Saturday, 14 April 2012

Saff solat



Kedudukan saff secara umum bagi laki2 dan wanita

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah bersabda:
“Sebaik2 saff bagi laki2 adalah yang paling hadapan dan seburuk2 nya adalah yang paling belakang. Sebaik2 saff wanita adalah yang paling belakang dan seburuk2 nya adalah yang paling hadapan.” [ Muslim - 440 ]

Dalam hal saff ini Rasulullah telah menjelaskan bahawa saff yang dihadapan adalah utama untuk laki2. Manakala wanita yang lebih utama adalah dibelakang. Maksud nya disini, penuhkan saff pertama dahulu kemudian baru diikuti saff kedua dan seterus nya ( bagi laki2 ) dan untuk wanita pula terus sahaja ke saff paling belakang ( kalau tak ada tempat khas solat untuk wanita ). Jangan bercampur pula dalam saff memang nak kena tempeleng dengan pak imam lah tu kih3.


wanita yang duduk di saff belakang lagi tinggi ganjarannya sebab, terlindung dari pandangan dan terpelihara. yelah, makin belakang, makin susah la nak nampak muka kan? benda ni penting, lebih2 lagi  bila kita terpaksa solat berjemaah tanpa penghadang antara jemaah laki2 and jemaah wanita. Ha tengok2 dalam solat pun Allah memuliakan mereka yang menjaga diri mereka kan? berharganya hidup sebagai wanita.

Ini ada sebuah cerita kih3. Dah macam tukang karut pula.

 Saya selalu perhatikan laki2 yang datang kemasjid untuk solat jumaat, kebanyakan mereka akan memilih untuk duduk di bawah kipas atau masuk di tempat solat wanita yang ada air-cond berbanding duduk di saff yang lebih depan yang tak ada kipas dan tak ber'air-cond', sedangkan saff depan masih lagi kosong.
Apa yang saya perhatikan kebanyakan orang pilih untuk solat di tempat yang selesa (sejuk) berbanding saff yang lebih depan sebab kurang selesa (panas). Ade gak pernah saya dengar kadang2 ada je surau tu saff nya putus2, especially saff wanita, sebab dia orang sanggup solat tempat yang ada kipas je sampai saff pun jadi putus2, dah mcm solat sendiri2. Kenapa benda ni boleh berlaku? Sedangkan dah banyak hadith2 yang suruh kita untuk sempurna kan saff atau barisan.
Diriwayatkan oleh Jabir bin Samirah, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidakkah kalian ingin berbaris sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka," Maka kami bertanya, "Bagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb?" Beliau menjawab, "Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf." [ Muslim ]

"Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian daripada mendirikan solat."
[ Bukhari dan Muslim ]

Meluruskan dan merapatkan saff (barisan) dalam solat berjemaah adalah merupakan suatu hal yang sangat dituntut. Rasulullah sendiri sebelum memulakan solat, beliau berjalan membetulkan saf dan memegang dada dan bahu para sahabat kemudian baginda bersabda, "Hendaklaah kalian meluruskan saff2 kalian atau Allah akan membalikkan wajah2 kalian." [ Bukhari dan Muslim ]

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifah, beliau bersabda, "Barangsiapa yang memenuhi celah yang ada pada saff maka Allah akan mengampunkan dosanya." [ Al-Bazzar ]

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: "Tegakkanlah saff2, sejajarkan lah bahu2 kalian, tutupkanlah celah2, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan2 saudara kalian. Jangan biarkan celah2 untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambungkan saff, maka Allah akan menyambung nya dan barangsiapa yang memutuskan saff, maka Allah memutuskannya." [ Abu Daud, An-Nasa'i dan Ahmad ]

Korang semua tahu tak betapa beruntungnya jika kita solat di saff paling depan? Kita akan didoakan oleh para malaikat dan mendapat ganjaran pahala yang besar oleh Allah. Tapi apa yang saya nampak, dah lah jarang tengok orang datang masjid awal, kalau datang awal pun duduk kat bawah kipas je. Saff yang depan di biarkan kosong. Niat datang awal sebab nak selesa dan berkipas? Kalau datang awal mengaji dulu ke, solat sunat ke ok lah lagi.
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat Nya berselawat ke atas barisan (saff) yang pertama atau saff yang awal."[ Al-Albani ]

Lepas tu kadang2 saya tengok warga emas je yang solat baris depan, yang muda2 ni nak solat belakang. Kononnye baik hati dan pemurah nak bagi pahala lebih kat warga emas sebab hidup dah diambang senja katanya. Waklu! Macam lah hidup korang yang muda2 ni lama sangat, bila2 masa je Allah boleh tarik nyawa korang, tak kira muda atau tua. Ape lah salahnya kalau korang pun turut sama di saff depan tu, bukan ke banyak ganjaran nya. Rasulullah juga bersabda "Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saff pertama, kemudian utk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya." [ Bukhari ]

Daripada hadith ni kita boleh tau betapa besarnya ganjaran yang bakal korang yang muda dan yang tua ni dapat kalau solat di saff paling depan. Dulu ustaz saya pernah cakap, kalau lah manusia ni tau kelebihan orang yang solat di saff paling depan, nescaya manusia akan berbunuhan sesama sendiri untuk mendapatkannya. Wallahhua'lam




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review