Monday, 6 February 2012

Ikhtilat


Maksud ikhtilat ( pergaulan ): bercampur antara wanita dan laki2 ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.

Hukum asal pergaulan wanita dan laki2 ajnabi adalah ditegah. Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain
1-Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
2-Tegahan berduaan antara wanita dengan laki2 ajnabi
3-Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
4-Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
5-Hukum2 khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
6-Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan laki2

Dari larangan2 inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita dengan laki2 ajnabi ditegah.
1-Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:
2-Pergaulan atas sebab darurat
3-Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
4-Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas2 kehakiman
5-Pergaulan menunaikan kesaksian
6-Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang2
7-Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
8-Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
9-Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar’ie dengan syarat hukum2 Islam yang lain dipenuhi
10-Pergaulan untuk melakukan kerja2 jihad
11-Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
12-Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syara’
13-Dalam kitab Muwattha’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makan bersama laki2 apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama2 laki2
14-Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis2
tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum2 Islam
15-Pergaulan wanita dengan laki2 dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:
Pendapat pertama: tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum laki2 mendapatkan ilmu, lantas Rasulullah memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita
Pendapat kedua: boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi, kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana muamalah

Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan laki2 dan wanita semasa menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang untuk keluar bersama Rasulullah. Tidak seperti kaum laki2 yang sentiasa berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah. Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh2, hukum, adab dan tata susila Islam:

1-Menjaga aurat
2-Tidak tabarruj
3-Tidak mengangkat suara dengan tinggi
4-Serius (tidak bermanja2 dan melembut2 suara sewaktu bercakap)
5-Menundukkan pandangan (bukan mata galak, bukan curi pandang)
6-Warak (tapi bukan warak2 kucing jadian kui3)

Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :
1. Menundukkan pandangan
Allah memerintahkan kaum laki2 untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman NYA Katakanlah kepada laki2 yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. [ An-Nuur: 30 ]
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, Allah berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. [An-Nuur: 31 ]
2. Menutup Aurat
Allah berfirman,..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. ( An-Nur: 31)
Juga Firman NYA; Wahai Muhammad, katakanlah kepada isteri2 mu, anak2 perempuanmu dan isteri2 orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. [ Al-Ahzab :59 ]
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [ An-Nur: 59 ].
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis jantina.
Dari Abu Daud Said Al-Khudri berkata: Rasulullah bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan di antara laki2 dan wanita
Dari Ibnu Abbas berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda: Janganlah seorang laki2 berduaan dengan wanita kecuali bersama mahramnya.[ Bukhari & Muslim ]
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. { Ahmad & Tirmidzi ]
5. Tidak melunakkan suara
Seorang wanita dilarang melunakkan suaranya ketika berbicara selain kepada suaminya. Seperti mana firman Allah, wahai isteri2 Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata2 yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan2 yang baik. [ Al-Ahzaab:32 ]
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau bercakap dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita bercakap dengan orang lain sebagaimana dia bercakap dengan suaminya.



6. Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis
Dari Maqil bin Yasar berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal bagi nya. [ Thabrani ]



Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah,Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang2 yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya.
Rasulullah tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat2 penting seperti membaiat dan lain2 nya. Dari Aishah berkata; Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. [ Bukhari ]



Inilah sebahagian etika pergaulan laki2 dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah,Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan2, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.[ Bukhari, Muslim & Abu Daud ]



Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. [ Al-Isra:32 ]




4 comments:

c0reTan MaYa said...

assalamualaikum...nice entry... mgkin klu ada sdikit pnmbahan ikhtilat dlm alam maya brtmbah awesome...~ cdgn shaja... salam ukhwah..

Bonda said...

Barokallah Putra Iqbal Safuzan.. peringatan pd smua yg mahu mndapat keredhaanNYA... sngt pnting untuk diketahui semua hambaNYA....

Putra Iqbal Safuzan bin Jamil Irfan said...

Waa'laikumussalam.mutasyakkir ya ukhti Insya'allah ada free time nanti sy akn buat kan entry ikhtilat alam maya pula :-) thanks 4 ur opinion

Putra Iqbal Safuzan bin Jamil Irfan said...

Barakallahu khoiran bonda :-)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review