Jabal
rahmah simbolik cinta Adam dan Hawa
Khalifah
di bumi-pelengkap alam
Adam
adalah makhluk pertama dari makhluk manusia yang dicipta oleh Allah
di alam ini untuk menjadi penghuni bumi dan memakmurkan bumi bersama
segala makhluk haiwan dan makhluk ghaib iaitu jin. Sebelum Adam,
Allah telah mencipta jin dan malaikat. Jin dicipta dahulu. Iblis
termasuk dalam kelompok jin. Kemudian barulah malaikat. Melalui
keterangan dari Al-Quran diketahui bahawa manusia bukanlah pilihan
pertama untuk menjadi pentadbir alam ini. Allah telah menawarkan
mandat kepada makhluk lain yang sedia ada seperti langit, gunung
ganang dan bukit bukau bagi mengambil peranan khalifah ini.
Tetapi
ke semua makhluk itu menarik diri, enggan menerima tawaran itu
justeru tanggungjawabnya yang terlalu berat dan masing2 tidak terdaya
menunaikannya. Berlaku dialog antara Allah dan malaikat yang telah
dirakamkan dalam Al-Quran “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi.” Mereka bertanya (tentang ketetapan Tuhan
itu dengan berkata: “Adakah Engkau (YaTuhan kami) hendak menjadikan
di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(pembunuhan), pada hal kami sentiasa mensucikan-Mu?” Tuhan
berfirman : ”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak
mengetahuinya.”
Penciptaan
Adam - bumi bertempik
Allah
telah memerintahkan Jibril untuk mengambil tanah pilihan di serata
pelusuk bumi dari empat penjuru alam. Bahagian tanah yang hendak
diambil oleh Jibril itu enggan dirinya diambil walaupun Jibril datang
secara beradab. Ia minta kerjasama. Bumi bertempik membantah
percubaan Jibril itu. Bumi tidak mahu sebahagian daripada tanahnya
apabila menjadi darah daging manusia nanti, nescaya ada yang termasuk
dalam kumpulan mahkluk terlibat dalam perbalahan dan pembunuhan,
malah ada yang derhaka kepada Allah. Jibril
mengadap Allah dengan tangan kosong. Kemudian Allah mengirim malaikat
Mikail pula. Mikail juga
berhadapan dengan masalah yang sama. Lalu Allah memerintahkan pula
Israfil. Israfil juga pulang saja setelah mendengar bumi bertempik.
Kemudian Izrail pula
diperintahkan menjalankan tugas yang berat itu. Izrail
menerima layanan yang
sama. Bumi bertempik. Ianya sedikit pun tidak melemahkan Izrail,
sebaliknya ia sendiri membalas tempikan itu. Ia menjerkah bumi,
sambil berazam pantang mengadap Allah dengan tangan kosong.
Akhirnya Izrail dapat
menjalankan tugasnya. Allah memberi penghormatan
kepadanya dengan
mengamanahkannya sebagai Malaikat Maut.
Lembaga
Adam terbiar
Lembaga
Adam itu tidak terus menjadi manusia yang hidup serta merta. [ Surah
Hijr: 28-29 ]. Ia dibiarkan sehingga kering dalam tempoh waktu yg
tertentu. Allah
boleh menjadikannya serta merta, tetapi Allah mempunyai hikmah dan
rahsia tersendiri
mengapa lembaga itu mesti kering sendiri.
Permulaan
derhaka
Sejak
alam dan segala isinya dicipta, tidak terdapat sebarang anasir kafir.
Semuanya taat
kepada Allah. Tetapi sejarah kelahiran manusia telah memulakan
kewujudan hamba Allah yg kafir. Perbuatan
iblis yang engkar sujud kepada Adam telah menggugurkan imannya kerana
perintah sujud itu adalah
dari Allah.
