“Dan
jika kamu menuruti kebanyakan orang2 di muka bumi ini, nescaya mereka
akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah
mengikuti perasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta
(terhadap Allah).” [ Al-An’am: 116 ]
Hari
'kasih sayang' yang diraikan oleh orang2 barat pada 14 Februari
setiap tahun demi memperingati kekasih konon nya yang di panggil
sebagai valentines day, kini sudah menjadi satu budaya dalam
masyarakat Malaysia. Berbagai tempat hiburan bermula dari disko, pub,
kelab malam, kelab dangdut, hotel2, organisasi2 banyak yang berlumba2
menawarkan acara untuk meraikan valentine. Ditambah pula dengan
pengaruh media massa, elektronik, papan tanda iklan dan sebagainya
menyebabkan sebahagian besar orang Islam juga turut menyambutnya.
Sejarah
valentines:
Sungguh
menyedihkan apabila telinga kita mendengar malah kita sendiri
terlibat sama dalam menyambut hari valentine tersebut tanpa
mengetahui sejarah valentine itu sendiri. Pada 14 Februari 270 M, St.
Valentine dibunuh kerana pertelingkahan dalam menguasai Romawi. Pada
masa itu Raja Claudius II (268 - 270 M) sangat mengagungkan St.
Valentine yang dianggap sebagai simbol ketabahan dan keberanian dalam
menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian
St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
Tetapi
sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mula beransur2 hilang
dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine
kemudian dikaitkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi
kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada 15 Februari.
Selepas
orang2 Romawi memeluk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'
kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan
upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga
dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa hari 'kasih sayang'
itu dianggap 'bagai burung jantan dan betina' pada 14 Februari.
Dalam
bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat perkataan
“Galentine” yang bermaksud 'galant atau cinta'. Hampir sama bunyi
antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa
seelok nya orang muda mencari pasangan hidupnya pada 14 Februari.
Ramai yang tidak mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine.
Zaman sekarang ini orang tahu Valentine tu beri greeting card, pesta
memperingati kekasih, bertukar2 hadiah tanpa mengetahui latar
belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu, dan ada juga
menjadikan hari tersebut sebagai hari bersejarah serahan dara (tanpa
nikah).
Dan
yang paling menyedihkan ada juga yang tahu akan asal usul serta hukum
menyambut hari valentines ni, tapi malang nya bodoh tak sembuh2 dari
dulu sampai sekarang, masih juga dengan kebodohan ( buat2 bodoh
walaupun tahu hukum )
Kesimpulannya
valentines ini hanyalah satu kepercayaan atau animisme belaka yang
berusaha merosakkan 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus
memperkenalkan gaya hidup barat yang bertopengkan percintaan,
pencarian jodoh dan kasih sayang.
Pandangan Islam
Pandangan Islam
Sebagai
seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan
mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam
?
Mari
kita renungkan firman Allah yang bermaksud “ Dan janglah kamu
megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan
diminta pertanggung jawabnya”. [ Al-Isra : 36 ]
Oleh
kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mengikut kepada suatu
kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis
Rasulullah :“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum
(agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”. Nauzzubillah Minzaliq.
Firman
Allah dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa
yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali2 tidaklah diterima
(agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang2 yang
rugi”.
Orang
yang tidak tahu dan lakukan kesalahan itu dinamakan sebagai tidak
pandai. Orang yang tahu tapi terus juga lakukan kesalahan itu digelar
sebagai bodoh. Renung2 kan,tenung2 kan selamat beramal.
0 comments:
Post a Comment