Lelaki
di syaratkan melindungi wanita,hindari kekerasan. Dalam institusi
perkahwinan,laki2 yelah ketua keluarga sesuai dengan fitrah
kejadiannya yang lebih kuat dan beberapa kelebihan lain berbanding
wanita.
Tanggungjawab
lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh
Allah melalui firman Nya bermaksud "Laki2
ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian
mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana
lelaki2 selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." [
An-Nisa : 34 ]
Islam
mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik
terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan
menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk
isteri dan anak mereka. Islam
melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga.
Rasulullah
memberi ingatan dengan sabda bermaksud: "Mengapa
ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti
memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu
pada hari lain." [ Ahmad ]
Isteri
mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik2 nya. Pada suatu ketika,
ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai
layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah
mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya: "Sesungguhnya
ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka.
Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik
daripada kalangan kamu." [ Abu Daud ].
Rasulullah
memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah
sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat
melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak,
membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu
isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas
isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan
dirinya lebih disayangi dan dihormati.
Amalan
melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama,
persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan
bersama-sama.
Suami
yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan
perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai
suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan
puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si
isteri pula membersihkannya.
Melakukan
kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami
yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal
menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang
yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap
isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan
kamu." [ At-Tirmizi ].
Sikap
baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak
dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang
diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang
tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik
Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah.
Diriwayatkan
oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
"Rasulullah
tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."
Menjaga
dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara
menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga
seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian
yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tanggungjawab
suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu
beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu
berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada
bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di
hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan
kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah."
(Hadis riwayat Abu Daud)
Islam
menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri
dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita
dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam
al-quran:
"Gauli
mereka dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)
Ini
merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri
sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan
isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan
lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap
isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami.
Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak
terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan
buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu
penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi
akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut
untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap
bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan
terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan
akhirat.
Sesungguhnya
Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling
baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan
memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak
pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri
dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi,
sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam
telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan
memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang,
seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan
pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri
dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah
tabiat buruknya.
Rasulullah
sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat
hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa
para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping
isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping
isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di
medan jihad.
Sememangnya
wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami
agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk
mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah
diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba
lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah
pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan
berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk
bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi
etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:
"Mukmin
yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling
berlemah lembut bersama isterinya."
Islam
menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana
melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul
yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah
hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu
bahawa:
"Segala
urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika
baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan
kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat
menemui Tuhannya."
Demikianlah
adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya
meskipun untuk bertemu Tuhan..
(
Artikel dari Ustaz Irfan Hanaffi )
0 comments:
Post a Comment