Perkahwinan
atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut
istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan
persetubuhan antara lelaki dan wanita yang diucapkan oleh kata2
yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.
Perkataan zawaj digunakan di dalam Al-Quran bermaksud pasangan dalam
penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan. Allah menjadikan
manusia itu berpasang2, menghalalkan perkahwinan dan
mengharamkan zina.
Walimatulurus
atau kenduri kahwin sunat (seperti majlis santapan makanan) diadakan
dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan
sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai
perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai
sekiranya terjadi sesuatu perkara dan saudara mara dapat menyaksikan
sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga
mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan
selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti
didahulukan saudara mara, kaum kerabat dari kedua2 pihak, jiran
dan rakan kenalan. bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah
Rasulullah dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat
dan kemungkaran, dilarang sama sekali berhutang yang
membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus, etika
berbudaya mengikut adat resam bangsa masing2 adalah
dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari
dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar
(was2) dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan
dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain. Islam melarang aktiviti
persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat
melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh
Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain
memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara
terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga
oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa (seperti cemburu,gersang
dan was2) dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan
tersebut.
Antara
persoalan semasa berkaitan dengan majlis perkahwinan ialah:
1. Bersanding
Bersanding ialah duduk bersebelahan antara pasangan suami dan isteri yang baru dikahwinkan si atas pentas khas yang dihias indah. Pasangan pengantin itu berpakaian kemas dan lengkap, diapit dan dikipas oleh dua orang khas di sebelah kiri dan kanan pengantin untuk tontonan orang ramai. Amalan bersanding merupakan suatu adat dan tradisi dalam masyarakat melayu. Asal amalan ini ialah suatu unsur dan pengaruh daripada budaya dan amalan agama Hindu dan animisme dan bertapak dalam tradisi masyarakat Melayu secara turun temurun.
Hukum dan perbahasan.
Jika dinilai pada maksud sebenar bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tersebut maka ianya adalah HARUS. Sekadar pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tiada masalah padanya. Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias berlebih-lebihan serta tidak menutup aurat , adat bertepung tawar dan sebagainya maka perkara seperti ini perlu dibahaskan satu persatu secara terperinci.
2. Pelamin
Berkenaan dengan pelamin yang mahal maka ianya tidaklah dituntut di dalam Islam. Walaupun kita kaya sekalipun maka tetap disarankan agar kita bersederhana di dalam berbelanja.Ramai yang menggunakan hujah bahawa pelamin sebegini perlu dilaksanakan sebagai kenang-kenangan untuk masa hadapan dan sebagainya. Hujah-hujah sebegini tidaklah boleh diterima pakai kerana lebih menjurus kepada hawa nafsu. Hukum dan saranaN Rasulullah sepatutnya lebih kita turuti.
Tetapi jika cuma disediakan tempat untuk bergambar bersama pengantin dan tempat tersebut dihias dengan seadanya, maka beberapa adab perlu diraikan.Antaranya ialah tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita, wanita wajib menutup aurat di hadapan lelaki yang ajnabi( yang boleh dikahwininya) dan begitu juga golongan lelaki ,wajib bagi mereka menutup aurat di hadapan wanita ajnabiah. Jika kesemua perkara ini diraikan maka tiadalah masalah padanya.
Kesimpulan tentang hukum pelamin ini ialah kita melarang berlakunya pembaziran dan percampuran lelaki dan perempuan yang berlaku seperti zaman sekarang. Tetapi jika semua perkara tersebut boleh kita elakkan maka hukumnya adalah HARUS.
Sebelum kita membahaskan lebih panjang sebaiknya kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan membazir. Di dalam bahasa arab terdapat dua kalimah yang digunakan iaitu al-israf dan al-tabzir. Sebahagian ulama mengatakan bahawa kedua2 kalimah ini maksudnya adalah sama.
Al-Imam al-Jurjani rahimahullah mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).Menurut kata seorang ustaz, Yusri Rushdi Al-Sayyed Jabr Al-Hasani di dalam satu kuliah beliau: “Contoh mudah bagi al-Israf ialah seperti kita memerlukan untuk seminggu kehidupan kita sebanyak sekilo daging,tetapi kita membeli sebanyak 2 kilo daging maka ini dinamakan Israf.Manakala al-Tabzir ialah kita mengeluarkan walau sedikit wang untuk membeli perkara yang diharamkan maka ianya dikira al-Tabzir.Seperti membeli sebatang rokok yang berharga 50 qurush (matawang mesir lebih kurang 30 sen Malaysia) maka ini dinamakan al-Tabzir”. Kedua2perkara yang kita sebutkan ini adalah dicela dan tidak dituntut di dalam Islam. Jika berlebih-lebihan didalam perkara yang harus seperti contoh yang kita berikan tidak dituntut maka lebih-lebih lagi jika perkara itu menjurus kepada haram.
