Friday 20 January 2012

Dayus dan Nusyuz


Seingkali kita mendengar perkataan dayus dan nusyuz disebut2. Ianya seolah-olah ayat biasa macam makan chewing gum dah habis manis puih! buang merata2. Tidak terkesan dihati langsung dua perkataan tersebut. Sedangkan perbuatan dayus dan nusyuz ini sangat jelas mengakibatkan sipelaku akan mendapat dosa besar. Malah menghumbankan diri keneraka Wallahuaklam bisawab.
Apa itu dayus?apa itu nusyuz? Mengikut definsi kamus dewan bahasa dan pustaka,
dayus: adalah sifat yang tidak menggambarkan sifat kelakian yang sebenar ianya juga boleh dikategorikan sebagai hina,tercela,rendah martabat dan juga jahil atau bodoh.
nusyuz: keingkaran isteri mentaati suami ( sebagaimana yang telah diperintahkan Allah )



Ulasan dayus :
Rasulullah bersabda ;“Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (HR Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar)
menurut al-fiqh A'la al-mazahib al-Arba'ah , maksud dayus ialah lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka
Sabda Nabi juga; “Tiga manusia akan diharamkan Allah dari syurga:
1. Orang yang ketagih arak
2. Orang yang menderhakai dua ibu-bapanya
3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri atau menyetujui perbuatan zina yang di kalangan ahli keluarganya.
(HR Imam Ahmad )
Dari kedua2 hadith diatas jelas bahawa perbuatan dayus ini amat2 dicela Allah.apakah yang menjadikan seorang suami menjadi dayus?diantaranya ialah ;
1-membiarkan kan isteri dan anak perempuan mendedahkan aurat kepada lelaki ajnabi ( lelaki yang bukan mahram atau hubungan suami isteri )
2-membiarkan pergaulan tanpa batasan atau tiada perasaan cemburu diantara isteri atau anak perempuan dengan lelaki ajnabi.
3-ada juga lelaki menjadi dayus dihari pertama menjadi suami. Bagaimana pula? Membiarkan lelaki ajnabi merenjis2 air mawar keatas isteri semasa bersanding,bersalam-salaman dengan lelaki ajnabi selepas direnjis2,bergambar dengan lelaki ajnabi ( kemudian di upload pula di facebook,twitter ),membiarkan isteri tidak menutup aurat atau memakai pakaian pengantin yang ketat ( ini pemikiran biasa lelaki gatal "kalau lah aku yang dapat dia ni huhuhuhu",malam ni habis lah minah ni,badan macam ni hadoiyai kan bagus kalau aku test dulu" ) mujur ayat ini hanya dalam hati,kalau pengantin lelaki yang dengar,bertelur lah kepala.Tapi nak salah kan siapa?jawapan nya tanya lah pada suami dayus tadi.jadi,kepada yang berdarah manis dan bakal mendirikan rumah tangga tu fikir2 kan lah mahukah kita menjadi dayus dihari pertama bergelas suami?buanglah adat pengerat neraka tu. tercetus pula satu peribahasa baru disini "bapak pengantin perempuan dayus,anak menantu dayus" dalam versi bapak borek anak rintik.


Sebenarnya banyak lagi ciri2 suami dayus ni tapi cukuplah sekadar ini yang saya lampirkan.jangan lah kerana arus kemodenan tanpa batasan menghanyutkan kita keneraka.memang benar yang ramai keneraka adalah kaum wanita tapi kalau tiada sidayus didunia ini ada tak wanita keneraka?lelaki dayus ini lah yang sebenarnya menghumban wanita dikeliling kita keneraka dan sidayus juga turut keneraka.Wallahhuaklam bisawab.
Ulasan nusyuz :
Rasulullah bersabda ;
Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya”(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.
Dari hadis di atas,dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak2 suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya.Tetapi dalam Islam,sujud hanya dibolehkan kepada Allah.
Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga,yang wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan menyalahi perintahnya itu. Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak.
1-keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadhi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dan suami tidak memintakan fatwa untuknya.
Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.
2-enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun.
3-tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.
4-tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.
5-tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.
6-steri mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.
hukum dan kesan nusyuz:
Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah haram,bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat. Awas wahai lelaki beriman,jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda,janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS dan membiarkan diri anda jadi NUSYUZ yang tiada ruang untuk ke syurga Allah ( jika tidak bertaubat )
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.
Rasulullah bersabda ;Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia
adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad )
Muhasabah diri,check2 ahli keluarga kita,diri kita dimana kita berdiri sekarang kalau tidak dibumi Allah yang hanya dipinjamkan seketika cuma.tidak malu dan tidak segan kah kita ini kepada Pencipta?jangan jadi kacang lupakan kulit.petik lighter cuba bakar jari panas sangat panas cuba bayangkan api neraka pula......................Nauzzubillah minzaliq



-from prince file no 144-















1 comments:

Anonymous said...

nauzzubillah minzaliq

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review