Sunday, 8 July 2012

Kisah Si Disleksia.

Assalamualaikum.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada Saudara Putra Iqbal Safuzan yang juga merupakan pemilik blog zauji fi jannah , kerana sudi menyiarkan artikel saya ini. Untuk memahami keseluruhan artikel ini, anda digalak kan membaca dan menonton lampiran yang disertakan. Sila klik pada tulisan berwarna OREN untuk membuka lampiran tersebut.

Sebelum saya terus menulis, suka saya memaklumkan disini bahawa bahan bacaan ini bukan ditulis dengan tujuan untuk dijadikan bahan rujukan penyelidikan ilmiah, ia ditulis berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri bersama rakan saya yang mengalami Disleksia dan juga sedikit rujukan dari artikel lain.

Disleksia, satu ungkapan yang agak asing bagi masyarakat Malaysia.Ini mungkin kerana kurangnya sumber informasi atau pun mungkin juga sikap masyarakat kita yang agak konservatif dan lebih senang menyerah pada takdir semata-mata. Berbanding dengan masyarakat diluar negara yang sudah terdedah dengan maklumat mengenai Disklesia ini.

Apa itu Disleksia?
Secara ringkas nya Disleksia adalah gangguan dalam pembelajaran dari segi penulisan, pembacaan, pengiraan dan ejaan. Ramai yang menyangkakan penghidap Disleksia ini sebagai lembam, cacat otak dan bodoh. Maaf andai bahasa saya agak kasar, tetapi ini lah hakikat yang terjadi dalam masyarakat kita. Untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai Disleksia ini, rasanya saya bukanlah orang yang layak kerana saya bukan lah pakar dalam bidang ini. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Disleksia, sila baca artikel ini atau anda juga boleh menonton filem taare zameen par dan Disleksia yang menceritakan kehidupan seorang kanak-kanak yang menghidap Disleksia.

Kisah ini merupakan pengalaman rakan saya yang bernama Am ( bukan nama sebenar ) yang merupakan penghidap Disleksia. Dimana beliau telah mengharungi saat-saat sukar dalam berhadapan cabaran menuntut ilmu dan juga menjalani hidup didunia ini seperti insan lain. Ada pun suka saya nyatakan disini, bahawa saya tidak akan menulis secara terperinci kisah hidup beliau, demi menjaga hak privasi beliau sendiri. Ketika saya menulis artikel ini umur beliau sudah pun menjangkau 29 tahun dan masih bujang.

Am merupakan seorang Pengurus Besar ( General Manager ) dalam syarikat miliknya dan keluarga. Am juga merupakan bekas ustaz yang mengajar pelajar tahfiz disebuah madrasah milik arwah abang beliau. Dan kini Am hanya menumpukan sepenuh perhatian pada perniagaan dan juga kerja-kerja dakwah.Nah tampak hebat bukan? Bagaimana seorang penghidap Disleksia mampu berjaya? Biarpun Am tidaklah popular seperti mereka ini, sekurang-kurangnya Am mampu melangkah jauh berbanding kita yang normal ini.

Menyingkap pengalaman Am ketika mula menjejak kan kaki dialam persekolahan, ia mungkin pengalaman yang agak pahit. ang telah dapat dikesan ketika umur beliau 9 tahun. Pada peringkat awal persekolahan nya, Am boleh dianggap sebagai pelajar yang sangat lemah. Sering didenda, dipukul malah sering juga diejek kerana Am tidak tahu membaca dan menulis dengan baik. Ummi dan abang Am juga sering dipanggil oleh pihak sekolah kerana masalah yang Am hadapi ini.

Mungkin akibat tekanan Am sering jatuh sakit (adakala nya pura-pura sakit untuk mengelak pergi sekolah), kelihatan murung dan sering memberontak. Bila semua ini terjadi, sudah tentu ahli keluarga Am agak gusar. Entah bagaimana pada suatu hari, abang sulung Am bertanya kan dari hati ke hati apakah masalah Am yang sebenarnya? Apa yang mengganggu fikiran Am yang sebenarnya? Akhirnya si abang faham lah apa yang mengganggu fikiran si adik. Rupa-rupanya Am nampak semua tulisan bergerak-gerak, kadang-kala tulisan dari buku gugur seperti semut. Sukar memahami arahan. Atas dasar perihatin seorang abang, Am dibawa berjumpa doktor pakar. Nah, tersentak si abang dan ummi, Am rupanya menghidap Disleksia. Entah apa Disleksia itu tidak lah mereka tahu. Namun, maklumat demi maklumat si abang dapat dan cari. Ternyata si abang bersungguh-sungguh mahu membantu si adik yang seorang ini. Tidak mahu si adik terus dicemuh dan dibiarkan tanpa cari jalan penyelesaian.