Adam
ditempatkan di syurga
Secara
tepat lembaga Adam ditempat dan dikeringkan di syurga. Di situ Allah
meniupkan roh ke
badannya. Hawa
juga dicipta di syurga. Setelah iblis diperintahkan meninggalkan
syurga, Adam tinggal
tidak berteman. Naluri
manusia yang sempurna tidak boleh hidup bersendirian tanpa teman.
Maka Allah
mentakdirkan Adam tertidur. Ketika tidur itulah satu batang dari
tulang rusuk kirinya dikeluarkan dari tubuhnya dan dijadikan seorang
perempuan yang dikenali sebagai Hawa.
Transit
Di Syurga - Ingatan Allah kepada Adam
Ketika
memberi izin untuk mendiami syurga, Allah mengingatkan Adam tentang
dua perkara.
1)
Iblis adalah seterunya yang nyata dan seteru kpd anak cucunya hingga
hari kiamat.
2)
Jangan dekati satu pohon di syurga. Makanlah segala buah yang ada,
tetapi jangan
memakan buah dari pohon larangan itu ( buah khuldi ), kerana ia akan
menjadikan dia golongan yang zalim. Dua anasir yang Allah ingatkan
inilah yang kemudiannya menjadikan Adam dan Hawa juga terusir dari
syurga seperti iblis yang terusir sebelumnya. Allah
Maha Perancang. Pokok larangan yang diharamkan kpd Adam itu adalah
ujian dan
persediaan bagi memungkinkan Adam dan Hawa dipindahkan ke bumi.
Apabila iblis mengetahui adanya ingatan Allah supaya Adam dan
isterinya jangan mendekati
satu pohon di syurga, maka serta merta ia menjadikan perkara itu
sebagai senjata utk menggoda musuhnya. Iblis
menggunakan taktik lebih menggoda Hawa. Sifat orang perempuan pada
umumnya lebih mudah
digoda dan tergoda dari orang laki2. Dan sifat orang laki2 pada
umumnya mudah tunduk kepada rayuan dan pujukan orang perempuan.
Walaupun Adam telah
diingatkan bahawa iblis itu adalah musuh, tetapi dengan pujuk
rayu Hawa, Adam lupa
ingatan itu.
Iblis
telah diusir dari syurga. Bagaimana dalam kawasan yang ia diharamkan,
hasutan nya boleh sampai kepada Adam dan Hawa? Inilah
kekuasaan Allah. Bisikan iblis boleh tiba kepada Adam dan Hawa
walaupun mereka
ditempatkan di tempat yang iblis tidak bebas mendekatinya.
Adam
dan Hawa terpedaya.
Hawa
yang lebih awal terpedaya telah memakan buah larangan itu dan dengan
pujuk
rayu Hawa, Adam ikut melanggar larangan itu. Allah
berfirman “Maka
syaitan memujuk keduanya (utk memakan buah itu) dengan tipu daya.
Tatkala keduanya telah
merasai buah itu, nampaklah oleh keduanya aurat2 mereka, dan mulailah
mereka menutupinya dengan daun2 syurga. Kemudian, Tuhan mereka
menyeru mereka, ‘Bukankah Aku melarang kamu berdua dari pohon kayu
itu dan Aku katakan kepadamu Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang nyata bagi kamu berdua.’” [ Surah Al A’raaf ;22 ].
Adam tersangat sedih
dengan kesalahan yang dilakukannya. Keduanya mengaku
telah melakukan kesalahan
dan segera bertaubat. Taubat
Adam dan Hawa telah diterima Allah. Walaupun kesalahan keduanya
diampunkan oleh Allah,
tetapi keterlanjuran mereka tidak dapat mengekalkan lagi mereka di
syurga. Mereka dengan ini diperintahkan oleh Allah meninggalkan
syurga sebagai balasan.
Dihalau
kedunia.
Adam
dan Hawa tercampak di bumi di tempat yang berlainan. Pendapat popular
mengatakan Adam jatuh di
Sri Lanka. Tetapi ada pendapat beliau turun di India. Manakala Hawa
pula dikatakan terhumban nun jauh di daerah Jeddah, di Semenanjung
Arab.
