Saturday, 4 February 2012

Suami teraju ibadah dan kebahagiaan

Wanita mana yang tidak mendambakan seorang lelaki yang dapat menjadi sandaran hidupnya, mampu membimbing dan mendidiknya dan anak2 untuk menjadi wanita,isteri,ibu terbaik dan solehah bukan saja hanya untuk suami dan anak2, tetapi terbaik untuk Allah. Suami yang selalu memotivasinya untuk beribadah kepada Allah dan selalu istiqamah di jalanNya. Diantara perkara yang perlu para suami ambil tahu dan amalikan nya bersama pasangan hidup ialah,

1. Seorang suami hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah dalam mengauli dan melayani isterinya. Kerana ia adalah amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah pada hari Kiamat kelak.
Rasulullah bersabda, "Perlakukanlah wanita2 itu dengan baik". Rasulullah melarang bersikap zalim terhadap wanita. Baginda pernah berdoa, "Ya Allah sesungguhnya aku akan menjadi penghalang ( orang yang menzalimi ) hak dua golongan yang lemah, iaitu anak yatim dan wanita." [ Ibnu Majah ]

2. Seorang suami sewajarnya memiliki perangai dan sifat yang mulia. Janganlah mencaci dan menghina isteri serta mengabaikan isterinya. Rasulullah bersabda, "Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah, jika ia tidak menyukai perangai nya, maka ia akan menyukai perangai yang lain dari dirinya." [ Muslim ]

3. Sebagai seorang suami harus banyak bersabar dalam bermu'amalah dengan isterinya. Sebaiknya pasangan suami isteri menjaga persahabatan dan kasih sayang. Rasulullah bersabda, "Sebaik2 kalian adalah yang berbuat baik terhadap keluarganya, dan aku adalah sebaik2 kalian kepada keluargaku" [ Ibnu Majah ]

4. Sebagai seorang suami harus memiliki sifat cemburu terhadap isterinya, tetapi jangan lah berlebihan pula sehingga su'u dzon ( buruk sangka ) kepadanya. Rasulullah bersabda, "Apakah kalian merasa kagum/hairan dengan ghairah ( rasa cemburu ) nya Sa'ad? Sungguh aku lebih cemburu darinya, dan Allah lebih cemburu dariku." [ Muslim ]

5. Hendaklah seorang suami bersikap lemah lembut dan bijaksana dalam menyelesaikan masalah dan menasihati kesalahan isteri. Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu, melainkan ia akan membuatnya menjadi indah, dan tidaklah kelembutan itu hilang dari sesuatu, melainkan ia akan memburukkannya."[ Muslim ] Rasulullah juga bersabda, "Sesungguhnya Allah Maha lembut, Dia menyukai kelembutan di dalam semua perkara." [ HR. Al-Bukhari dan Muslim ]

6. Hendaklah seorang suami memberikan nafkah kepada isterinya dengan ma'ruf ( layak ). Sebagaimana firman Allah ,"Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal." [ Al-Isra': 29 ]. Rasulullah pernah ditanya, apa hak isteri yang wajib dipenuhi oleh suami? Lalu Rasulullah menjawab, "Kamu memberi makan kepadanya, jika kamu makan. Dan kamu memberi pakaian untuknya, jika kamu memakai pakaian. Dan janganlah kamu memukul wajah, menghina2 nya, dan jangan pula kamu mendiamkannya kecuali di dalam rumah." [ Ahmad dan Abu Daud ]

7. Sebagai seorang suami seharusnya mempelajari fiqh kewanitaan supaya tahu cara menggauli isteri ketika haid dan nifas, dan suami hendaklah mengajar isterinya tentang masalah tersebut.

8. Seorang suami perlu tahu dan faham bahawasanya tidak boleh/haram melakukan hubungan intim ( bersetubuh) dengan isterinya ketika haid dan melalui jalan belakang ( dubur). Dibolehkan untuk bermesra waktu haid, kecuali melakukan jimak ( bersetubuh) . Allah berfirman, "Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah:"Haid itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang bertaubat dan menyukai orang2 yang mensucikan diri. Isteri2 mu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanammu itu seperti mana kamu kehendaki. Dan kerjakanlah ( amal yang baik ) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemuiNya. Dan berilah khabar gembira orang2 yang beriman." [Al-Baqarah: 222-223 ] Rasulullah bersabda, "Allah tidak memandang seorang lelaki yang menggauli lelaki lain atau seorang wanita melalui dubur" [ At-Tirmidzi ]

Di antara etika melakukan jimak, dimulai dengan basmalah ( membaca bismillah dan berdoa ), bergurau senda, berpelukan, mencium sebelum melakukannya. Kerana ia akan lebih berikan kepuasan bagi suami dan isteri. Dan jika seorang suami dah selesai menunaikan hajatnya,jangan lah pula tergesa2 ( menyudahinya ), sehingga isteri mendapatkan haknya ( kepuasan ). Dan kepada siapa yang ingin hendak mengulanginya ( jimak ), mencuci kemaluan dan berwudhuk lah terlebih dahulu sebelum memulakan acara. Rasulullah bersabda "Jika salah seorang di antara kalian akan menyetubuhi isterinya mengucapkan ( berdoa) , "Dengan nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari syaitan, dan jauhkan syaitan untuk mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka nescaya syaitan tidak akan mencelakakan anak ( hasil ) dari keduanya selama2 nya." Rasulullah bersabda, "Jika salah seorang di antara kalian menyetubuhi istrinya, kemudian hendak mengulangi, maka hendaklah ia berwudhu." [ HR. Muslim ]

9. Hendaklah seorang suami menjauhkan diri dari membongkar rahsia hubungan suami isteri. Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya di antara manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang suami yang menggauli isterinya, dan isterinya menggaulinya, kemudian ia sebarkan rahsia isterinya." [ HR. Muslim ]

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka." [ At-Tahrim (66): 6 ].

semoga entry kali ini dapat beri manfaat kepada bakal2 suami atau pun suami2 yang masih tercari2 cara untuk menjadi suami yang seksi ( hebat ) dimata isteri dan menjadi suami yang diredhoi Allah.

Ya Allah Ya Tuhan ku,sesungguhnya aku amat menyintai dan menyayangi isteriku. Berikanlah kekuatan dan ketakwaan yang utuh dalam diri ini untuk membimbing isteriku kejalanMu Ya Allah. Kau lembutkan lah hati isteri ku dalam menerima bimbingan dariku Ya Allah. Ya Rahman,Kau kekalkan lah kebahagiaan kami ini. Sinarilah kehidupan kami dengan cahaya mata untuk kami bimbing mereka mengikut acuan Al-Quranul Qarim dan juga Al-sunnah. Kau titipkanlah kepada kami pedoman dalam menuju al-jannah Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin

2 comments:

Anonymous said...

amin Ya Rabb..

Putra Iqbal Safuzan bin Jamil Irfan said...

amin Ya Rabb

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review