Dari saat itu si abang dan ummi sibuk mengajar Am mengikut apa yang dianjurkan. Cara mendidik anak yang menghidap Disleksia ini juga agak berlainan. Menakjubkan selang beberapa bulan Am sudah mampu menulis dan membaca. Alhamdulillah usaha mereka tidak sia-sia. Namun, Am masih tidak mampu membaca Al-Quran. Sebutannya agak kelam kabut. Kebimbangan itu datang kembali. Entah bagaimana, suatu hari si abang terdengar si adik yang sedang mandi membaca ayat Al-Quran dengan lancar berserta tajwid dan juga tafsirnya sekali. Tersentak si abang. Bagaimana Am mampu membaca ayat suci Al-Quran dengan lancar? Sedangkan apabila disuruh mengaji, terlalu sukar pada Am. Mungkin kah Am hanya boleh menghafal? Tetapi tidak boleh membaca? Ujian dibuat lagi, dan kini ternyata Am hanya boleh menghafal dengan hanya mendengar bacaan dari orang lain. Menarik nafas lega. Ternyata Allah sudah tunjuk kan jalan buat Am sekeluarga. Sedari itu, Am hanya diperdengarkan ayat suci Al-Quran berserta tajwid dan tafsirnya sekali.

Hasilnya, Am hafal 30 juzuk ayat Al-Quran dan beberapa ribu hadis ketika umurnya sekitar 14 tahun. Habis sahaja SPM, Am terpaksa ambil semula kertan ujian Bahasa Melayu (kertas Julai). Kerana Am gagal dalam mata pelajaran tersebut. Al maklum sahajalah, penghidap Disleksia ini, tidak suka akan bahasa, penulisan apatah lagi jika terpaksa membuat karangan dan membaca. Tetapi mata pelajaran lain, keputusan nya sangat cemerlang. Usai mengambil ujian Bahasa Melayu buat kali kedua, Am telah dapat melanjutkan pelajaran nya di Universiti Yarmouk Jordan dalam bidang Ussuludin.

Dan kini Am mampu berdiri sama tinggi atau mungkin lebih tinggi dari mereka yang mengejek-ejek beliau satu ketika dulu. Siapa sangka yang bermasalah dan tampak bodoh itu mampu berjaya? Semuanya kerana kurniaan Allah,usaha dan bimbingan ahli keluarga.

Anak adalah anugerah Allah, yang terlalu tinggi nilainya. Bimbinglah mereka, pimpin lah mereka. Jangan biarkan anak anda berhenti berharap pada anda. Anda lah pencorak nya. Yang menjadi tunggak hala tuju hidup dan matinya nanti. Diharap, kisah Am ini dapat sedikit sebanyak membuka hati dan minda pembaca, supaya tidak membiarkan anak-anak anda berjuang sendirian.

Salam sayang dari saya Irfan Hanaffi bin Mokhtar.

Nota:
Kami sedang mengadakan kempen kesedaran Disleksia pada orang ramai. Temui kami disini . Kami perlukan sokongan anda semua. Bukan wang ringgit anda yang kami harapkan, cuma minta tolong sama-sama sebarkan maklumat mengenainya. Semoga usaha ini diberkati Allah. Amin Rabb..






11 comments:

Ija Rased said...

salam kunjung dan salam kenal...saya ada anak yang usianya baru 3 tahun. tapi potensi disleksia hampir ada pada dia..mungkin kita boleh berkongsi cerita dan perkembangan. kunjungi my blog http://ijamawar.blogspot.com

mentari alam lembayung alam said...

Assalamualaikum..

terima kasih kerna membuka minda saya tentang disleksia.. anak buah saya memiliki ke semua ciri-ciri berikut.. kami dipanggil oleh cikgu untuk memindahkan dia kepada kelas 'pendidikan khas'.. yang pada kami ianya seperti menghentikan proses pembelajaran dia seperti kanak-kanak lain.. kami juga sudah bawa dia berjumpa dr. Psikiatri kanak-kanak untuk dinilai tahap kesihatan dia tetapi dr. cakap dia tak ada masalah normal seperti kanak-kanak biasa.. sehingga kini umur dia sudah 11 tahun tapi masih tidak mengenal huruf2..bukan tiada usaha tapi kami tak tahu bagaimana membantu dia.. andai tuan dapat membantu dan berkongsi pengalaman amatlah dihargai.. terima kasih.. nmalazamzuri@blogspot.com

Irfan Hanaffi Mokhtar said...

