Tuhan
yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya
semula.
Duit
dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun
beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita
mungkin kehilangannya.
Andai
ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada Nya dengan tangan
yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia
berhak atas segalanya.
Allah
swt berfirman;
"Dan
ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa
sesungguhnya Allah pada sisi Nya itu adalah ganjaran yang besar."
[Surah al-Anfal:28]"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai)
kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan
jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]
Bila
diuji, bersabarlah wahai hati.
Musibah
datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah
daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila
diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah
kita menerima ujian dari Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada
dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan
meningkatkan lagi amalan seharian.
Atau
bagaimana?
Jarang
sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin
juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya
kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya,
menadah tangan bermohon doa kepada Dia.
Moga
kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga. Kerana Dia
kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang
panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Kerana
semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini
sebagaimana firman Nya;
"Sesungguhnya
Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah)
kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap
hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi
al-Basir (Maha Melihat)." [Surah Al-Israk:30]
Wang
dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika
Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia 'pergi' dari
kita.
Contohnya
tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin
bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau
tayar pecah atau terlanggar pokok, semuanya perlukan wang dan secara
tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.
Allah
swt berfirman berfirman lagi dalam surah Al-Ankabut, ayat
ke-2;"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja,
dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi
mendapat cubaan?" Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki
yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah dan periksa lah diri
sendiri.
Peringatan
buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada
sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah
kita lakukan dan Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.
Diriwayatkan
dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;
Apabila
Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba Nya maka Dia
menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah
menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan
dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.
[At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
Mungkinkah
cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh Nya?
Atau
mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke
jalan Allah?
Atau
mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta)
dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.
Suatu
peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan
perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.
Atau
mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita
menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan
kepada kita.
Bukankah
Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya
dengan hati yang tenang dan redha?
Firman
Allah;"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang
kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah,
niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu." - [At-Taghabun:11].
Bersabarlah
wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan
beriman kepada-Nya.Allah berfirman lagi;"Jadikanlah sabar dan
solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh
berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah
al-Baqarah:45]"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah
pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah
beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]
Wahai
hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang,
mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah
bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.
Bersabarlah
wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila
ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah
"Innalillahiwainnailaihirajiun".Muhasabah buat diri ini.
Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.
From
: Allahyarham Nur Ariff Putra Irfan filed
0 comments:
Post a Comment