Wednesday, 25 January 2012

Istikharah

Entry kali ini saya cuba menunjukkan serba sedikit cara solat sunat istikharah.Diharap ianya dapat membantu mereka yang ingin mengerjakan solat ini.

Istikharah bermaksud memohon dan meminta yang terbaik.Apabila seseorang itu berada dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya,bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya,atau yang samar2 dalam pemikirannya.Maka hendaklah dia memohon petunjuk Allah melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat.

Antara dalil yang mensyariatkan solat sunat Istikharah; 
Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan,sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.


Rasulullah bersabda,

     "Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras untuk melakukan sesuatu,maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib,dan hendaklah dia berdoalah [ Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu,memohon ketetapan dengan kekuasanMu,dan aku memohon kurniaMu yang sangat agung,kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak kuasa sama sekali,Engkau mengetahui sedang aku tidak,dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahwa urusan ini (sebutkan dilema atau urusan bagi tujuan Istikharah itu) lebih baik bagi diriku dalam agama,kehidupan baik dalam waktu terdekat mahupun dalam jangka masa panjang. maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku.Berkatilah kepadaku dalam menjalankannya.Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan baik dalam waktu terdekat mahupun dalam jangka masa panjang, maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkan aku darinya,serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada, kemudian jadikanlah aku orang yang redho dengan ketetapanMu ] Baginda bersabda: “Hendaklah dia menyebutkan keperluannya” "Diriwayatkan oleh Al-Bukhari [1]. 

Solat Istikharah dilaksanakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa.Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah,Oleh itu dibenarkan membaca apa juga surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu selepas membaca surah al-Fatihah.

Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus-tidak dilarang dan tidak pula diperintahkan) tidak kira isu nya besar taupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak.Seharusnya kita fahami bahawa masalah yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum nya dalam.Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya,ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah.Hanya perkara2 yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.

Orang yang mengerjakan solat Istikharah itu seharusnya melapangkan dada dari apa juga kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu.Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat2 kepada Allah.kita juga harus sedari bahawa adakala apa yang ditetapkan oleh Allah untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah satu pilihan yang terbaik pada diri kita.Namun demikian sewajarnya kita pasrah menerima keputusan Allah.Seperti mana dalam FirmanNya,
 
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya". Surah Al-Baqarah (2) ~216

Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi dalam mendapat petunjuk atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut.Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah telah tentukan untuknya.


Ringkasan cara Menunaikan solat sunat Istikharah

Rakaat Pertama

1)Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
     Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
    “Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala”
2)takbiratul Ihram
3)doa Iftitah
4)membaca surah al-Fatihah
5)membaca Surah al-Qur’an
6)rukuk
7)iktidal
8)sujud
9)duduk antara dua sujud
10)sujud kali kedua
11)bangun untuk rakaat kedua


Rakaat Kedua
1)ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)duduk untuk tahiyyat akhir
3)Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)Membaca doa Istikharah


Sekian sahaja diharap semua kebuntuan yang anda semua hadapi dapat diselesaikan melalui petunjuk Allah.Amin Ya Rabb...

4 comments:

I MISS U ALL THE TIME,DEAR.. said...

terimakasih...alhamdulillah

pena_bicara said...

alhamdulillah,abang saya copy paste kt blog saya ye

zauji fi jannah ( Putra Iqbal Safuzan bin Jamil Irfan ) said...

sama.ok silakan

Putra Iqbal Safuzan bin Jamil Irfan said...

same2

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review