Thursday, 17 May 2012

Isteriku mencintai suami orang


Di antara perkara yang jelas
halalnya iaitu seorang suami
menyintai isterinya atau
isterinya menyintai suaminya
dan lelaki yang menyintai
wanita pinangannya juga
wanita yang dipinang menyintai
lelaki yang meminangnya.

Dan di antara perkara yang
jelas haramnya iaitu seorang
lelaki menyintai perempuan
yang bersuami, dan seorang
perempuan bersuami mencintai
lelaki lain lalu mereka itu
asyik memikirkan antara satu sama
lain, atau salah seorang darinya.

Hal itu boleh membawa
kerosakan rumah tangganya
dan kadang-kadang ia boleh
menyebabkan terjadinya
pengkhianatan suami isteri.

Salam,
sudah 10 berkahwin punyai 3 org. Punyai isteri yg boleh dikatakan cantik. selama berkahwin terlalu jarang merasa kenikmatan berumah tangga selalu bergaduh lepas baik sekejap then bergaduh lagi..Saya mempunyai sikap yg selalu angin satu badan tetapi tidak pernah sekalipun memukul isteri / anak jika berlaku perselisihan paham..(selalunya benda kecil je)..

minggu lepas isteri telah meluahkan perasaannya yg terpendam selam 10 tahun..sejak awal perkahwinan. 10 tahun dia memendam perasaan dan tahun ke10 meletup. daripada luahan hatinya menurut beliau saya bersikap kasar dgn nya ( cara bercakap dan menegur kesalahannya. dan tak pandai menjaga hati dia dan familynya "SAYA AKUI" dan tak menafikan sebelum nie pun saya sentiasa muhasabah diri..menurut nya lagi semasa kecil dia tak mendapat kasih sayang daripada kedua ibubapa (sebab tinggal dgn neneknya) dan bila kawin menurutnya dia inginkan saya menyanginye dan memanjakan dirinya seperti seorg puteri. "SAYA AKUI" saya gagal berbuat demikian..

pendek kata apa yg dia cakap pada waktyu itu semua nya benar belaka dan saya mengakuinya. dan yg paling saya terkejut dan buat hati dan perasaan saya begitu DOWN..(hancur lebur dan begitu kecewa hingga saat ini) dia mengakui sudah saling bercinta dengan officemate dia yg juga suami orang. Menurut nya perasaan cinta dan sayang antara mereka datang tanpa disedari datang dengan sendirinya.. dan kata nya dia tiada sekumit rasa cinta dan sayang terhadap saya lagi , dan tak ingin mencuba utk membaiki perkahwinan kami dan meminta saya menceraikannya. ..nauzubillah..saya begitu terkejut dengan pengakuan nya..saya hampir tak boleh bernafas.. selama 10 tahun kawin saya sebagai lelaki tidak pernah memikirkan untuk cari perempuan lain walaupun banyak godaan yg saya hadapi..tapi saya berjaya dari melayan perasaan saya dari terjebak dan masih ingat dosa pahala.

Isteri meminta saya melepaskan nya kerana dia telah berdosa dengan perbuatan nya...saya menasihatinya supaya memikirkan nasib anak2 jika kami bercerai dan memikirkan juga nasib keluarga /isteri/anak teman lelakinya. sebab 2 masjid bakal dirobohkan dan juga sikap curang nya terhadap saya dan juga isteri kepada teman lelakinya...saya cuba menyedarkan dia tentang dosa perbuatannya jika meneruskan niatnya itu..saya dengan rendah hati memaafkan nya jika dia tidak meneruskan niatnya.keesokan harinya saya dan dia bersemuka dengan teman lelakinya..mamat di secara jujur mengakui dia memang mencintai isteri dan memnita maaf kepada saya (bayang perasaan saya ketika itu..saya bercakap dengan penuh matang dan tidak meninggikan suara dan tidak memukul atau menumbuk beliau) kalau laki org lain saya tak taulaa mungkin dah pecah muka kena tibai).. saya juga memberitahu beliau kalau dia dan isteri saya meneruskan juga hubugan terlarang ini saya terpaksa memberitahu isterinya atau kelurganya. dan mereka berjanji dihadapan saya akan cuba melupakan cinta tersebut..saya juga berjanji kepada isteri yg saya akan cuba membaiki hubungan kami.