Tiba
waktu gelap malam.
Ada
khabar yang sukar disahkan, Adam mendarat pada waktu malam yang gelap
gelita. Alangkah gelapnya hidup kalau dunia ini sepanjang-panjangnya
gelap. Yang
demikian itulah ujian, itulah dugaan dan pengalaman hidup. Adam
menyangka bahawa
dunia adalah tempat yang gelap. Bagaimana
mahu mencari Hawa kalau dunia bergelap? Apakah ertinya kejelitaan
wajah Hawa jika ditemui
dalam gelap? Adam adalah makhluk yang dijadikan tidak boleh melihat
dalam gelap. Bagaimana hendak mencari Hawa? Payahnya ujian hidup ini.
Puas meraba2, tiba2
terpancar segaris cahaya di timur dunia. Itulah tanda
matahari terbit. Rupanya
dunia tidak sepanjangnya malam. Ia ada siang dan malam.
Adam bersyukur. Dia
sembahyang mensyukuri rahmat Allah ketika fajar mula
menyinsing.
Hawa
menunggu, Adam mencari.
Terlalu
banyak penderitaan yang dihadapi sementara menunggu Adam. Kadang2
duduk
menunggu pertemuan yang tidak diketahui bila akan berlaku adalah
lebih derita dari berjalan ke sana ke mari mencari orang yang hendak
ditemui. Dalam
keadaan seperti ini kalau kedua2 berjalan mencari yang lain maka
kemungkinan pertemuan
lebih lambat atau tidak bertemu langsung. Jadi, Hawa sebagai isteri
wajar menunggu dan Adam sebagai suami mesti keluar mencari.
Di tanah lapang gurun
Arafah yang rata meluas itulah Hawa setiap hari dan setiap
minggu dan bulan bergerak
ke sana sini mencari bahan makanan kerana manusia
memerlukan
makan untuk hidup. Ketika
Hawa sesudah makan, maka Hawa naik ke anak bukit (Jabar Rahmah).
Duduk di situ merenung
jauh memerhatikan kemungkinan Adam tiba. Di situlah beliau duduk
setiap hari dengan sabar dan berdoa supaya segera ditemukan Adam.
Adam tidak pernah hilang
sabar. Sekalipun penat berjalan, Hawa belum juga
ditemui. Dia berjalan
terus. Terasa terlalu penat, dia berehat. Sesudah segar dia berjalan
lagi. Dia sabar dan berdoa agar diberi petunjuk supaya Hawa mudah
dicari. Kian
dekat Adam ke Jabar Rahmah, Adam kian terhidu bau Hawa dan merasakan
destinasinya telah dekat.
Detik hati dan naluri secara sendiri memberi tahu melalui perasaan,
yang dicari sudah dekat. Hawa
sendiri terasa yang Adam sudah hampir sampai. Kian dekat masa
bertemu, kian
terasa rindu dan rasa tidak sabar untuk bertemu.
Dari
bukit itu, Hawa mulai nampak kelibat manusia datang. Kelibat itu
bermula dari satu objek yang samar2 menjelma menjadi bentuk kecil. Ia
kian membesar. Itulah wajah dan tubuh Adam. Itulah wajah yang dilihat
di syurga dulu, tidak berubah. Hawa terus menunggu di tempatnya.
Adam tidak dapat menahan
sabar untuk tiba segera ke pangkuan Hawa. Jalannya kian cepat.
Langkahnya bertambah cepat. Sudah tidak terasa penat. Azamnya satu,
mahu segera menemui isteri yang terpisah 40 tahun dahulu.
Dengan izin Allah,
keduanya bersatu semula di bukit kecil yang berhari2 Hawa
duduk di situ. Selepas
pertemuan itu, bukit itu diberi nama Jabal Rahmah iaitu bukit rahmat.
0 comments:
Post a Comment