Seingkali kita mendengar perkataan dayus dan nusyuz disebut2. Ianya seolah-olah ayat biasa macam makan chewing gum dah habis manis puih! buang merata2. Tidak terkesan dihati langsung dua perkataan tersebut. Sedangkan perbuatan dayus dan nusyuz ini sangat jelas mengakibatkan sipelaku akan mendapat dosa besar. Malah menghumbankan diri keneraka Wallahuaklam bisawab.
Apa itu dayus?apa itu nusyuz? Mengikut definsi kamus dewan bahasa dan pustaka,
dayus: adalah sifat yang tidak menggambarkan sifat kelakian yang sebenar ianya juga boleh dikategorikan sebagai hina,tercela,rendah martabat dan juga jahil atau bodoh.
nusyuz: keingkaran isteri mentaati suami ( sebagaimana yang telah diperintahkan Allah )
Ulasan dayus :
Rasulullah
bersabda ;“Tidak
akan masuk syurga lelaki yang dayus” (HR Imam at-Tayalisi dari
‘Ammar)
menurut
al-fiqh A'la al-mazahib al-Arba'ah , maksud dayus ialah lelaki yang
hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah
siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya,
dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan
tingkah laku mereka
Sabda
Nabi juga; “Tiga
manusia akan diharamkan Allah dari syurga:
1.
Orang yang ketagih arak
2. Orang yang menderhakai dua ibu-bapanya
3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri atau menyetujui perbuatan zina yang di kalangan ahli keluarganya.
(HR Imam Ahmad )
2. Orang yang menderhakai dua ibu-bapanya
3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri atau menyetujui perbuatan zina yang di kalangan ahli keluarganya.
(HR Imam Ahmad )
Dari
kedua2 hadith diatas jelas bahawa perbuatan dayus ini amat2 dicela
Allah.apakah yang menjadikan seorang suami menjadi dayus?diantaranya
ialah ;
1-membiarkan
kan isteri dan anak perempuan mendedahkan aurat kepada lelaki ajnabi
( lelaki yang bukan mahram atau hubungan suami isteri )
2-membiarkan
pergaulan tanpa batasan atau tiada perasaan cemburu diantara isteri
atau anak perempuan dengan lelaki ajnabi.
3-ada
juga lelaki menjadi dayus dihari pertama menjadi suami. Bagaimana
pula? Membiarkan lelaki ajnabi merenjis2 air mawar keatas isteri
semasa bersanding,bersalam-salaman dengan lelaki ajnabi selepas
direnjis2,bergambar dengan lelaki ajnabi ( kemudian di upload pula di
facebook,twitter ),membiarkan isteri tidak menutup aurat atau memakai
pakaian pengantin yang ketat ( ini pemikiran biasa lelaki gatal
"kalau lah aku yang dapat dia ni huhuhuhu",malam ni habis
lah minah ni,badan macam ni hadoiyai kan bagus kalau aku test dulu"
) mujur ayat ini hanya dalam hati,kalau pengantin lelaki yang
dengar,bertelur lah kepala.Tapi nak salah kan siapa?jawapan nya tanya
lah pada suami dayus tadi.jadi,kepada yang berdarah manis dan bakal
mendirikan rumah tangga tu fikir2 kan lah mahukah kita menjadi dayus
dihari pertama bergelas suami?buanglah adat pengerat neraka tu.
tercetus pula satu peribahasa baru disini "bapak pengantin
perempuan dayus,anak menantu dayus" dalam versi bapak borek anak
rintik.
Sebenarnya
banyak lagi ciri2 suami dayus ni tapi cukuplah sekadar ini yang saya
lampirkan.jangan lah kerana arus kemodenan tanpa batasan
menghanyutkan kita keneraka.memang benar yang ramai keneraka adalah
kaum wanita tapi kalau tiada sidayus didunia ini ada tak wanita
keneraka?lelaki dayus ini lah yang sebenarnya menghumban wanita
dikeliling kita keneraka dan sidayus juga turut
keneraka.Wallahhuaklam bisawab.
Ulasan
nusyuz :
Rasulullah
bersabda ;
“Jika
aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain,
nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada
suaminya”(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Para
ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah
keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.
Dari
hadis di atas,dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan
tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam
menjalankan hak2 suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada
manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada
para suaminya.Tetapi dalam Islam,sujud hanya dibolehkan kepada Allah.
Suami
merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga,yang wajib dipatuhi
dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan menyalahi perintahnya
itu. Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat
kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat
perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak.
1-keluar
dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini
apabila isteri keluar berjumpa qadhi untuk menuntut hak, mencari
nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya,
meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih
dan suami tidak memintakan fatwa untuknya.
Jika
seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya
atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak
tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau
bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan
isteri.
2-enggan
mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang
dibenarkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke
negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang
ditimpa wabak atau taun.
3-tidak
membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan
tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.
4-tidak
menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa
ada keuzuran seperti sakit.
5-tidak
mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.
6-steri
mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah
palsu.
hukum
dan kesan nusyuz:
Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah haram,bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat. Awas wahai lelaki beriman,jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai
para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan
bapa anda,janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS dan
membiarkan diri anda jadi NUSYUZ yang tiada ruang untuk ke syurga
Allah ( jika tidak bertaubat )
Sayangilah
dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya,
wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu
walau terpaksa bermatian kerananya.
Rasulullah
bersabda ;Barangsiapa
yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia
adalah
mati syahid" ( Riwayat Ahmad )
Muhasabah
diri,check2 ahli keluarga kita,diri kita dimana kita berdiri sekarang
kalau tidak dibumi Allah yang hanya dipinjamkan seketika cuma.tidak
malu dan tidak segan kah kita ini kepada Pencipta?jangan jadi kacang
lupakan kulit.petik lighter cuba bakar jari panas sangat panas cuba
bayangkan api neraka pula......................Nauzzubillah minzaliq-from prince file no 144-
1 comments:
nauzzubillah minzaliq
Post a Comment