Sunday 12 February 2012

Rukhsah [ solat ketika sakit ]

Maksud Rukhsah
Rukhsah ialah kemudahan /keringanan/kelonggaran/keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada hamba Nya dalam mengerjakan ibadat, dengan keadaan tertentu seperti musafir, sakit dan di medan perang. Dan hari ini saya ingin menceritakan bagaimana cara untuk rukhsah solat ketika sakit.

Maksud solat
Dari segi bahasa : Bermaksud doa
Dari segi istilah : Satu ibadat yang merangkumi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan niat dan di akhiri dengan salam.

Maksud solat ketika sakit/Rukhsah
Menunaikan ibadah solat mengikit keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang daripada menunaikan solat secara biasa.

Konsep Ibadat ketika sakit
Allah mewajibkan setiap umat Islam yang Mukallaf melaksanakan ibadat yang difardhukan mengikut kemampuan masing2. Antaranya ialah,
1. Solat - Orang yang sakit boleh melakukan solat secara duduk , baring mengiring , baring melentang, isyarat mata dan secara ingat dalam hati
2. Puasa - Orang yang sakit diharuskan berbuka puasa tetapi wajib qadha mana kala orang yang sakit berpanjangan tidak perlu mengqadhakan puasa sebaliknya hanya perlu membayar fidyah .
3. Haji - Orang uzur untuk mengerjakan haji , boleh diupah kepada orang lain untuk mengerjakannya.

Firman Allah Maksudnya : “Allah tidak membebankan seseorang melainkan yang terdaya olehnya.Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.”

Solat itu tiang agama
1. Solat adalah Rukun Islam yang kelima
2. Ia juga merupakan asas bagi segala ibadat dan juga merupakan budaya hidup bagi umat Islam.
3. Solat wajib ditunaikan walau dalam apa keadaan sekalipun sam ada sakit atau ketika berlaku peperangan.

Kaifiat solat ketika sakit
Rasulullah bersabda,“ Imran bin Hussin berkata: saya mengidap penyakit buasir,saya bertanya kepada Rasulullah saw , bagaimana cara mengerjakan solat? Baginda bersabda: Solatlah berdiri,jika tidak berdaya hendaklah duduk , jika tidak berdaya juga hendaklah berbaring dalam keadaan mengiring”.

Mengapa solat wajib dilakukan walaupun ketika sakit?
1. Solat ibadat terpenting dalam Islam
2. Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran
3. Solat sebagai penawar kepada penyakit
4. Mengharapkan pertolongan Allah ketika senang dan susah
5. Supaya hidup dan mati dalam Iman.

Cara solat ketika sakit
1. Duduk
I- Duduk Iftirasyi ( duduk antara dua sujud )
II- Rukuk – tundukkan kepala/dahi setentang dengan tempat sujud
III- Sujud seperti biasa
IV- Jika tidak mampu sujud dilakukan dengan menunudukkan kepala lebih rendah daripada cara rukuk.

2.Secara baring mengiring
I- Berada dalam keadaan baring mengiring atas rusuk kanan
II- Muka dan dada mengadap kiblat
III- Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala

3. Secara baring melentang
I- Baring dalam keadaan melentang
II- Kaki dan kepala menghadap kiblat
III- Kedudukan kepala ditinggikan
IV- Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala
4. Secara Isyarat kelopak mata
I- Berada dalam keadaan baring secara melentang
II- Kaki menghala kearah kiblat
III- Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata
IV- Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata

5. Secara ingat dalam hati - Solat dilakukan dengan membayangkan di dalam hati, pergerakan mengikut tertib rukun.

Hikmah diharuskan rukhsah solat.
1. Menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang mudah
2. Supaya umat Islam dapat menunaikan kewajipan mereka dalam apa keadaan pun.
3. Membuktikan Allah sayang akan hamba Nya

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan”.

Ungkapan tersebut sebenarnya memberi peringatan kepada manusia yang masih hidup dan belum ‘mati’ supaya segera menunaikan perintah Allah biar dalam apa pun keadaan. Sakit bukanlah alasan untuk tidak menunaikan solat. Wallahua'lam..




5 comments:

Bonda said...

Memang ISLAM itu mudah..tpi jangan permudahkan..

Anonymous said...

Saudara,

Adakah boleh bg seseorang yang sakit mengamalkan rukhsah solat jama' dan qasar?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Boleh solat jamak dan qasar untuk orang sakit sekiranya dia bermusafir. Jamak dan qasar adalah rukhsah solat bagi orang bermusafir sahaja. Rukhsah solat orang sakit adalah dibenarkan solat baring, duduk, pergerakan mata, hati dan lain2 yang terkandung dalam blog di atas.

yazid said...

Islam it Mudah

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review