Entry kali ini saya cuba menunjukkan serba sedikit cara solat sunat istikharah.Diharap ianya dapat membantu mereka yang ingin mengerjakan solat ini.
Istikharah
bermaksud memohon dan meminta yang terbaik.Apabila seseorang itu
berada dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin
dilakukan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun
keburukan terhadap dirinya,bersesuaian atau bertentangan dengan
dirinya,atau yang samar2 dalam pemikirannya.Maka hendaklah dia memohon petunjuk Allah melalui
solat Istikharah sebanyak dua rakaat.
Antara
dalil yang mensyariatkan solat sunat Istikharah;
Solat
Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin
‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah pernah
mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan,sebagaimana
baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.
Rasulullah
bersabda,
"Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras untuk melakukan sesuatu,maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib,dan hendaklah dia berdoalah [ Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu,memohon ketetapan dengan kekuasanMu,dan aku memohon kurniaMu yang sangat agung,kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak kuasa sama sekali,Engkau mengetahui sedang aku tidak,dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahwa urusan ini (sebutkan dilema atau urusan bagi tujuan Istikharah itu) lebih baik bagi diriku dalam agama,kehidupan baik dalam waktu terdekat mahupun dalam jangka masa panjang. maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku.Berkatilah kepadaku dalam menjalankannya.Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan baik dalam waktu terdekat mahupun dalam jangka masa panjang, maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkan aku darinya,serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada, kemudian jadikanlah aku orang yang redho dengan ketetapanMu ] Baginda bersabda: “Hendaklah dia menyebutkan keperluannya” "Diriwayatkan oleh Al-Bukhari [1].
Solat
Istikharah dilaksanakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa.Tidak
ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah tentang surah apa yang
perlu dibacakan ketika solat Istikharah,Oleh itu dibenarkan membaca
apa juga surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu selepas membaca surah al-Fatihah.
Solat
Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan
yang mubah (harus-tidak dilarang dan tidak pula diperintahkan) tidak kira isu nya besar taupun kecil, perkara
yang penting ataupun tidak.Seharusnya kita fahami bahawa masalah yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara
yang telah ditetapkan hukum nya dalam.Bagi urusan yang
wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun
urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya,ianya
tidak lagi boleh dilakukan istikharah.Hanya
perkara2 yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan
istikharah.
Orang yang mengerjakan solat Istikharah itu seharusnya melapangkan
dada dari apa juga kehendak peribadi yang berlandaskan hawa
nafsu.Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat2 kepada
Allah.kita juga harus sedari bahawa adakala apa yang ditetapkan oleh
Allah untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau
pada tanggapan kita ianya adalah satu pilihan yang terbaik pada
diri kita.Namun demikian sewajarnya kita pasrah menerima
keputusan Allah.Seperti mana dalam FirmanNya,
"Dan
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya". Surah Al-Baqarah (2) ~216
Bukan
termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi dalam mendapat petunjuk atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan
solat tersebut.Namun seseorang itu akan merasa tenang atau
dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai
dengan apa yang Allah telah tentukan untuknya.
Ringkasan
cara Menunaikan solat sunat Istikharah
Rakaat Pertama
1)Berniat
di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
Ushalli
Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
“Sahaja
Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala”
2)takbiratul
Ihram
3)doa
Iftitah
4)membaca
surah al-Fatihah
5)membaca
Surah al-Qur’an
6)rukuk
7)iktidal
8)sujud
9)duduk
antara dua sujud
10)sujud
kali kedua
11)bangun
untuk rakaat kedua
Rakaat
Kedua
1)ulang
seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)duduk
untuk tahiyyat akhir
3)Memberi
salam ke kanan dan ke kiri
4)Membaca
doa Istikharah
Sekian sahaja diharap semua kebuntuan yang anda semua hadapi dapat diselesaikan melalui petunjuk Allah.Amin Ya Rabb...
4 comments:
terimakasih...alhamdulillah
alhamdulillah,abang saya copy paste kt blog saya ye
sama.ok silakan
same2
Post a Comment