Kaum hawa sila ambil
perhatian...
Malam
pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana
perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan
bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila
berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika
ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan
bisikan syaitan.
Jadi
untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan
iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.
Pada
mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang
tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal
dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat
seorang perempuan.
Setiap
bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki
terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya
ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara
oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh
kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita
itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata
lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita
itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan
tudungnya.
Setelah
itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka
wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak
kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka
janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga
terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh
lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu
berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah
itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau
nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu Kenapa?
Mata
lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka
akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka
wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup
kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan
sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali
ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah
wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang
indah pada pandangan lelaki.
Maka
wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan
menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin
meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik
akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik
untuk kamu.
Tetapi
mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu
akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah
atau terang jika ianya berada pada perempuan.
Maka
oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang
warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah
untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah
dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah
ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita
menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah
dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak
diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung
kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah
selamat dunia akhirat.
Seperti
firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah
kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga
Seperti
firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah
kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak
menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah.
Wahai wanita lindungilah aurat mu agar kami (laki2) tidak memandang dan melayan mu dengan cara terhina.
Wahai wanita lindungilah aurat mu agar kami (laki2) tidak memandang dan melayan mu dengan cara terhina.
2 comments:
Assalamualaikum...entry anta yg ini..mmg bagus..sangat2 bermanfaat walaupun ringkas..tahniah..Alhamdulillah harap boleh tulis entry2 seperti ini lagi..insyaAllah..jgn lupa follow blos ana jugak :D InsyaAllah..
Waa'laikumussalam Alhamdulillah ilham dari Allah.Insya'allah :-)
Post a Comment