Isbal
adalah diambil dari perkataan "asbala izaarahu", yang
bermaksud "menjuraikannya/melabuhkannya". Jika dikatakan
"asbala fulanun tsiyabahu" maksud nya orang yang
memanjangkan dan menjuraikan pakaiannya sampai ke tanah ( melebihi
buku lali ) ".
secara istilah, Isbal adalah
(1) melabuhkan kain / seluar sehingga hujung kain / seluar harus diseret ketika berjalan
(2) menjuraikan dan melabuhkan pakaian hingga melebihi batas yang telah ditetapkan dalam nas2 syar'i, baik karana sombong atau pun tidak.

Dalil
yang mengaharamkan Isbal
1-
Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah, beliau bersabda,
"Segala sesuatu yang turun melebihi mata kaki dari pakaian (tempatnya) di neraka" [ Bukhori, Nasa'i, Ahmad ]
"Segala sesuatu yang turun melebihi mata kaki dari pakaian (tempatnya) di neraka" [ Bukhori, Nasa'i, Ahmad ]
2-
Dari Al-Mughirah bin Syu'bah r.a, beliau berkata, Rasulullah pernah
bersabda, "Wahai Sufyan bin Sahl janganlah kamu melakukan isbal,
sebab Allah tidak menyukai orang2 yang melakukan isbal" [ Syaikh
Al-Albani, Ibnu Majah ].
3-
Dari Jabir bin Sulaim r.a, bahawa Rasulullah bersabda kepada nya,
"... Dan berhati2 lah kamu terhadap isbal nya sarung ( pakaian
), kerana sesungguhnya isbal nya sarung ( pakaian ) itu adalah
sebahagian dari kesombongan, dan Allah tidak menyukai kesombongan"
4-
Dari Hudzaifah bin Al Yaman, dia berkata, “Rasulullah pernah
memegang salah satu atau kedua2 betisnya. Kemudian Baginda bersabda,
“Di
sinilah letak ujung kain. Kalau engkau tidak suka, boleh rendahkan
lagi. Kalau tidak suka juga, boleh rendahkan lagi, tetapi tidak
dibenarkan kain tersebut menutupi mata kaki ( buku lali ) .”
Isbal
bukan perkara remeh!!
Tidaklah
wajar sebagai muslim meremehkan sesuatu perkara di dalam agama ini,
sesungguh nya isbal adalah perkara besar. Saya bawa kan salah satu
kisah dari khalifah Umar bin Khattab r.a yang sangat masyhur iaitu
ketika peristiwa terbunuhnya beliau,
Setelah Umar bin Khattab ditikam oleh seorang budak ketika mengimamkan solat subuh berjemaah di masjid, beliau dibawa ke rumahnya dan para sahabat yang lain ikut beliau sampai ke rumahnya. Setelah sampai dirumah beliau, para sahabat memberi beliau minum nabidz ( jus kurma ) tapi air tu dari lubang tikaman diperutnya. Kemudian dibawakan kepadanya susu dan beliau meminumnya, namun susu tersebut juga keluar dari perutnya yang ditikam.
Tiba2 datang seorang pemuda dan berkata kepada beliau "bergembiralah wahai amirul mu'minin dengan berita gembira dari Allah untukmu, engkau adalah sahabat Rasulullah, pendahulu islam, engkau adalah pemimpin dan engkau berlaku adil, kemudian engkau diberikan Allah syahadah ( mati syahid )" , Umar menjawab "Aku berharap seluruh perkara yang engkau sebutkan tadi cukup untukku, tidak lebih ataupun kurang". Masa pemuda itu mahu balik, pakaiannya terjulur hingga menyentuh lantai (isbal). Umar terus memanggil dia dan berkata, "Wahai saudaraku, angkatlah pakaianmu sesungguhnya itu akan lebih bersih bagi pakaianmu dan lebih menaikkan ketaqwaanmu kepada Tuhanmu",
Umar bin Khattab yang merupakan salah seorang sahabat terdekat Rasulullah dan beliau menganggap hal isbal adalah perkara yang besar, malah ketika beliau nazak, beliau masih sempat untuk nasihat seorang lelaki yang berpakaian isbal. Bagaimana dengan kita? Kita rasa lebih berilmu dan lebih bertaqwa berbanding Umar bin Khattab hingga menganggap remeh masalah isbal ni?

Rasulullah bersabda lagi, "Ada tiga ( golongan manusia ) yang tidak akan diajak bicara oleh Allah di hari kiamat dan mereka tidak akan diperhatikan dan tidak disucikan serta dijanjikan mereka azab yang pedih; orang yang melakukan isbal ( musbil ), namimah ( orang yang suka melaga-lagakan orang lain. Macam batu api la tu ), dan peniaga yang bersumpah palsu demi untuk melariskan perniagaan nya " [ Muslim, Abu Dawud ]
Bagaimana
pun sebahagian ulama berpendapat hukum nya makruh kerana menganggap
bahawa hadith Abu Hurairah pada peringkat kedua boleh dibawa ke
hadith Ibnu Umar pada kes pertama. Maksudnya haram jika melabuhkan
seluar di bawah buku lali dengan sombong ia akan diseksa dineraka.
Ini adalah pendapat Imam Syafie dan Imam Nawawi.
Saya
nak tambah disini walaupun ada ulama yang mentafsirkan isbal adalah
makruh , mereka tidak pernah mengatakan bahawa hukum isbal boleh
kalau tidak dengan sombong. Harap jangan ada yang salah faham maksud
ulama tersebut. Mereka cuma katakan makruh dan bukan mengatakan boleh
berisbal. Ini yang banyak salah disalah fahamkan oleh orang ramai.
Perkara makruh hendaklah dijauhi, jika memang kita masih memilih
pendapat yang lemah tersebut. Janganlah terus menerus dalam melakukan
yang makruh. Semoga Allah memberi taufik kepada kita
semua.Wallahhu'alam.
Ingatlah
Rasulullah adalah contoh dan mentor yang terbaik. Semoga entry kali
ini dapat menyedarkan kita supaya tidak memakai pakaian yang
dilaknati Allah dan tidak menganggap remeh dalam sesuatu perkara.
Sekian. Assaalamualaikum.
Sekian. Assaalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment