Thursday, 9 February 2012

Tabarruj [ berhias diri ]



Pengertian tabarruj : Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebihan bagi seorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tanpa mendedahkan aurat.

Perintah larangan bertabarruj ini seperti dalam Firman Allah yang berbunyi "Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka" [ Al-Nur; 31]
Tabarruj ini dibatasi tanpa mendedahkan aurat, kerana tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira sama ada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.
Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika dilakukan secara keterlaluan, dan perhiasan ini dengan tujuan menarik perhatian, maka ini dipanggil tabarruj dan ini adalah dilarang. Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung yang berlabuci lip lap yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung. Jika seseorang wanita itu memakai j
ilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.
Seseorang wanita itu juga dilarang untuk berjalan berlenggang lenggok dan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Zaman kita ini sudah tentu yang biasa digunakan sebagai perhiasan muka ialah gincu, bedak, dan juga celak begitu juga dengan perwarna kuku, ia termasuk di bawah perhiasan yang boleh dipamerkan tetapi hendaklah dari bahan yang tidak menghalang air, kerana jika air terhalang dari sampai ke kuku akan mengakibatkan wuduk tidak sah. Warna yang digunakan pula haruslah yang tidak terlalu terang dan menarik perhatian.

Berikut ini adalah sebahagian dalil kewujudan perhiasan di atas:
Dari Zainab binti Abu Salamah, dia berkata: Ketika datang berita kematian Abu Sufian dari Syam, Ummu Habibah meminta diberikan wangian berwarna kuning pada hari yang ketiga. Lalu dia mengusapkannya pada kedua pipi nya dan kedua lengannya. Dia berkata: Sesungguhnya aku benar2 tidak memerlukan ini, kalaulah bukan kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kemudian untuk berkabung atas mayat lebih dari tiga hari, kecuali atas suami, maka dia berkabung atasnya empat bulan sepuluh hari. [ Bukhari & Muslim ]

Wangian di dalam hadis bermaksud pewarna yang menyerlah warnanya dan tersembunyi baunya (tidak menyerlah dan semerbak). Adakalanya ia disapukan di muka untuk memperelok warna muka atau pada telapak tangan.
Wajib berhias setelah tamat tempoh 3 hari berkabung kerana kematian, kecuali kematian suami yang tempoh perkabungan adalah selama 4 bulan 10 hari. Berhias di sini adalah untuk keluar dari tempoh perkabungan. 
 
Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk berbaiah kepadanya, tetapi perempuan itu tidak ber ikhtidab (sejenis pewarna yang biasa digunakan pada telapak tangan ), sehingga baginda tidak mahu membaiahnya melainkan setelah berikhtidab [ Abu Daud ]

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Wangian lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya [ Al-Tarmizi ]
Dari Ummu Athiyah, dia berkata: Adalah kami dilarang untuk berkabung terhadap seorang mayat lebih dari tiga hari, kecuali terhadap suami, maka empat bulan sepuluh hari. Kami tidak boleh bercelak, berwangi-wangian dan memakai pakaian bercelup. [ Bukhari & Muslim ]

Apabila kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau yang biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segala suku sakatnya, maka perlu kita ketahui juga batas2 yang perlu dipelihara. Iaitu,
1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.
2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugat perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah merah menyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku atau sebagainya.
3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum semerbak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.
Pendek kata bersoleklah secara sopan, bersahaja dan kemas serta menampilkan ciri2 wanita yang baik. Tidak kelihatan seperti wanita yang mahu memikat lelaki atau ciri2 wanita fasiq. Seperti kita lihat ramai wanita hari ini yang bersolek mengenakan gincu, bedak dan segala macam melebihi dari sekadar yang dibenarkan oleh syarak. Mereka ini berhias begini hanya diluar rumah sahaja, sedangkan ketika bersama suami rupa dah macam mak limah balik kampung kui3.

Lebih baik lagi jika diniatkan solekan itu sekadar untuk mengelakkan diri dari kusut masai, berserabut dan tidak terurus. Berginculah sekadar mahu mengelakkan diri dari kelihatan lesu, tak bermaya dan tidak cergas. Berbedak sekadarnya sahaja dengan tujuan mahu menjaga kesihatan kulit muka. 
 
Kalau bersolek itu tidak boleh, silakan saja. Pergilah ke pejabat atau mengajar ke sekolah, dan jangan bersolek sama sekali. Pergilah dalam keadaan kusut masai dengan muka seperti orang yang belum mandi. Kelihatan lesu. Pakaian pula tidak bergosok. Berkedut sana sini. Baju bergosok, haram katanya. Ditambah lagi dengan bau peluh yang kurang enak dan menyengat hidung. Pakai wangian walaupun yang baunya tersembunyi utk menghindarkan dari bau peluh, juga haram katanya. Ya,silakan saja.

Kesimpulannya : Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang. Wallahua'lam....

1 comments:

Bonda said...

peringatan yg semestinya didengar.... perintah ALLAH wajib diikut...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review