Puan Mentari,

Saya merujuk kepada seorang guru Pendidikan Khas.
Langkah terawal yang boleh puan ambil ialah minta guru kelas atau guru berkaitan sediakan satu laporan prestasi anak buah puan. Minta guru usulkan anak buah puan untuk pemeriksaan Pengamal Perubatan. Yang lebih tepat ialah Doktor Pediatrik. Selepas pemeriksaan tersebut, satu borang yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diisi oleh doktor tersebut untuk menentukan pendidikan yang sesuai utk anak buah puan.
Maaf atas kekurangan jawapan ini. Terima kasih, harap maklum.

AdminInterlid Interlid said...

Salam sejahtera,
Saya ingin menjemput ibubapa yang mengesyaki anak mereka mengalami masalah membaca, atau anak2 mereka telah disahkan mengalami disleksia untuk kunjungi laman FB di facebook.com/Interlid.

Kami di USM telah menghasilkan app android untuk membantu ibubapa belajar bagaimana mengajar anak membaca di rumah menggunakan teknik pelbagai deria.

Boleh juga hubungi 012 5235195, atau emel interlid2014@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Disleksia bukan kecacatan atau kurang upaya, tetapi otak mereka memproses maklumat dengan cara yang berbeza. Bantulah kanak2 disleksia belajar membaca dengan mengubahsuai cara kita mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan mereka.

" Ibubapa adalah guru terbaik untuk anak2 "

Unknown said...

masyaallah. many thanks for the info

Unknown said...

As Salam,
Sy mempunyai seorang anak perempuan Dyslexia berumur 13 tahun. Alhamdulillah tahap dyslexia dia tidak ketara tetapi agak ketinggalan berbanding pelajar normal yg lain. Sy cuba utk memahami apa kekuatan / strength dia tetapi tdk tau apa kaedah yg blh digunapakai. Harap sesiapa dpt membantu.
Selain itu sy bercadang menghantar dia ke sklh tahfiz yg sesuai yg tahu bagaimana nak mengajar pelajar dyslexic. Mohon pertolongan drpd sesiapa yg mengetahui di mana sy blh dptkn info atau dgn siapa. No hp sy 01112979812 / 0199055800 - Farid. Terima kasih

Laila Lubis said...

Assalamualaikum
Saya mmpunyai anak umur 7thn dan mengalami mslh kesukaran mengenal huruf dan membaca,,dlm matematik setakat ni sy rasa masih baik.
Moga penulis mmbaca comment sy,,sy ingin mengajukan lbh pertanyaan,whatsaap 01128421166 laila

Laila Lubis said...

Assalamualaikum
Saya mmpunyai anak umur 7thn dan mengalami mslh kesukaran mengenal huruf dan membaca,,dlm matematik setakat ni sy rasa masih baik.
Moga penulis mmbaca comment sy,,sy ingin mengajukan lbh pertanyaan,whatsaap 01128421166 laila

Eena L said...
This comment has been removed by the author.
L Na said...

Langkah terawal yang boleh puan ambil ialah minta guru kelas atau guru berkaitan sediakan satu laporan prestasi anak puan. Minta guru usulkan anak puan untuk pemeriksaan Pengamal Perubatan. Yang lebih tepat ialah Doktor Pediatrik. Selepas pemeriksaan tersebut, satu borang yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diisi oleh doktor tersebut untuk menentukan pendidikan yang sesuai utk anak buah puan.

Terdapat banyak laman web dan blog yang dapat membantu ibu bapa mendepani anak-anak begini.
Untuk Disleksia, puan boleh merujuk Persatuan Disleksia Malaysia.

Kenal pasti masalahnya melalui pemeriksaan pakar kanak-kanak.

Maaf atas kekurangan jawapan ini. Terima kasih, harap maklum.

L Na said...

Langkah terawal yang boleh puan ambil ialah minta guru kelas atau guru berkaitan sediakan satu laporan prestasi anak puan. Minta guru usulkan anak puan untuk pemeriksaan Pengamal Perubatan. Yang lebih tepat ialah Doktor Pediatrik. Selepas pemeriksaan tersebut, satu borang yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diisi oleh doktor tersebut untuk menentukan pendidikan yang sesuai utk anak buah puan.

Terdapat banyak laman web dan blog yang dapat membantu ibu bapa mendepani anak-anak begini.
Untuk Disleksia, puan boleh merujuk Persatuan Disleksia Malaysia.

Kenal pasti masalahnya melalui pemeriksaan pakar kanak-kanak.

Maaf atas kekurangan jawapan ini. Terima kasih, harap maklum.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review