bila
selongkar semula fail2 lama terjumpa lah artikel ni.so harap dapat
beri manfaat.
1-memperelokkan akhlak dihadapan suami.
akhlak
yang baik merupakan hiasan dan diibaratkan seperti bunga apabila ia
wujud pada diri seseorang. seorang isteri lebih2 lagi patut menjaga
akhlaknya di hadapan suami sehingga menjadikan si suami kagum dan
hormat kepadanya. ia juga termasuk menjaga dan memelihara sifat
malunya. semua ini akan menyebabkan si suami sentiasa memandangnya
dengan rasa puas hati dan berkata2 dengannya dengan rasa gembira.
2-menghormati ahli keluarganya.
menyatukan
dua keluarga bukanlah perkara mudah. sering terjadi pelbagai
perselisihan dan salah faham. mertua kadang2 tidak menyukai
menantunya dan menantu pula seringkali bosan dengan kerenah mertua.
semua hal ini memerlukan percaturan bijak dari pihak isteri. meskipun
tidak mampu menyelesaikan masalah, sekurang2nya ia perlu berusaha
untuk menjernihkan suasana. seorang wanita selalunya lebih mudah
mengalah berbanding seorang lelaki.
3-mengambil berat persoalan kecantikan dan keindahan penampilannya di hadapan suami.
perkara
paling penting adalah memastikan dirinya sentiasa cantik,indah dan
harum di mata suami. kata orang barulah suami tak cari lain. seorang
isteri yang sayangkan suaminya bukan sahaja tidak mahu suaminya cari
lain, bahkan tidak sanggup walaupun hanya sekadar jelingan suaminya
pada perempuan lain. justeru, ambil beratlah persoalan kecantikan dan
penampilan anda di hadapan suami. jadilah wanita paling
cantik,bergaya bahkan paling seksi ( maaf sebut ) bilamana berada
dirumah.ramai isteri menjadikan alasan kerjaya dan tugasan rumah
sebagai penghalang untuk sentiasa jelita di hadapan suami. bagi saya,
cubalah berusaha semampu mungkin. anda mengetahui hak suami terhadap
anda dan anda mengetahui cara untuk menjadikan suami anda tertarik
kepada anda. berusahalah demi cinta anda padanya.
4- mengambil berat tentang pendidikan terhadap anak2.
saya
kira ini sudah dimaklumi oleh semua isteri. ramai sekali suami yang
apabila mencari isteri, maka diniatkan supaya isterinya menjadi guru
dan pendidik yang paling baik terhadap anak2nya nanti. tanggungjawab
mendidik anak lebih besar terletak di bahu seorang isteri, sejak anak
tersebut mula2 lahir lagi. yelah, keluar pun dari perut ibunya bukan.
5-memuliakan sahabat2 suami seadanya.
sahabat
merupakan insan yang penting kepada suami, maka hal ini seharusnya
difahami sebaik mungkin oleh isteri. janganlah menjatuhkan maruah
suami di hadapan sahabat2nya hanya disebabkan kebodohan kita. jangan
terlebih malu dan jangan terlalu jumud. jadilah isteri yang cerdik.
6-memenuhi setiap hajat dan kemahuan suaminya
sabda Nabi s.a.w :
“apabila
seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur lalu isteri
tersebut enggan ( tanpa sebab munasabah ) maka si isteri akan di
LAKNAT oleh Malaikat sehingga waktu fajar.”
bayangkan kalau anda tidur dalam keadaan suami tidak redha bahkan marah terhadap anda, maka para Malaikat mendoakan “celaka!” kepada anda sehingga waktu pagi, agak2nya berapa banyak kecelakaan yang bakal menimpa diri anda? justeru sentiasalah bersedia untuk suami.seorang isteri yang baik tidak menunggu sehingga dipanggil oleh suami bahkan dia sendiri yang siap sedia untuk ‘menyambut’ si suami. melainkan kiranya anda benar2 sakit ataupun mempunya keuzuran maka berbicaralah dengan baik kepada suami anda sehingga dia faham dan redha terhadap anda.
7-tidak mengkhianati suami di belakangnya
zaman
mutaakhir ini wujud pelbagai gejala pelik. bukan setakat suami main
kayu tiga bahkan isteri juga turut berani melakukan perkara yang
sama! tidak dinafikan wujud masalah2 rumahtangga seperti kehendak
batin yang tidak tertunai,lemah syahwat si suami dan sebagainya.
namun perlu difahami bahawa ia sesuatu yang boleh dan mesti diatasi.
berbincanglah secara baik tentang kehendak anda, atau pujuklah suami
untuk berubat dan sebagainya.berlaku curang atau mengkhianati suami
dibelakangnya hanya menyebabkan anda jatuh kepada kemelut zina. bukan
sahaja maruah anda sebagai wanita,isteri dan ibu dipijak2 oleh jantan
keparat bahkan anda juga menerima laknat Allah yang tiada sudah.
8-tidak membiarkan seorang pun masuk ke rumah melainkan dengan izin suami
tanggungjawab
menjaga rumah,memelihara keamanan dan keceriaannya adalah tugas
seorang isteri bilamana suaminya sibuk bekerja mencari nafkah.
disamping memastikan keadaan rumah tidak terabai, isteri juga haram
mengizinkan seorang tetamu masuk ke rumah melainkan setelah mendapat
keizinan suaminya.
9-tidak keluar rumah melainkan dengan kebenaran suami.
sabda
Nabi s.a.w :
” seorang
isteri yang keluar rumah tanpa keizinan suami maka dia di LAKNAT oleh
sekalian makhluk sehinggalah dia kembali”.
apa yang ingin saya sebut adalah, persoalan meminta izin adalah suatu perkara yang besar. apabila anda dinikahi bererti anda telah dimiliki oleh suami. anda adalah hak suami anda. meminta izin bukan sahaja memuliakan si suami bahkan menjadikannya bertambah sayang kepada anda.kecuali dalam perkara wajib contoh menuntut ilmu fardhu ain kiranya suami tidak mampu mengajarnya maka boleh keluar rumah untuk tujuan tersebut sekalipun suami tidak memberi keizinan. hukumnya tidak berdosa.
10-memelihara sifat malunya pada tahap paling tinggi di hadapan suami
perkara
terakhir adalah berkait dengan ketinggian akhlak seorg isteri di
hadapan suami. sifat malu adalah suatu nilaian tinggi yang perlu
dijaga sebaik2nya di hadapan suami anda.JANGAN sesekali beranggapan
bahawa anda tidak perlu ‘control’ sifat malu anda di hadapannya
atas alasan dia adalah suami. ‘tidak ada apa yang perlu
disorokkan.’ini jelas sekali suatu anggapan yang silap. seorang
suami kiranya tiap2 hari dapat melihat suatu ‘frame gambar’ yang
indah dengan mudah maka lama kelamaan akan bertukar menjadi jemu.
sesuatu yang mahal dan agak sukar diperolehi akan menjadikan si suami
ternanti2 dan tertunggu2. ( hanya untuk mereka yang faham ).
:: saya penulis yang masih bujang dan pengetahuan yang amat cetek.artikel ni sekadar perkongsiaan dari pembacaan dan ilmu yang secebis cuma.nawaitu sekadar berkongsi-zauji fi jannah.
-from
prince file no 167-
3 comments:
syukran jiddan ya akhi :)
alhamdulillah...
syukran atas perkongsiannya
Afwan :-) syukran ya ukhti kerana kesudian membaca
Post a Comment