Maksud
ikhtilat ( pergaulan ): bercampur antara wanita dan laki2 ajnabi di
satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan,
bercakap dan berinteraksi.
Hukum asal pergaulan wanita dan laki2 ajnabi adalah ditegah. Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain
Hukum asal pergaulan wanita dan laki2 ajnabi adalah ditegah. Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain
1-Tegahan
wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
2-Tegahan berduaan antara wanita dengan laki2 ajnabi
3-Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
4-Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
5-Hukum2 khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
6-Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan laki2

Dari
larangan2 inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita dengan laki2
ajnabi ditegah.
1-Pergaulan
yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:
2-Pergaulan atas sebab darurat
3-Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
4-Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas2 kehakiman
5-Pergaulan menunaikan kesaksian
6-Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang2
7-Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
8-Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
9-Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar’ie dengan syarat hukum2 Islam yang lain dipenuhi
10-Pergaulan untuk melakukan kerja2 jihad
11-Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
12-Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syara’
13-Dalam kitab Muwattha’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makan bersama laki2 apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama2 laki2
14-Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis2
tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum2 Islam
15-Pergaulan wanita dengan laki2 dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:
Pendapat pertama: tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum laki2 mendapatkan ilmu, lantas Rasulullah memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita
Pendapat kedua: boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi, kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana muamalah

Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan laki2 dan wanita semasa menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang untuk keluar bersama Rasulullah. Tidak seperti kaum laki2 yang sentiasa berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah. Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh2, hukum, adab dan tata susila Islam:
1-Menjaga aurat
2-Tidak
tabarruj
3-Tidak
mengangkat suara dengan tinggi
4-Serius
(tidak bermanja2 dan melembut2 suara sewaktu bercakap)
5-Menundukkan
pandangan (bukan mata galak, bukan curi pandang)
6-Warak
(tapi bukan warak2 kucing jadian kui3)
Etika
pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut
Islam :
1.
Menundukkan pandangan
Allah
memerintahkan kaum laki2 untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana
firman NYA Katakanlah kepada laki2 yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. [ An-Nuur: 30 ]
Sebagaimana
hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, Allah
berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah
mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. [An-Nuur: 31
]
2.
Menutup Aurat
Allah
berfirman,..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain
tudung ke dadanya. ( An-Nur: 31)
Juga
Firman NYA; Wahai Muhammad, katakanlah kepada isteri2 mu, anak2
perempuanmu dan isteri2 orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. [ Al-Ahzab :59 ]
Yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka
tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[ An-Nur: 59 ].
Perintah
menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis jantina.
Dari
Abu Daud Said Al-Khudri berkata: Rasulullah bersabda: Janganlah
seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita
jangan melihat aurat wanita.
3.
Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita
Kalau
ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus
disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan
apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka
mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4.
Tidak berdua-duaan di antara laki2 dan wanita
Dari
Ibnu Abbas berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda: Janganlah
seorang laki2 berduaan dengan wanita kecuali bersama mahramnya.[
Bukhari & Muslim ]
Dari
Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah bersabda: Janganlah salah
seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan
akan menjadi ketiganya. { Ahmad & Tirmidzi ]
5.
Tidak melunakkan suara
Seorang
wanita dilarang melunakkan suaranya ketika berbicara selain kepada
suaminya. Seperti mana firman Allah, wahai isteri2 Nabi, kamu
sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka
janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata2 yang menggoda)
sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi
ucapkanlah perkataan2 yang baik. [ Al-Ahzaab:32 ]
Berkata
Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh
Allah kepada para isteri Rasulullah serta kepada para wanita mukminah
lainnya, iaitu hendaklah dia kalau bercakap dengan orang lain tanpa
suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita bercakap
dengan orang lain sebagaimana dia bercakap dengan suaminya.
6.
Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis
Dari
Maqil bin Yasar berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan
jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang
tidak halal bagi nya. [ Thabrani ]
Berkata
Syaikh al-Abani Rahimahullah,Dalam hadis ini terdapat ancaman keras
terhadap orang2 yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya.
Rasulullah
tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat2 penting seperti
membaiat dan lain2 nya. Dari Aishah berkata; Demi Allah, tangan
Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun
saat membaiat. [ Bukhari ]
Inilah
sebahagian etika pergaulan laki2 dan wanita selain mahram, yang mana
apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan
menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah,Sesungguhnya
Allah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti
akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan
berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan2, lalu farji
yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.[ Bukhari, Muslim &
Abu Daud ]
Dan
janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. [ Al-Isra:32 ]
4 comments:
assalamualaikum...nice entry... mgkin klu ada sdikit pnmbahan ikhtilat dlm alam maya brtmbah awesome...~ cdgn shaja... salam ukhwah..
Barokallah Putra Iqbal Safuzan.. peringatan pd smua yg mahu mndapat keredhaanNYA... sngt pnting untuk diketahui semua hambaNYA....
Waa'laikumussalam.mutasyakkir ya ukhti Insya'allah ada free time nanti sy akn buat kan entry ikhtilat alam maya pula :-) thanks 4 ur opinion
Barakallahu khoiran bonda :-)
Post a Comment