Maksud
Rukhsah
Rukhsah
ialah kemudahan /keringanan/kelonggaran/keistimewaan yang dikurniakan
Allah kepada hamba Nya dalam mengerjakan ibadat, dengan keadaan
tertentu seperti musafir, sakit dan di medan perang. Dan hari ini
saya ingin menceritakan bagaimana cara untuk rukhsah solat ketika
sakit.
Maksud
solat
Dari
segi bahasa : Bermaksud doa
Dari
segi istilah : Satu ibadat yang merangkumi perkataan dan perbuatan
yang dimulai dengan niat dan di akhiri dengan salam.
Maksud
solat ketika sakit/Rukhsah
Menunaikan
ibadah solat mengikit keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang
daripada menunaikan solat secara biasa.
Konsep
Ibadat ketika sakit
Allah
mewajibkan setiap umat Islam yang Mukallaf melaksanakan ibadat yang
difardhukan mengikut kemampuan masing2. Antaranya ialah,
1.
Solat - Orang yang sakit boleh melakukan solat secara duduk , baring
mengiring , baring melentang, isyarat mata dan secara ingat dalam
hati
2.
Puasa - Orang yang sakit diharuskan berbuka puasa tetapi wajib qadha
mana kala orang yang sakit berpanjangan tidak perlu mengqadhakan
puasa sebaliknya hanya perlu membayar fidyah .
3.
Haji - Orang uzur untuk mengerjakan haji , boleh diupah kepada orang
lain untuk mengerjakannya.
Firman
Allah Maksudnya : “Allah tidak membebankan seseorang melainkan yang
terdaya olehnya.Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan
dia menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.”
Solat
itu tiang agama
1.
Solat adalah Rukun Islam yang kelima
2.
Ia juga merupakan asas bagi segala ibadat dan juga merupakan budaya
hidup bagi umat Islam.
3.
Solat wajib ditunaikan walau dalam apa keadaan sekalipun sam ada
sakit atau ketika berlaku peperangan.
Kaifiat
solat ketika sakit
Rasulullah
bersabda,“ Imran bin Hussin berkata: saya mengidap penyakit
buasir,saya bertanya kepada Rasulullah saw , bagaimana cara
mengerjakan solat? Baginda bersabda: Solatlah berdiri,jika tidak
berdaya hendaklah duduk , jika tidak berdaya juga hendaklah berbaring
dalam keadaan mengiring”.
Mengapa
solat wajib dilakukan walaupun ketika sakit?
1.
Solat ibadat terpenting dalam Islam
2.
Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran
3.
Solat sebagai penawar kepada penyakit
4.
Mengharapkan pertolongan Allah ketika senang dan susah
5.
Supaya hidup dan mati dalam Iman.
Cara
solat ketika sakit
1.
Duduk
I-
Duduk Iftirasyi ( duduk antara dua sujud )
II-
Rukuk – tundukkan kepala/dahi setentang dengan tempat sujud
III-
Sujud seperti biasa
IV-
Jika tidak mampu sujud dilakukan dengan menunudukkan kepala
lebih rendah daripada cara rukuk.
2.Secara
baring mengiring
I-
Berada dalam keadaan baring mengiring atas rusuk kanan
II-
Muka dan dada mengadap kiblat
III-
Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala
3.
Secara baring melentang
I-
Baring dalam keadaan melentang
II-
Kaki dan kepala menghadap kiblat
III-
Kedudukan kepala ditinggikan
IV-
Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala
4.
Secara Isyarat kelopak mata
I-
Berada dalam keadaan baring secara melentang
II-
Kaki menghala kearah kiblat
III-
Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata
IV-
Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata
5.
Secara ingat dalam hati - Solat dilakukan dengan membayangkan di
dalam hati, pergerakan mengikut tertib rukun.
Hikmah
diharuskan rukhsah solat.
1.
Menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang mudah
2.
Supaya umat Islam dapat menunaikan kewajipan mereka dalam apa keadaan
pun.
3.
Membuktikan Allah sayang akan hamba Nya
“Sembahyanglah
Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan”.
Ungkapan tersebut sebenarnya memberi peringatan kepada manusia yang masih hidup dan belum ‘mati’ supaya segera menunaikan perintah Allah biar dalam apa pun keadaan. Sakit bukanlah alasan untuk tidak menunaikan solat. Wallahua'lam..
Ungkapan tersebut sebenarnya memberi peringatan kepada manusia yang masih hidup dan belum ‘mati’ supaya segera menunaikan perintah Allah biar dalam apa pun keadaan. Sakit bukanlah alasan untuk tidak menunaikan solat. Wallahua'lam..
5 comments:
Memang ISLAM itu mudah..tpi jangan permudahkan..
Saudara,
Adakah boleh bg seseorang yang sakit mengamalkan rukhsah solat jama' dan qasar?
Boleh solat jamak dan qasar untuk orang sakit sekiranya dia bermusafir. Jamak dan qasar adalah rukhsah solat bagi orang bermusafir sahaja. Rukhsah solat orang sakit adalah dibenarkan solat baring, duduk, pergerakan mata, hati dan lain2 yang terkandung dalam blog di atas.
Islam it Mudah
Post a Comment