Sebenarnya ini adalah ujian kali kedua saya dan isteri hadapi, kali pertama dulu juga dengan suami org tapi isteri saya berjaya mengawalnya dan saya juga yg terlibat memberi nasihat kepada suami org tersebut sebab dia hanya bertepuk sebelah tangan dan ketika itu hubugan saya dan isteri dalam kaadaan yg amat baik dan jarum gagal menusupi hati dan perasaan isteri ketika itu. saya dan isteri diserang dgn byk missed call dari isteri ornag tersebut..tapi alhamdulillah ALLAH tunjukan jalan penyelesaian.

masalah saya : sampai saat ini perasaan kecewa dan luka hati saya semakin sukar diubati. hanya Allah sahaja tempat saya mengadu . saya tidak pernah menceritak masalah saya ini kepada kawan rapat..Perlukah saya melepaskan nya walaupun dia sudah memutuskan hubungan dengan teman lelakinya..saya down, tiba2 saya rasa lost, saya sudah memaafkan dia..saya terharu dengan sifat jujur dia..yg selama ni hati saya buta untuk melihat permata dihadapan saya. Tapi begitu sukar saya mahu mengembalikan kasih sayang ini kepada nya walaupun kemaafan antara kami telah termetri dan masing2 telah berjanji akan cuba berubah, dan saya belum bersedia akan melakukan pekara yg amat dibenci ALLAH sekalipun halal? nauzubillah

saya tak pasti samada isteri saya hanya mencari cinta mengikut kepuasan dirinya tanpa memikirkan perasaan org lain spt anak2 suami dan family, bila saya tidak dapat mengikut rentaknya dia akan mencari cinta baru.  (mungkin)

YA ALLAH TOLONGLA BAGI KEKUATAN PADA DIRI YANG HINA INI

12 comments:

Mr_Nik said...

sedih sangat bila baca... yela berat mata membaca etri ini berat lagi bahu yang memikul... saya doakan kalian berdua terutama isteri kembali la kepada jalan yang Allah redo.. insya'Allah Allah sentiasa membantu hambanya.. amin

EXCO MPP AMK said...

Isthikarah je settle.. Perlu simpan or lepas

Sungguh menakjubkan - Susu HiGoat said...

Cerita yang dialami oleh tuan sendiri ke ni

Sungguh menakjubkan - Susu HiGoat said...

Cerita yang dialami oleh tuan sendiri ke ni

bule said...

1o tahun bukan masa sebentar,rumah tangga bahagia karena dibangun oleh pelakunya,rumah tangga gersang karena dibangun juga oleh pelakunya.
Kalau sdh 2x kejadian,istri serong lepaskan saja,toh masa yang pertama terjadi sdh ada sebagai contoh,lantas dia buat lagi pada masa sudahnya,dan mohon juga dipahami,zinanya perempuan sulit dilepas karena menyatunya zina hati dan zina faraj,kalau ia zina maka berlakulah suami sudah diluar dari hatinya,padahal masih sah,bagus dibuat istri pria serong itu dibuat tahu perkaranya.
Apalagi yang mau dbuat dengan istri macam tu,hidup suami dijalani penuh ragu istri buat zina lagi,haram jalani hidup semacam itu

Unknown said...

Mungkin saya orang paling menderita di atas muka bumi ini zahir dan batin kerana mengetahui hubungan sulit isteri dengan lelaki lelaki lain setelah kematian nya dan berkahwin selama 35 tahun.

Unknown said...

Isytiqarahlah... klu lihat pd rentetan sejarahnya seolah-olah seharusnya dilepaskanlah. Namun mohonlah petunjuk dr Allah swt

Unknown said...

Lepas. Isteri dh mohon dilepaskan. Baik lepas 10thn masa y pnjg y dipikul beban hati dia smpai dia sanggup buat dosa mcm tu.

Unknown said...

Sy juga diuji spt ini..

Fast said...
This comment has been removed by the author.
lalok said...

allahuakbar...cerita hampir sama dengan kisah saya...sekarang nie dia dh nikah ngan teman dia tu..

Mia said...

Assalmaualikum

Masalah tuan sama dengan saya... saya mohon tuan beri pandangan kepada saya

saya sedang menggodam semua medium perhubungan antara lelaki tersebut dan isteri saya

sila email saya
akmal.leader@gmail.com

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review