3. Bertepung tawar dan menabur beras kunyit
Ini merupakan adat turun temurun yang dilakukan ketika majlis persandingan dilangsungkan. Sepanjang pembacaan saya tentang perkara ini , antara tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh2 jahat dan sebagainya.
Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM. Sabda Rasulullah "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah katanya: Sabda Baginda juga: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang2 yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda ." Perkara2 sebegini wajib ditegah berlaku di dalam masyarakat Muslim.
Alternatifnya, kita boleh melaksanakan majlis doa selamat bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah daripada sebarang kecelakaan. Ini sangat2 dituntut di dalam Islam.
Wanita berhias dan tidak menutup aurat
Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi.Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syara' seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah.
Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua2 pengantin. Maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua2 pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat adab2 yang kita sebutkan sebelum ini diraikan . Jika perkara ini diraikan maka syara' tidaklah menghalang perkara ini dilaksanakan.
Masalah aurat juga perlu dititik beratkan oleh pengantin dan orang ramai yang hadir.Firman Allah taala di dalam surah Al-Nur ayat 31: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak2 mereka, atau anak2 tiri mereka, atau saudara2 mereka , atau anak bagi saudara2 mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara2 mereka yang perempuan, atau perempuan2 Islam, atau hamba2 mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak2 yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , wahai orang2 yang beriman , supaya kamu berjaya." Ayat ini sangat jelas menunjukkan arahan daripada Allah supaya menutup aurat.
Etika Pemakaian
Antara syarat2 pakaian bagi wanita dan lelaki ialah:
1. Mestilah pakaian tersebut daripada jenis yang menghalang daripada orang mengetahui warna kulitnya. Ini bermakna, seseorang tersebut tidak boleh memakai pakaian yang nipis sehingga orang boleh mengetahui warna kulitnya.
2. Mestilah pakaian tersebut menutup keseluruhan aurat lelaki dan wanita tersebut.
3. Mestilah pakaian yang dipakai tidak membolehkan orang mengetahui bentuk tubuh dan auratnya iaitu tidak ketat.
Kebanyakan orang pada zaman sekarang tidak memahami masalah menutup aurat ini dengan baik. Maka mereka melakukan kesilapan dalam keadaan mereka tidak sedar. Ketiga2 syarat yang kita sebutkan perlulah diraikan kesemuanya. Jika kurang salah satu daripada syarat-syarat tersebut maka seseorang tersebut masih dikira tidak menutup aurat. Kita mendapati ada golongan yang berpakaian ketat dan bilamana kita melarangnya maka mereka mengatakan bahawa yang penting orang tidak mengetahui warna kulit . Maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak faham syarat-syarat berpakaian yang diletakkan oleh syara'.
Maka para pengantin dan orang ramai perlulah meraikan perkara ini. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan make up pengantin. Berhiaslah sekadarnya, berpadalah dengan kecantikan asli yang diberikan Allah kepada kita. Tidak perlu membazir duit menjemput juru solek bagi mengkaburi mata orang lain . Malah kita bimbang tergolong dalam golongan orang yang bertabarruj seperti dalam Fiman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 33: “Janganlah kamu bertabbarruj sebagaimana yang dilakukan oleh orang2 Jahiliyah pada zaman dahulu.

Warna Pakaian
Masalah warna pakaian juga menjadi perbahasan dikalangan orang ramai. Adakah syarat2 tertentu bagi warna pakaian bagi wanita? Menurut Syeikh Ali Jum’ah Hafizahullah di dalam kitabnya Fatawa Asriyah (Fatwa semasa) warna tidaklah ditetapkan oleh syara' bagi wanita cuma yang wajib bagi mereka ialah mengikut syarat2 yang diletakkan oleh syara' di dalam etika berpakaian .
Syarat berpakaian ialah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.
Pendapat yang mengatakan bahawa wanita perlulah memakai warna yang gelap2 agar manusia tidak memandang kepada mereka tidaklah terlalu tepat. Ini kerana ada terdapat golongan manusia yang menyukai warna yang gelap. Maka mereka tetap akan memandang kepada wanita yang berpakaian gelap.
Kesimpulan nya, setelah kita membahaskan hukum bersanding ini , saya mengharapkan pembaca dapat memahami dengan sebaiknya tentang perkara ini. Hukum asalnya adalah harus.Cuma perkara2 yang berlaku disebaliknya yang menyebabkan ianya menjadi haram seperti bertepung tawar, jampi serapah, percampuran bebas wanita dan lelaki, membuka aurat dan pembaziran. Jika kesemua perkara ini dapat kita elakkan maka tiadalah masalah bagi kita meraikan adat tersebut.Jika perkara yang kita sebutkan ini tidak dapat diraikan maka hukumnya tetap menjadi haram. Wallahu a’lam.
~ sedang membayangkan perjalanan majlis perkahwinan saya nanti :-) ~
1 comments:
Amal makruf..nahi mungkar...
Post a Comment