Baju
bergosok, haram katanya. Ditambah lagi dengan bau peluh yang kurang
enak dan menyengat hidung. Pakai wangian walaupun yang baunya
tersembunyi utk menghindarkan dari bau peluh, juga haram katanya.
Ya,silakan saja.
Kesimpulannya
: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka
aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan
cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira
samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka
aurat adalah sesuatu yang dilarang. Wallahua'lam....
1 comments:
peringatan yg semestinya didengar.... perintah ALLAH wajib diikut...
Post a Comment