Sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang
cintakan Allah. Komik ini diadaptasi dari kisah benar mengisahkan seorang pelajar yang pernah belajar di Delhi. Cerita asal dipetik dari http://wanwma.com
Pada malam kejadian, seorang pelajar laki2 sedang mengulangkaji pelajaran dalam sebuah masjid dengan berteman kan cahaya dari nyalaan sebatang lilin.
Dilokasi yang sama, seorang gadis dalam perjalanan pulang kerumah dari melawat saudara-maranya terperangkap di pertengahan jalan kerana tercetusnya rusuhan dikawasan tersebut.
Gadis itu tidak dapat mencari tempat perlindungan kecuali didalam masjid yang sama.
Apabila pemuda itu ternampak gadis tersebut, beliau terus mengarahkan gadis itu meninggalkan kawasan masjid itu dengan kadar segera.
Pemuda itu berkata "waktu
sekarang tidak sesuai untuk awak terus berada disini, jika rakyat
tempatan melihat awak disini, saya akan rasa malu dan mereka pastinya
menghalau saya dari masjid ini. Yang paling penting saya tidak mahu
pengajian saya disini akan terjejas. Gadis itu membalas arahan kata-kata pemuda tresebut dengan berkata "rusuhan telah meletus di kawasan ini dan jika saya meninggalkan masjid saya takut saya akan di apa-apa kan nanti"
Apabila mendengar kata-kata gadis tersebut, pemuda itu terdiam sejenak kemudian dia meminta gadis itu untuk duduk di satu sudut. Dan si pemuda itu meneruskan ulangkaji nya.
Masa berlalu dikeheningan malam...
Sambil mengulangkaji pelajaran, pemuda tersebut telah meletakkan hujung jari di atas nyalaan lilin berkali-kali.
Gadis itu memerhatikan sahaja tindakan pemuda tersebut.
Perlahan-lahan malam menghampiri subuh. Dan ketika itu si pemuda telah keluar memerhatikan keadaan keliling. seketika kemudian pemuda itu berjumpa dengan gadis itu lalu berkata "Rusuhan telah reda dan jalan selamat. Izinkan saya menghantar awak pulang ke rumah" Gadis itu pula berkata, "Saya tidak akan pulang ke rumah sehingga awak jelas kan kepada saya, apa tujuan awak berkali-kali meletakkan hujung jari awak diatas api lilin?" Pemuda itu berkata, "Awak tidak perlu perlu tahu."
Tetapi setelah didesak berkali-kali oleh gadis itu, pemuda tersebut berkata "Syaitan berulang kali berbisik dalam hati saya dan menghasut saya melakukan perbuatan terkutuk pada awak. Sebab itu lah saya meletakkan hujung jari saya pada api lilin itu, kerana ia menyelamatkan saya dari mendengar bisikan syaitan tersebut, malah awak juga selamat dari kerakusan nafsu saya.
Saya tidak mampu menahan kesakitan akibat dari jari saya yang terbakar ini, dan disaat itulah saya berfikir, jika api lilin ini saya tidak mampu tahan bagaimana saya boleh bertahan dengan api neraka jahannam? Allah telah melimpah kurnia Nya melindungi saya dari syaitan yang menyesatkan. Mendengarkan kata-kata itu, gadis itu terus sahaja pulang kerumah.
Gadis itu adalah anak orang berada. Ibu bapa nya merancang untuk menjodohkan gadis itu dengan seorang pemuda yang merupakan anak dari seorang saudagar yang kaya raya.
Gadis itu menolak cadangan orang tua nya dan berkata: "Saya berhasrat untuk berkahwin dengan seorang pemuda yang tinggal di masjid itu. Ibu bapa dan saudara-mara gadis itu mula menyangka perkara buruk telah berlaku antara pemuda itu dan anak mereka.
Melihatkan keadaan menjadi agak tegang, gadis itu telah menceritakan apa yang telah berlaku antara dia dan pemuda itu dan berkata, "Saya hanya akan berkahwin dengan dia kerana dia ada rasa takut kepada Allah. Saya cintakan dia kerana dia cintakan Allah.
Akhirnya mereka pun berkahwin dan hidup bahagia.
Gadis itu memilih untuk berkahwin dengan pemuda yang melabuhkan cinta
nya pada Allah, yang takut kan Allah, bagaimana pula dengan pilihan
anda?......
1 comments:
Post a Comment